BAB 3

Romance Completed 7617

Aku sebenarnya stress dan agak beremosi. Semakin kakiku ingin meninggalkan negara tercinta semakin aku dihurung rasa hiba. Aku mahu bersendiri. Flight delayed tiga jam dan aku enggan maklumkan pada keluarga aku, aku lebih rela habiskan masa aku sendiri memikirkan bila tiba di kota orang nanti aku akan kembali bersendirian dikelilingi teman-teman yang diulit bahagia penuh romantis. KLIA ini sepertinya sudah menjadi rumah keduaku dan aku arif dengan selok-beloknya jadi aku merayau ke hulu-hilir mencari sesuatu yang tak pasti. Ku melangkah ke mana saja kakiku membawaku.

Sedang aku berjalan sambil mengusung beg roda jenama Samsonite rona ungu milikku, secara tak sengaja aku terlanggar beg orang lain. Dan punyalah main kecik dunia ni bila beg tu pula kepunyaan pelajar sekampus aku. Hairi namanya, eh betul ke Hairi. Yes Hairi!

“Alamak, Sorry tak sengaja ye, awak taka pa-apakan?.” Ujarku.

Namun mamat nama Hairi ni hanya membalas permintaan maaf aku dengan senyuman. Aku tetap mahu menunjukkan positive vibe aku ni dengan bertegur sapa dengan mamat Hairi ni walau pun muka dia boleh tahan banyak cekadak!

“Nak ke mana ni? Balik kampus atau baru sampai Malaysia?”

Hairi tanpa mengeluarkan sepatah kata seraya hanya tunjukkan tiket penerbangannya kepadaku. Amboi suara emas!

Eh sama flight dengan aku.Fikiranku terus menewarang mengenang momen ketika belajar dulu. Ya seingat aku, inilah kali pertama aku bertegur dengan Hairi .

Nama Hairi ni bukanlah asing bagi pelajar perempuan Melayu di tempat aku belajar. Setiap malam, nama Hairi antara nama yang selalu kami sebut-sebut. Nak kata kacak, tidaklah sekacak Daniel Padilla tapi comel sebab ada lesung pipit dan gigi putihnya tersusun. Gigi aku ni lagi boleh tahan kuning tonanya dibandingkan dengan mamat ni.

Aku cuba mengajaknya berbual namun aku merasa sedikit janggal dan sedar yang Hairi semacam tak sudi bersembang. Nampak macam aku yang terhegeh-hegeh padahal aku cuma mahu berbuat baik dengan kenalan lama.

Puii Orang tak sudi buat apa nak terhegeh-hegehkan, sudahnya aku minta diri dan angkat kaki. Agaknya lelaki kacak memang tak layan dengan muka polos macam aku ni kot. Hello excuse me, just because kau lawa kau ingat muka aku tak lawa? Tak nak aku jadi perigi cari timba walaupun aku desperate nak kahwin. Pull yourself together Lana!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience