BAB 4

Romance Completed 7569

TIbalah waktu yang dinantikan oleh sekalian pelajar di alam semesta. Cutis semester! Ya family aku ada menawarkan aku tiket penerbangan untuk balik ke Malaysia, namun No thank you. Aku memilih untuk menghabiskan masaku bersama kawan-kawan menjelajah ke segenap kawasan bersejarah dan pedalaman di Eropah. Walaupun tempat yang aku lawati itu cantik, namun aku tetap rasa ada sesuatu yang tak kena. Kecantikan ciptaan Tuhan ini bagai tidak lengkap di mataku. Bagai ada yang kosong dan kurang menyerlah. Barangkali kawan-kawan aku yang ikut serta menjelajah kebanyakannya sudah berpasangan. Panorama indah aku sedikit sebanyak jadi cacat oleh adengan romantis diabetis mereka ni. Arghhh masalah hati kau ni Lana! Eh stress jugak aku dengan diri sendiri ni.

“Tak elok anak dara termenung lama sangat nanti abang sayang lambat datang Lana oii,” usik Ogy yang sedar aku termenung jauh. Aku cuma menempelak dengan mimic muka sinis teguran Lana itu. Dah biasa dengan segala pantang larang ciptaan mereka ni.

“Eh Mana laki kau?” soal aku kepada Ogy .

“Dia ke toilet jap… Oh ya, aku lupa nak tanya kau sebelum ni. Walau aku tahu jawapannya tapi aku kena konfemkan juga dengan kau kan?”

“Bunyi macam penting, ada apahal? Kenapa kau tanya macam tu?”

“Eh takkan tanya pun tak boleh?”

“Kau single lagi kan.”tanya Ogy

“Oooo, soalan tu agak tak boleh aku jawab tapi since kau bertanya aku jawablan ya aku masih single?”

‘’Tapi kenapa aku tak boleh tanya?’’ tanya Ogy lagi.

“Eh macamlah kau tak tahu yang aku sekarang grounded. Kena ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh keluarga au tu ha. No marriage before graduate.”

“La ye ke? Apa punya peraturan la keluarga kau buat? Kau kenapa tak fight pada sesuatu yang kau percaya. Kau tak tahu ke yang perkahwinan ini bagus dan suci, dapat mengelak dari membuat dosa tau?

“Kau gila? Takkanlah aku nak cakap aku nak cakap macam tu kat depan mak bapak aku. Kang tak pasal-pasal dia orang anggap aku ni dah terlanjur pula atau desperado pula. Kau bukan tak kenal perangai abang aku tu, kalau dah namanya peguam habis semua dia persoalkan. Mulut tak insurans dia tu boleh hasut bukan takat mak aku tapi Donald Trump sekali tau. Kang tak pasal-pasal dia kritik pasal kahwin muda walaupun sebenarnya dia tak sedar yang umur adik dia ni makin meningkat. Dia pernah kata Nabi tak pernah galakkan pun kahwin muda, Nabi hanya galakkan kahwin bagi yang mampu je. Kalau tak mampu, babai! Sedar diri sikit dan mulalah berpuasa – tak kira muda atau tua!”

“Okey. Aku faham… Katakanlah kalau ada lelaki yang mampu dan menyunting kau, Kau nak tak?”

“Erm… Tu semua terpulang dan tengok macam mana. Bergantung sama ada dia tu tua atau muda. Kalau tua, aku kena pastikan dia ada harta lebih kurang berbillion dolar.”

“Bagaimana Kalau yang muda, bujang trang trang?”

Aku terdiam. Kalau betul ada yang nakkan aku , apa salahnya malah aku sendiri melihat tiada salahnya kahwin muda ni. Halangan sekarang adalah keluarga sahaja dengan pendirian mereka yang fokus pada duniawi semata.. Aku malas memikirkan jawapan pada persoalan itu dan aku biarkan saja ia. Kalau fikir banyak kali jiwa aku memberontak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience