BAB 1

Romance Completed 10836

Dari tadi termundar-mandir menanti kelibat insan yang ditunggu tak kunjung tiba. Jarum sudahmenunjukkan pukul 10.30 pagi, menandakan bahawa si Sabrina itu sudah setengah jam lewat. Zayd Ahmad memandang ke arah peguam Sabrina. Keningnya diangkat, tanda mempersoalkan kehadiran wanita itu. Peguam Sabrina hanya mengangkat bahunya, tanda tidak tahu apa-apa.

Zayd mengeluh. Sabrina ni, masa nak dengar petisyen perceraianlah juga dia nak buat hal. Ingat senang ke nak selesaikan kes perceraian mereka ni? Ingat mahkamah tinggi syariah tu tepi rumah mereka je ke? Kalau duduk sebelah rumah, hari-hari boleh datang minta cerai.

“Excuse me, saya call Sabrina sekejap.”

Zayd bersuara sambil menolak kerusinya ke belakang. Nak tak nak, dia kena juga suruh Sabrina hadirkan diri hari ini. Lagi cepat perkahwinan ini tamat, lagi selesa hidupnya. Dia keluar dan mendail nombor isterinya itu. Sekali lagi jam dibelek, pukul 1 tengah hari nanti dia mesyuarat dengan board of directors. Memandangkan dia pun salah satu pemegang saham terbesar hospital bapak dia itu, memang dia kenalah menghadirkan diri.

“Hello? Bree, mana you ni? Today is our hearing session, remember?” Zayd berkata tegas sambil mengusap dahinya yang sudah berkerut itu. Tension betul dengan budak sorang ni.

“J? J, I ada dekat carpark ni. I...I, I taknak bercerai. I need you!”

Zayd mengeluh mendengar rayuan Sabrina.Tengah menangis pulak tu. Minah ni pun satu hal. Hari tu dia yang suggest nak bercerai, sekarang tak nak pulak.

Zayd mengenali Sabrina semasa di England dulu. Dia jadi part-time tutor ketika membuat masters in Psychology dahulu, dan Sabrina yang baru masuk degree ketika itu selalu menceroboh private time dia.

Lama-lama mereka menjadi kawan baik, dan dari sana mereka semakin rapat. Tup-tup, kahwin. Dan sekarang, selepas 5 tahun berkahwin dan tanpa cahaya mata, mereka decided untuk membawa haluan sendiri. Dah bosan kut dengan satu sama lain.

“You tunggu sana, I datang sekarang.”

Zayd mematikan telefonnya. Langkah kaki diatur ke tempat parkir kereta. Tali leher yang dipakai dirungkai, butang pada lengan bajunya dibuka dan dia lekas melipat lengan kemeja itu ke paras siku. RayBan yang tadinya tersangkut pada poket seluar sudah selamat tersemat pada batang hidungnya yang mancung itu. Panas, hari ini amat panas, matahari ibarat sejengkal dari kepala. Zayd Ahmad, bro, ini baru panas dunia.

Dia sudah ternampak kereta Sabrina, lalu dia mempercepatkan langkah. Tiba sahaja, pintu kereta sebelah penumpang dibuka dan dia menghempas pintu. Geram. Ini bukan masanya untuk Sabrina nak jadi kanak-kanak.

“Kenapa you buat hal? Kenapa sekarang Bree? You are so childish at times, and I hate that.”

Zayd menghentam dashboard, kuat. Dia memandang Sabrina dengan muka yang merah, tahan panas dan tahan marah. Sabrina yang tadi teresak-esak terkejut dengan bunyi tamparan telapak tangan Zayd tadi. Air matanya mengalir lagi.

“Hah? I dah ada depan ni, cakap lah. Bree, kita dah kahwin lima tahun. Even I dah kenal you sebelum kita kahwin.What we have between us, I tak rasa boleh exceed dari kawan. Kita sesuai jadi kawan sahaja, even you agreed hari tu. In fact, you proposed the facts to me. We stink as a couple.”

Sabrina semakin teresak mendengar kata-kata Zayd. Benar, dia pun rasa dia lebih suka berkawan dengan Zayd, dari menjadi isteri kepada Zayd. Masa dia berkawan dulu, memang mereka ibarat dua kutub magnet yang berbeza, melekat ke hulu ke hilir. Tetapi bila dah kahwin, semua tu macam dah hilang. Zayd dengan haluan sendiri, dia dengan haluan dia.

Mereka tak romantik, even nak cakap I love you pada satu sama lain pun sewaktu anniversary dengan birthday jelah kut. Tapi bab ehem ehem tu tak ada kuranglah. Mereka sukakan budak-budak, so tak ada masalah lah kan kalau bab nak try buat baby tu. Tapi, lima tahun kahwin, masih tak nampak ada chance dia nak pregnant.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience