Rate

BAB 24 - MANJA / RAIF ALTHAF

Romance Completed 446976

Balik dari makan malam itu.. Yaakob, menghantar Hamzi terus ke lapangan terbang.. Hamzi yang sengaja singgah ke rumah itu atas arahan Maya. Kini tinggal lah mereka bertiga di dalam kereta itu.. Inas sudah beberapa kali menguap, menahan dirinya dari kantuk yang menyerangnya sejak tadi..

'ya Allah ! Mengantuknya.. Makan kenyang sangat agaknya..' makanan pula yang disalahkan oleh Inas. Semakin lama kepala Inas semakin condong dan akhirnya bersandar di cermin tingkap kereta..

Raif berbaling melihat kepada Inas yang sudah terlena..dia menarik bahu Inas untuk jatuh kearahnya.. Tetapi..tiba-tiba Inas menegakkan dirinya semula.. Berpaling ke kiri dan kanan..

''manis mengantuk? Tidur saja dia peha manja..'' Kata Raif menawarkan pehanya untuk dijadikan bantal buat Inas. Leganya ditepuk beberapa kali.

Kepala inas segera mengeleng..menolak tawaran yang Raif berikan..

''tak apa.. Manis okay je ni, hmm..'' balas Inas.

'lama lagi ke? nak sampai rumah...mengantuk lah.. Nampak katil je sekarang..ni.....'keluh Inas..sekali lagi dia menguap.. Kedua-dua tangannya dibawa menutup wajahnya..matanya juga sudah basah dengan air mata..dilapnya sekali lalu sambil mengosok-gosok matanya yang semakin memberat..

''tidur saja sini!'' Raif terus menarik bahu Inas..sampaikan kepala Inas jatuh ke ribanya.. Inas berusaha untuk bangun.. Tapi, dihalang oleh Raif. Tangan Raif menepuk lembut di bahu Inas sehinggalah Inas terlena. tangan Raif bermain lembut hujung-hujung rambut Inas yang dibiarkan lepas..

Yaakob yang sedang memandu menarik bibirnya tersenyum melihat kepada pasangan suami isteri yang berada di tempat duduk belakang..melihat kepada layanan Raif..kepada Inas.. di yakin Raif sangat menyayangi isterinya..

''kita dah sampai ni manja.. nak pak Akob berhenti digaraj ataupun berhenti dihadapan pintu utama..'' tanya Yaakob yang sedang menunggu pintu pagar automatik dibuka dengan sepenuhnya..

''tak apa pak Akob.. Pak akob parking di garaj saja.. Nanti pak akob nak balik rumah pula..harini dah susahkan pak Akob kena balik lambat ke rumah..tentu keluarga Pak Akob sedang tunggu pak Akob..'' kata Raif.

''aisshh.. Tak apa lah.. Pak Akob dah biasa..keluarga Pak Akob dah tahu macam mana dengan kerja Pak Akob....'' Balas Yaakob.. Kereta yang dipandunya mula masuk kedalam garaj. Kemudian dia keluar dari kereta, membuka pintu buat Raif yang sedang mengangkat Inas keluar dari kereta..

''pak Akob balik dulu ya.. Kamu masuklah..nak hujan tu..'' kata Yaakob menunjuk kearah langit yang sedang berdendum diatas sana.

''pak Akob balik lah cepat.. Takut tak sempat sampai rumah nanti..'' kata Raif.. Mula berjalan masuk kedalam rumah..

Raif membawa Inas naik keatas.. Seperti biasa terus masuk kedalam biliknya.. Meletakkan Inas ke atas katil.. Pancaran cahaya putih dari langit mula masuk kedalam bilik tidurnya.. Cepat-cepat Raif berjalan ke arah tingkap kaca.. Menarik tali bidai agar bilik itu ditutup sepenuhnya..kemudian menarik tirai pula menutup tingkap kaca bilik itu..

BAM!BAM! BAM! Guruh dilangit mula berdentum hebat diatas sana, terasa gegaran dari dinding bilik itu.. Raif menutup telinganya dengan tangan..

Bila Raif membuka matanya kembali..dia melihat ada satu landasan luas dihadapannya.. Kilat dilangit sedang sambung menyambung..

''TAKKKK!!!'' jerit Raif kuat.. Sehingga membuatkan Inas yang terbaring di atas katil tergejut lalu terjaga dari tidurnya.

''manja..'' panggilnya.. Inas bangun mencari Raif..

''manja..'' sekali lagi Inas memanggil.. Inas turun dari katil..dan berjalan menghampiri Raif yang sedang berdiri di tengah ruang bilik itu sambil memegang kepalanya..

''manja..'' Inas menyentuh tangan Raif..

''manja..kenapa ni?'' tanya Inas. Tapi Inas tak mendapat riaksi dari Raif.

''Raif Althaf?'' .. Raif menjatuhkan tangannya..merenung ke wajah Inas.

Inas berganjak selangkah kebelakang..melarikan tangannya..tatapan mata dari Raif kalini sangat berbeza..bukan seperti sebelum ini..

''manis!'' bibir merah itu memanggil nama gelarannya..

''ya-manis..manja okay ke ni?'' tanya Inas dengan berhati-hati.. Kerana dia tak pernah melihat wajah Raif setengang ini..

''ubat! '' Raif menghulurkan tangannya meminta ubat yang selalu diambilnya sebelum dia tidur..

'hah! Ubat aku terlupa..' berlari Inas ke laci meja kecil yang ada di sisi katil..

Botol putih itu dibawa keluar oleh Inas. Inas membuka penutup botol itu dengan keadaan yang tergesa-gesa..kemudian Inas menuangkannya di tapak tangan.. Tapi ubat itu, tak juga kunjung tiba..ternyata isi nya telah kosong.. Inas mengintai kedalam botol itu..mengeluarkan sampul kecil yang ada didalamnya dan selebihnya ada kapas putih..

'kosong!!! Inas kenapa kau bodoh sangat!' Inas berpaling perlahan-lahan melihat kepada Raif yang sedang memegang kepalanya..

''manja..'' panggi Inas..

'macam mana aku nak bagitahu dia? Tak sanggup aku tengok dia terseksa macam tu..' Inas memeluk Raif.. Dengan erat sekali.. Tapi tangan Inas ditempis oleh Raif..

''ubat!'' sekali lagi perkataan itu diulang lagi..

''salah manis! Manis tak tahu ubat tu dah habis..maafkan manis..'' Inas kembali memegang tangan Raif..

''Argghhh!sakit!'' jerit Raif. Raif yang tadinya berdiri mula duduk di lantai memeluk lututnya...tambah sangat kusut dan sedang gelisah akan sesuatu..

''manja..''

''pergi!''

''pergi ke mana?'' tanya Inas..

''pergi sebelum kau juga jadi mangsa..macam ayahanda !'' jerit Raif..

'apa yang dia merepek ni.. Inas kau kena bantu dia.. Dia perlu keluar dari situ..'

''mana.. Mana ayahanda manja?'' tanya Inas.

Raif tak dapat melihat dengan betul apa yang ada didepan matanya..fikirannya sdang bercelaru..bunyi guruh yang berdendum diluar menambahkan lagi rasa gusarnya..dia sendiri keliru dengan dirinya..dan kenapa dia asyik mendengar suara wanita yang asyik memanggilnya manja..

''manja..'' suara itu memangil lagi.. Imej halusinasi yang dilihatnya semakin pudar.. Kini dia melihat wajah Inas yang pecah-pecah tadi kembali menjadi satu..

''manis!'' akhirnya bibirnya sekali lagi menyebut nama itu..

''ya!..ni manis..manis ada saja disini dekat dengan manja..'' ucap Inas.. Raif bagaikan baru kembali ke dunia nyata terus memeluk Inas..

''manis..manja tak cederakan manis kan?'' tanya Raif..

''tak..'' jawap Inas..serta mengelegkan kepalanya.

Raif meleraikan pelukannya ..dia memegang kedua-dua tangan Inas tapi bila guruh diluar berdentum lagi..fikirannya mula terganggu lagi.. Raif mula mengelengkan kepalanya. Tangan Inas dicekamnya..

''manja!'' Raif sekali lagi hanyut dalam dunia khayalannya..

''manja...apa yang manja nampak?'' tanya Inas.. Tapi Raif diam tak membalas kepada Inas..hanya renungan mata yang seperti tadi diberikan oleh Raif..

''raif..raif althaf... Kamu ada disitu..? '' tanya inas.. Kerana dia sendiri buntu bagaimana cara untuk menyedarkan Raif..setelah beberapa kali dia memangil nama manja tak disahut.

''ya!'' balas Raif..

''ini semua halusinasi.. Ini semua ketakutan yang raif selindung selama ini..raif kuat! Raif perlu kuat! Hadapinya!! ...'' kata Inas..

''tak boleh!'' makin kuat raif mencekam tangan Inas.

''manja! Sakit!'' Inas menarik tangannya, terasa sakit pergelangan tangannya..sehingga air matanya mula menitis di pipi..

''RAIF ALTHAF !!'' jerit Inas.. Mula meronta minta dilepaskan..

Raif mendengar suara yang sama menjerit kepadanya.. Suara yang tadinya penuh dengan sopan dan kelembutan berubah menjadi keras dan amarah..pandangan mata Raif lama kelamaan menjadi kabur dan terus kelam..Inas melihat Raif yang kini, sudah terbaring dilantai..

Inas bangun, berjalan ke arah katil dan mengambil bantal dan selimut.. Malam itu, mereka berdua tidur di bawah ..kerana Inas tak mampu nak menngangkat Raif naik ke katil.

Pagi-pagi lagi Inas sudah memandu pergi ke pekan..membawa botol ubat yang telah kosong itu bersama dengannya.. Menuju ke farmasi yang ada di pekan..

Bertapa seketika inas di dalam kereta..sementara menunggu farmasi di hadapannya di buka. Apa yang di katakan oleh Raif semalam bermain-main didalam fikirannya..

'kenapa kau penuh dengan misteri manja..semakin aku mendekat dengan kau..semakin banyak perkara yang muncul..bermula dengan Hazim.. Kini ayahanda?..ayahanda siapa? Abang hazim ke manja?' inas menyentuh dahinya, lalu memicit lembut disitu.. Dia mendongak semula bila melihat seorang wanita cina sedang membuka pintu farmasinya..keluarlah Inas dari kereta membawa botol kosong ditangannya.. Masuk kedalam farmasi itu.

''hello miss..good morning..'' sapa wanita berkulit putih itu dengan mesra..

''hello..morning.. Boleh saya dapatkan ubat ni?'' Kata Inas meletakan ubat itu di atas kaunter kaca.. Yang dibawahnya teriisi pelbagai jenis-jenis ubatan lain.

''wait ya..'' wanita itu mencari kotak cermin matanya yang ada didalam beg tangannya..kotak berwarna hitam itu dibuka.. Satu cermin mata dikeluarkan dari situ dan disematkan di wajahnya.

''ini ubat aa... Siapa makan punya?'' tanya wanita itu.

''my husband..'' jawap Inas.

''kenapa aa..? Dia makan ini ubat? Dia stress aa? Ini ubat tak da bagus oo.. Nanti boleh kacau pikiran dia maa.. Lama-lama boleh lupa pii oo.. Memory loss..'' terang wanita itu.. Memandang tepat ke wajah Inas yang nampak dalam kebingungan.

'' betul ke ni miss? Arr.. Maksud miss..ubat ni yang buat dia..macam halusinasi..macam tu..?'' tanya Inas.

''itu macam lah.. Macam.. Ini untuk antidepresen..tak mau bagi dia resah.. Macam ubat tidur la.. Selalunya lah..'' kata wanita itu lagi.

''kalau makan setiap hari jadi apa?'' tanya Inas..

''macam saya cakap tadi maa.. ubat jenis ini, boleh ganggu memori dia..ataupun paling teruk dia boleh hilang ingatan..'' kata wanita itu.

''oh!'' bingung Inas seketika. Terdiam lama memikirkan apa yang perlu dia lakukan sekarang..

''miss..ada vitamin ke?.. Atau ubat yang bagus sama seperti fizikal ubat ni?'' tanya Inas..

''ayoo.. You banyak pandai aa.. Tunggu.. Saya cari...kasi dia vitamin saja lor....'' kata wanita itu mencari vitamin yang sesuai dengan fizikal ubat itu.

'betul ke apa yang aku buat ni! Tapi, aku nak dia pulih kan! ..cuba dulu..mana tahu dia akan semakin pulih...'

Selesai membuat pembayaran.. Inas terus memandu pulang ke rumah, tapi.. sempat dia singgah melawat orang tuanya sebelum pulang .. Sebaik sampai di depan pagar utama.. Inas melihat raif sedang duduk di tangga rumah..melihat saja pagar utama itu terbuka turus Raif bangun dan berlari turun ke halaman rumah.

Inas menunggu saja sampai Raif masuk kedalam kereta duduk disebelahnya.. Kalau tak tunggu nanti tak pasal-pasal jadi macam hari tu..

'minta dijauhkan...'

''manja cari manis.!''

''manis ke mana?..''

''kenapa?''

Tanya.. Raif bertalu-talu.. Sebaik pintu kereta ditutup.. Inas membiarkan saja Raif bercakap sendiri..sementara dia memandu kereta masuk kedalam garaj..

Alhamdulillah.. Selesai dah untuk harini.. Ok tak..? Kita sambung esok pula ya.. Sayang hampa semua.. (^-^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience