BAB 6

Romance Completed 10838

Zayd cepat-cepat membasuh pinggan di dalam sinki. Dia kemudian memandang kain sarungnya, eh, belum Maghrib lagi.

Dia kemudian ke ruang tamu dan memandang sahaja Sabrina yang sudah bersila di atas sofa merah itu. Dari belakang dia menghampiri sang isteri. Dia memulas perlahan telinga Sabrina itu, dengan jemarinya yang sejuk. Sabrina terjerit perlahan.

“Nak tengok bola ya? Ini nak tanya sikit, Maghrib sudah?”

Sabrina tersengih bak kerang busuk. Kalut prepare dinner sampai Maghrib lupa.

“Eheh. Belom?”

Sabrina mengaku sejujurnya. Tak baik tinggal solat tau. Nak doa kesejahteraan baby lagi.

“Dah agak. Dah, record dulu. Jom kita solat.”

Sabrina cepat-cepat cari remote Astro itu dan tekan button record. Canggih teknologi sekarang. Janganlah kau gol lagi ya, eden pergi solat sat. Terkocoh-kocoh dia membontoti Zayd.

Mata Zayd dan Sabrina tidak lari dari kaca TV.

“Tudia tudia. Alah, pass je la bola tu. Orang tengah open tu, buta agaknya.”

Zayd memandang Sabrina. Mak oi mulut dia, mengata orang, kalau suruh dia masuk padang agak-agak satu bola pun tak boleh nak handle.

“Mulut jaga sayang. Baby kita boleh dengar tau.”

Zayd berkata sepatah. Tumpuan dikembalikan pada televisyen. Sabrina pula tunduk, tangan dilekapkan pada perutnya.

“Sorry sayang, ibu memang macam ni, tengok bola mesti nak kutuk orang. Sayang buat donno je yeah.”

Tiba-tiba perut Sabrina berbunyi. Zayd pun boleh dengar sebab Zayd memandang Sabrina selepas perut dia berbunyi itu. Macam kebuluran saja.

“Abang...”

Sabrina membuat muka simpati. Zayd dah hembus nafas perlahan. Adalah tu dia nak apa-apa ni.

“Buatkan roti kahwin boleh? Bree tak boleh bau kaya tu, makan bolehlah.”

Zayd antara dua. Dia tengok jam. Lagi berbaki 10 minit. Then game over.

“Bree, sayang. 10 minit lagi boleh?”

Sabrina menarik mukanya. Nak sekarang, pagi pun tak makan roti kahwin, supper nak makan.

“Baby lapar. Kesian dia.”

Muka Sabrina ditarik lagi, nampak kesian betul. Zayd pun dah tak sanggup menolak. Dia bingkas bangun dan baru sahaja dia melangkah masuk ke dapur, dia terdengar Sabrina menjerit gol. Alahai, rasa macam nak bunuh orang pun ada tau. Sebak hati, masa dia depan TV, tak ada pulak nak gol, dia bangun je, dah gol?

“J! Abang! Dah gol!”

Sabrina melaung kepadanya.

“Abang taulah sayang oi!”

Dia menjerit balik. Geram dilepaskan pada roti dihadapannya itu. Dibakar segaring yang mungkin. Kaya disapu sebanyak mungkin, dan marmalade dituang separuh botol. Geram punya pasal. Lepas tu dia kapit, letak dalam pinggan dan voila! Siap.

Dia kemudian berlari ke tempat Sabrina. Amboi, muka berseri gila. Mentang-mentang dapat tengok orang score goal.

“Nah, your goal worth roti kahwin.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience