BAB 7

Romance Completed 10836

Sabrina mengambil pinggan dari tangan Zayd dan makan dengan senyap. Sabrina tahan gelak melihat muka Zayd yang berkerut itu. Tengah tahan geram lah tu. Tak sengaja, manalah dia nak tahu bila akan gol.

Licin sepinggan roti itu dibedal Sabrina. Memang lapar bebenar nampak gaya. Selepas habis perlawanan bola, mereka berdua naik ke bilik. Sabrina hairan apabila Zayd tidak masuk ke bilik mereka, malah melencong ke bilik sebelah.

“Tak nak tidur sekali ke J?”

Sabrina bertanya hairan. Zayd pula senyum sahaja.

“Nak ambil beg jelah sayang, abang letak situ tadi.”

Halus je Zayd berkata. Sabrina pula sudah rasa moodswing. Pinggan dicekak, mata dah nak berair, sampai hati tak mahu tidur sebilik.

“Tak apa, abang tak mahu tidur sebilik, tak apa. Tidur je lah kat sana. Tahulah tak sayang kat Bree. Bree je terhegeh-hegeh pergi sayang kat J.”

Lalu Sabrina masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Zayd pula kaku di tempatnya, alahai, orang nak ambil beg dia pergi translate ikut lain. Payah moodswing ni. Itulah Zayd, sepatutnya tadi kau letak terus beg dalam bilik korang, gedik letak bilik lain kenapa?

Zayd mengeluh. Tidur je lah kat sini pun. Manalah dia expect Bree tu nak touching pulak.

Sabrina pusing kiri kanan, namun tak boleh nak lelap. Dia akhirnya bangun. Lampu dipasang dan dia bergerak ke bilik sebelah. Pintu dibuka perlahan. Zayd dah berselubung dengan selimut pun.

‘Bree tak boleh lena, J relax je, siap snoring lagi.’

Gerutu sabrina dalam hatinya. Cadar Zayd diselak dan dia baring disebelah suaminya itu. Bantal ditepuk-tepuk. Kepala dilabuhkan.

“Ingat tak nak datang dah tadi. Siap kunci pintu bilik dia.”

Sabrina terkaku. Alahai, ingat dah tidur dah tadi.

“Eheh. Belum tidur J?”

Sabrina bertanya spontan. Kalau lampu pasang, dah nampak merah muka. Termalu sendiri sebab senyap-senyap naik katil dekat Zayd tidur ni.

“Dah tidur pun. Sedar sebab ada orang ketuk bantal kuat-kuat.”

Zayd bersuara malas. Dia mengiring menghadap Sabrina.

“Err...sorry? Bree tak boleh lena pulak.”

Sabrina mengadu domba. Zayd gelak perlahan. Tak lena lah, sebab dari tadi tak boleh renggang dari sisi Zayd. Pembawakan budak.

“Yelah, sekarang ni tidur. Esok kan kerja.”

Zayd berkata lagi. Mata kembali ditutup, tangan merangkul Sabrina erat.

“Abang je kerja, Bree dah tak kerja. Tadi dah resign.”

Zayd kembali membuka matanya.Dia memandang wajah Sabrina dalam samar malam itu.

“Resign? Kenapa resign? Bukan Bree suka ke jadi lecturer?”

Zayd bertanya lagi. Sabrina mengeluh.

“Lecturer kerja banyak stress. Bree tak mahu bring any harm untuk baby kita. Lagipun abang mampu sara Bree. Resign la sekejap, lepas baby kita besar sikit, pandai jalan, Bree kerja balik.”

Zayd berasa terharu sekejap. Dia tak sangka Sabrina sanggup berkorban kerjayanya untuk anak dia ni. Selama ni sibuk memanjang, sampai makan minum suami pun tak terjaga. Sekarang, semua sudah berubah. Memang Sabrina tak mahu sia-siakan peluang kedua ini.

“Now that is the Bree that I know masa kita mula kenal dulu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience