BAB 5

Romance Completed 7569

Nak dijadikan cerita, semalam, aku dapat panggilan mengejut dari Malaysia. Panik aku seketika bila emak call dengan nada marah, selalunya lembut sahaja mak aku call tanya itu dan ini. Tapi semalam dia naik berang. Habis aku kena ‘basuh’ dengan mak dalam telefon. Berdesing telinga aku.

Mak tegaskan kalau sekali lagi dia dengar ada orang nak sunting aku sebagai isteri, mak aku takkan teragak-agak suruh aku balik Malaysia semuala dan sambung belajar kat Unibersiti tempatan. Kata mak, apa guna hantar aku belajar jauh ke luar negara jika kemaruk nak kahwin. Tambah mak lagi, baik belajar dalam negara sahaja kalau nak kahwin sangat. Ini semua pasal ada kawan sekolah menengah aku hantar orang merisik kalau-kalau aku available.Aku tak kenal sangat tapi kata mak budak tu namanya Eddy. Hah?

Mula-Mula tu aku tak ingat siapa Eddy maklumlah aku ni dari sekolah menengah lagi jarang bergaul dengan budak lelaki melainkan kalau ia melibatka aktivi kelab sekolah. Puas aku ingat akhirnya aku dah cam siapa Eddy. Baru minggu lepas dia add aku di Fac namun aku tak approve.

Dia add aku selepas aku bertemuya sewaktu dia menjadi pemandu Uber aku semasa aku balik sempena majlis resepsi Ogy tempoh hari. Ya aku benar-benar terlupa pasal Eddy dan dia pula nampaknya tak melupakan aku. Berani juga mamat Eddy ni. Namun seperti biasa, pinangan ditolak dan aku juga buat pertaa kalinya tidak merasa terkesan walaupun aku teringin nak kahwin. Entah kenapa Eddy tak mampu menggentarkan pintu hatiku.

Ye mak oii, Aku faham kebimbangan mak disebalik ugutan mak tersebut. Mak aku sebenarnya tak mahu masa aku di sini disia-siakan dengan satu perkara yang belum penting untuk menjadi keutamaan bagi aku . Mungkin juga semua ugutan mak itu atas dasar pengalamannya sendiri. Aku masih ingat lagi, abang aku pernah beritahu yang mak ni pelajar universiti paling pintar dan menjadi satu-satunya anak Melayu yang ditawar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang genetic di Rusia. Namun mak aku bunting pelamin, abang aku lahir, setahun kemudian aku menyusul dan tanggungjawabnya sebagai ibu kepada kami telah menguburkan terus impian mak aku untuk sambung peringkat doktor falsafah. Cita-citanya berlalu bagai angina seiring dengan waktu.

Mungkin mak tak mahu kejadian yang menimpanya berulang menimpa aku yang dilihat berpotensi meneruskan legasi dan menggapai impian yang tak kesampaian. . Aku faham tapi apakah mak betul-betul faham apa yang aku rasa sekarang. Kalaulah aku boleh katakan pada mak yang terdapat lakuna dalam hati aku .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience