BAB 6

Romance Completed 7617

Hmmm…

Hari itu aku datang dengan jubah rona nude dan tudung Naelofar rona yang sama. Belum sempat aku mengelap peluh yang menjejer membasahi dahi, suami Ogy memperkenalkan aku pada kawannya yang bernama Hairi. Ye Hairi budak seunibersiti aku dulu.

“Kenalkan, ini Hairi … dan Hairi , ini Allana .”

Sebenarnya aku agak keberatan untuk sertai pertemuan yang dirancang oleh Ogy dan suaminya. Aku baru tahu yang Hairi sebenarnya bff suami Ogy . Perbualan Ogy tempeh hari nak bagi hint bahawa Hairi ada niat untuk mengenali aku dengan rapat . Kiranya dorang laki bini nak jadi matchmaker la ni.

Seperti biasa dan seperti yang aku telah janjikan dengan keluarga aku, aku takkan berkahwin selagi belum tamat pelajaran. Namun lidah aku terlalu berat untuk mengungkapkannya. Secara tak sedar, aku tersepit antara dua persimpangan. Perlukah aku pilih jalan yang menemukan aku dengan impian keluarga aku untuk melihat aku sebagai doktor perubatan atau aku perlu pilih jalan yang menemukan aku kepada segala yang aku dambakan? Iaitu rumahtangga yang dihiasi sakinah dan mawaddah.

Kedua-dua pilihan itu saling berlawanan arus antara satu sama yang lain dan sukar untuk aku menemukan titik persamaan antara keduanya.

Aku lihat Hairi masih lagi malu. Tak banyak cakap dan anak matanya langsung tak melihat aku . Sebolehnya dia berpaling dari melihat aku. Perghh kekwat macam ni masih ada hati nak jadikan aku bini?

Nak kata dia fobia pada wanita, tak juga sebab dengan bersahaja dia tengok muka Ogy . Sedikit sebanyak timbul persoalan dalam hati, kalau betul mamat ni nak kahwin dengan aku , kenapa nak malu bagai? Apasal melihat mukaku pun tak sudi? Pelik? Dia saja nak jadikan aku kambing hitam ke?

Pertemuan itu aku rasakan terlalu bosan. Langsung tak menepati imaginasi ku sebagai temujanji buta yang indah. Mungkin aku sudah memilih untuk ikut kata-kata mak aku dan mengunci rapat hati aku dari menerima sesiapa. Namun serapat mana pun aku mengunci pintu hati aku , ia masih tak dapat menghilangkan gundah gulana dan kesepian di hatiku yang semakin berlagu gejolak asmara. Pergh tak sangka aku ni parah juga orangnya.

Selepas puas memujuk, akhirnya setelah beberapa kali menolak ajakan Ogy untuk keluar bersama suaminya dan Hairi , hidup aku kembali tenang tanpa diganggu oleh sebarang anasir berupa godaan yang tak mendatangkan hasil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience