BAB 4

Romance Completed 10836

Senang mama dia berkata-kata. Find back the love? Entah dah lari mana dah cinta antara mereka berdua tu. Setiap kali pergi cek pregnancy, setiap kali itu juga mereka hampa. Dan, semakin lama, semakin hilang perasaan cinta yang pernah dirasakan dahulu.

“Kalau jumpa, jumpalah ma. Okaylah, Zayd balik dulu. Love you.”

Zayd mengucup pipi mamanya sebelum keluar rumah.

Masuk sahaja ke dalam rumah yang ditinggalnya dahulu, mulutnya sudah ternganga. Sejak bila mereka letak gambar perkahwinan ni? Besar gedabak pula tu.

“J! I miss you.”

Sabrina memanggilnya bahagia. Setelah itu dia mendekati Zayd yang masih dimuka pintu itu.

Zayd masih terkilan. Sabrina pula sudah memeluknya erat. Zayd kaku sahaja, tak tahu nak buat apa, semua ini teramat drastik baginya. Dah lama Sabrina tak sambut dia macam ni. Terlalu lama untuk dia ingat kembali. Mungkin mula-mula kahwin dulu kut.

“Urm...Bree? You sihat tak ni?”

Zayd bertanya apabila Sabrina masih tidak melepaskan pelukannya. Sabrina pula terkaku, dan dia memandang muka Zayd yang tengah dilanda kepelikan itu.

“Apalah you ni, I sihat la sayang. I just...rindukan you.”

Sekali lagi dia memeluk Zayd. Zayd merungkai pelukan, Sabrina pula sudah tarik muncungnya.

“Hurm. Apa-apa jelah.Dah, jangan peluk I lagi. I nak letak barang ni.”

Zayd berkata sepintas lalu. Langsung tak jaga hati bini dia tu. Sabrina hanya buat muka selamba. Buat pekak saja, mission dia sekarang, dia nak kembalikan perasaan cinta antara mereka. Second chance bukan mudah nak dapat.

“Hurm, wangi la bau you ni, pakai perfume apa?”

Sabrina bertanya lagi. Zayd masih belum dilepaskannya.

“Peluh! Dah dah...rimas lah. I nak letak barang ni Bree.”

Zayd merungkaikan pelukan itu. Dia kemudian mengangkat begnya.

“Okay, you letak barang dulu. I sediakan dinner.”

Sabrina berkata manja. Zayd buat muka hairan dia. Kening dijungkitkan.

“You cooked? Simply wow. Hari ni tak busy pula you ni kan.”

Sinis sekali, Sabrina tarik senyum je. Sabar Bree, kau tahulah mulut dia ni, memang pedas. Salah kau juga, selama ni busy memanjang, masak pun tak sempat.

“Dah, tanya soalan lepas ni.Nak perli pun lepas ni. Pergi settlekan barang you dulu.”

Sabrina berkata lalu menghilangkan dirinya ke dapur. Lauk-pauk dicedok ke dalam mangkuk, dan dibawa ke meja makan. Masak biasa-biasa sahaja.

Zayd terdiam. Tak tarik muncung pulak Sabrina hari ni, selalu kalau kena perli muncung tu ada nak sedepa. Whateverlah.

Beg diangkut ke bilik tidur mereka. Kemudian Zayd beralih ke bilik kosong di sebelah biliknya itu. Letak dulu sini, nak tidur sebilik balik ke? Rasa awkward pun ada. Setelah itu, Zayd menanggalkan bajunya dan berlalu ke bilik mandi. Freshen up, seharian dalam baju kerja, rimas.

Nasi dicedok ke dalam pinggan. Sabrina senyum apabila melihat Zayd sudah berada di meja makan. Siap pakai baju melayu, dengan kain sarung. Makin handsome nampak. Deadly handsome.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience