BAB 10

Romance Completed 7569

Sementara menunggu mak mengambil gambar tunang aku yang sebenarnya boleh je mak tunjukkan dari telefon bimbitnya yang canggih tu, yelah boleh snap atau keluarganya boleh send whatsapp kea pa berbanding hantar hardcopy. Punyalah oldskool keluarga kami ni.

Semakin dekat jam untuk majlis pertunangan ini tak sedaar semakin berbunga pula hati aku ni.Mungkin ini petanda yang selepas bertunang akan bergerak pula ke jinjang pelamin. Paling penting, pertunangan ini akan jadi langkah atau boleh jadi penawar aku mengubat kekosongan di hati.

“Nah ni gambar budak lelaki tu,” mak serahkan gambar tunang aku .

Mulutku serta merta ternganga dan mataku bagai tersembul keluar saat menatap foto itu.

“Nama dia Hairi . Katanya kawan kamu satu universiti dan doktor satu hospital tempat kamu bekerja sekarang ni, takkan kamu tak pernah nampak budak laki ni Lana?”

Allahuakbar! Ya Allah, Sungguh aku tak sangka. Kecil betul dunia ni kan? Dalam banyak-banyak lelak yang aku reject dan datang melamarku. Mmamat yang ku panggil kekwat dan banyak cekadak nilah, ya yang bernama Hairi yang berani datang melamarku.

Masih segar di ingatanku saat berdegil taknak jumpa mamat ni setiap kali ia yang diaturkan oleh Ogy dan suaminya, siap label yang dia lelaki taka da effort, pemalas dan harapkan orang je suap. Lelaki manja dan macam-macam lagi gelaran aku berikan walhal dialah lelaki paling berani dan setia.

Bertahun lamanya dia menunggu masih setia dan dia jugala yang datang merisik aku bersemuka dengan kedua orang tuaku. Dia akhirnya menjadi calon suami pilihan mak aku untuk aku tanpa. Sungguh cantik aturan Illahi itu kan?

Dan kau tahu apa yang paliang mengejutkan? paling mengejutkan adalah apabila Hairi sendiri, doktor berkaca mata bulat bingkai hitam itulah yang menegurku mengingatkan aku tentang majlis pertunangan hari ini.

Aku sering berdoa untuk bertemu dengan lelaki yang gentleman dan Allah dengar bisikan hatiku ini, kerana dia adalah lelaki gentleman. Aku silap! Dan saat itu juga aku merasa bagai ada ratusan kaki menendang-nendang pintu hatiku. Sakit dan penuh debar namun aku gembira.

Akhirnya aku menemui jalan kebahagian. Walaupun ia berliku dan terpaksa meredah bukit-bukau yang mencabar [ada akhirnya aku berada di laluan yang tepat dan lurus. Majlis kami berlangsung dengan penuh keberkatan dan restu dari kedua belah pihak. Sepanjang majlis bibirku tak lekang dari senyuman.

Ibu siap kata bahawa itulah senyuman paling manis yang pernah ku lemparkan sepanjang hampir 30 tahun aku bernafas di dunia ini.

Usai majlis pertunangan, sedang aku menatap cincin belah rotan yang tersarung indah di jari manisku, aku menerima kiriman mesej Whatsapp.

Mesej pertama adalah kiriman mesej berbunyi;

‘’Sayalah orang yang paling gembira di dunia, terima kasih kerana menerima pinangan saya, terima kasih wahai tunangku Lana Zanora.

Mesej kedua pula berbunyi,

‘’Awak sedang senyum ke ni? Saya juga sama. Amacam berani tak saya?

Okay itu sudah cukup buat aku melting!

Mesej ketiga berupa pahutan lagu Afgan, ‘Terima kasih cinta’. AKu menekannya dan sungguh aku terpesona dengan lagu yang cukup mengasyikkan itu.

Mesej keempat pula dikirimkan selepas 4 minit aku mendengar lagu tadi.

‘’Jumpa awak esok cik tunang. Future Mrs. Hairi!’’

Ya Allah! Yabedabedu syukur tak sangka aku nak kahwin dah oiii!

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience