"BAIKLAH, sampai di sini sahaja ucapan saya pada hari ini."
Aku menghembuskan nafas lega. Pengetua mula turun daripada pentas perhimpunan. Ucapan pengetualah yang paling bosan didengari, setakat ini. Disangkakan lima minit, rupanya satu jam.
"Baiklah, dipersilakan guru praktikal kita, Encik Muhammad Imran bin Ramli untuk memperkenalkan diri. Dipersilakan."
Suara pengawas yang menjadi pengacara majlis kedengaran melalui pembesar suara. Sebentar, apa dia kata?
Guru praktikal?
Setahu aku, jarang sekali di sekolahku ada guru praktikal. Bukankah biasanya, mereka akan menjalani tempoh praktikal di sekolah rendah?
"Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh murid-murid, saya Muhammad Imran bin Ramli, guru praktikal baharu di sekolah ini. Harap murid-murid boleh menerima saya dengan baik," ucapnya. Suara garau guru itu jelas kedengaran di telingaku, biarpun dengan pembesar suara.
Garau.
Wajahnya tidak dapat aku lihat dengan jelas, disebabkan murid lelaki yang memenuhi barisan hadapan. Hanya tubuh kecil yang dapat aku lihat, sedang berucap di atas pentas. Berbaju batik, seperti ingin menghadiri kenduri kahwin pula.
Beberapa pelajar perempuan mula menunjukkan aksi gedik mereka. Ada yang mula membayangkan yang pelik-pelik, atau lebih tepat mereka bersanding di atas pelamin. Berdua.
Di manakah letaknya adab mereka? Nama sahaja belajar di sekolah agama, tetapi tidak meletakkan adab di tempat utama. Aku perhati sahaja guru tersebut, tersengih kecil dia melihat murid-murid perempuan sebegitu.
Mungkin sudah agak.
Berbeza dengan aku, tidak sedikit pun imanku terguris dengan kehadiran guru praktikal tersebut. Aku lihat wajahnya biasa-biasa sahaja, tidak seperti mamat Turki yang selalu muncul di kaca televisyenku, aww!
Baiklah, aku akan melabelkan guru praktikal itu dengan nama 'ustaz hodoh'. Eh, bukankah itu tidak beradab?
Biarlah. Hanya aku yang tahu.
Hairannya, hampir semua daripada golongan wanita ini cair melihat 'ustaz hodoh' tersebut. Kacak sangatkah, sehingga dicop terlebih dahulu menjadi stok calon suami? Adakah kerana beza usia yang tidak terlalu jauh dan boleh dibuat teman sehidup semati? Begitu?
"Hensem kan ustaz baru tu?" Satu suara menyinggah pendengaranku. Segera aku menoleh ke belakang, mencari punca suara itu.
Aulia. Sang sahabat baik sejak tingkatan satu. Jangan kata, dia juga salah seorang daripada mereka yang tergedik-gedik akan ustaz tersebut? Tidak mahu mengaku kawan nanti!
"Zureen? Kau dengar tak?"
"Dengar, dengar. Kenapa? Aku tak pekak lagi, tahu tak?" Dengan pantas aku memberi respon.
"Jawab soalan tadi. Hensem tak, ustaz tu?" soalnya, soalan yang sama.
Aku tersenyum hambar.
"Hen... hensem," bohongku.
Aulia menepuk bahuku, mulutnya dirapatkan ke telingaku. Bibir Aulia mengulum senyuman nakal, seperti sedang membayangkan sesuatu.
"Bayangkan, itu suami kau."
"WHAT!" Aku menjegil mata. Eh, aku tidak kisah sesiapa ingin memasangkan aku dengan mana-mana lelaki, jangan dengan ustaz tersebut, sahaja. Ingin sahaja aku sumbat mulut Aulia dengan tepung, celopar sangat.
"Ya, bayangkan. Kau... naik pelamin dengan gaun kembang macam pipi kau, dengan bunyi kompang. Kompang dipalu, pengantin malu! Duduk bersanding, dengan ustaz baru!" bisik Aulia lagi.
"Aulia, cukup!"
*****
SEMINGGU kemudian.
"Zureen, Zureen, Zureen!"
"Apa?" Aku respon sebaik sahaja namaku diseru Dilla. Sesungguhnya, kami sedang berjalan seperti anak itik ke kelas, terkedek-kedek. Nasib baiklah tiada pelajar lelaki di sini. Kalau tidak, pasti kami bertiga sudah menjadi tumpuan ramai.
"Kau nak tahu ke tak?" Dilla menggoncang bahuku. Tubuhku dipusingkan menghadapnya.
"Iya sayang, belum cakap lagi kan? Beritahu jelah." Pipi Dilla dicubit kuat. Pipi gebu ini, ingin sahaja ditarik-tarik sehingga merah.
Okey, beginilah. Serius sangatkah topik yang hendak dibincangkan?
"Kau nak tahu tak ni?"
"NAK!" Aku mencebik. Sejak tadi, hanya perkataan ini yang muncul daripada bibir Nur Syadilla. Aku hanya mengurut dada, menahan daripada melepaskan geram kepada sahabat.
"Ustaz tu."
"Ha? Ha?" Keningku diangkat tanda hairan. Apa kena mengena aku dan 'ustaz tu'? Tiada perkataan yang dinyatakan secara spesifik. Ustaz ada banyak di dalam sekolah ini. Bukan sahaja sekolah ini, boleh jadi juga ustaz daripada luar. "Ustaz mana, mak cik Kiah Dilla oi..."
"Ustaz hensem tu, tinggal satu pangsapuri dengan kau."
Hah? Biar betik kena jentik?
Aku menampar-nampar pipi sendiri, menyedarkan diri daripada 'mimpi' yang sedang aku lalui ini. Iris mataku bertentangan dengan Dilla. Adakah benar semua ini, ataupun sekadar pembohongan daripada Dilla?
"Kau biar betul?" soalku. Tidak, ini tidak mungkin terjadi. Curiga aku diletakkan di dalam hati.
Hanya satu yang ingin aku tahu, benarkah setiap perkataan yang diujarkan oleh Dilla? Jika benar, mengapa aku tidak pernah nampak kewujudan ustaz praktikal tersebut?
"Betullah. Tipu dosa, kan?" Dilla tersengih. Mungkin lucu melihat riaksi aku. Laju-laju aku menggeleng, dengan harapan aku tiada perasaan mendengarnya. "Reen, muka kau merah. Kau terkejut beruk ke, happy terlebih ni?"
Terkejut beruk, mungkin ya. Happy terlebih, untuk apa pula? Untuk apa aku perlu gembira? Macamlah dia insan yang telah aku sanjung-sanjung selama ini.
Dia manusia biasa. Relevanlah untuk ustaz tersebut tinggal di pangsapuri yang sama denganku. Bunga bukan sekuntum, rumah juga bukan sebiji. Aku bukan tinggal di dalam rumah banglo, hanya sebiji di atas bukit dan tidak berjiran.
Yang peliknya, aku pasti dia bukan tinggal di blok C. Jika dia satu blok denganku, tentu sudah lama aku lihat dia. Jika benar kata-kata Dilla, tentu ustaz tersebut tinggal di blok lain.
"Sudahlah, kita masuk kelaslah. Lama pula bersembang dekat sini." Aku mengangkat kaki, mengorak langkah menuju ke kelas semula. Perjalanan yang sepatutnya ke tempat yang sama tadi, terhenti disebabkan 'berita' Dilla. Berita yang didengari dengan perasaan kosong, bahkan tanpa perasaan.
Sedang berjalan, suatu kelibat muncul di hadapanku. Kelibat seorang lelaki, berjalan di koridor kelas banat, bertentangan dengan kami. Berpakaian baju kemeja biru awan serta tali leher berwarna perak, sekali lihat wajahnya sungguh segak.
Mataku tenung lama sang jejaka. Tidak mungkin murid memakai baju seperti itu, melainkan ada acara rasmi. Jika bukan murid, siapakah dia? Pelawat?
"Zureen," Aulia menegur aku.
"Kenapa?" Aku tidak memandang Aulia, pasang mataku masih melekat untuk melihat sang jejaka kacak.
"Kau duduk perhati je Ustaz Imran tu dari tadi. Dah ada yang berkenan ke?"
Hah? Apa?
Aku menggosok mataku dan menampar-nampar pipi supaya menyedar diri daripada mimpi indah ini. Dia bukan bidadari syurga yang ingin datang menjemputku, seperti sangkaan kalbu.
Dia guru.
Guru.
Guru praktikal.
"Aku dah agak. Kau berkenan dengan Ustaz tu!" Aulia dan Dilla sambung mengekek ketawa. Aku menahan malu, menebalkan muka melalui kawasan koridor. Semua murid yang sedang berjalan sudah mendengarnya.
"Mana... mana ada!" nafiku. Sumpah, tidak ada secebis pun perasaanku kepada seorang guru.
"Iya ke, cinta tidak mengira umur..." sambung Dilla. Mereka masih tersenyum-senyum, sebaliknya aku yang menanggung malu. Perlukah aku balas ayat ini, ataupun mematikannya dan mereka tidak akan menyambung lagi?
"Ka... kalau ye pun salah ke!" balas aku laju.
Zap!
Aku menutup mulut dengan tangan. Kata-kata sebentar tadi, aku terlepas.
Terlajak perahu, boleh diundur. Ini terlajak kata, Zureen. Terlajak kata, buruk padahnya. Buruk sangat!
"Tak sabarnya mahu makan nasi minyak! Eee, nyum nyum!" Aulia ketawa nakal. Ingat aku tidak faham, apa yang dimaksudkan dengan 'nasi minyak' tersebut?
Tidak, tidak, tidak. Jangan berani ship aku dengan sesiapa! Lebih-lebih lagi Ustaz Imran, aku tidak mengenali pun siapa dia!
"Tak apalah. Lagi setahun je, kita dah nak habis sekolah. Lepas tu, kau bolehlah... nak tunang ke, nikah ke? Ha, jangan cerai sudah!" sambung Dilla. Masih jelas kedengaran tawa daripada dua sahabatku ini.
Silapku juga, siapa suruh memberi jawapan maut. Jawapan makan tuan.
Yang perlu menanggung, ialah aku.
"Korang fikir, aku boleh jatuh cinta dengan Ustaz tu ke? Hish, tak mahulah. Tak menarik." Aku berjalan pantas menuju ke pintu kelas yang semakin hampir. Dengan cara ini, aku berharap agar mereka akan menghentikan topik ini.
"Siapa kata tak boleh? Kalau sudah jodoh, tidak ke mana."
"Shut up!" Aku mula berang. Dua sahabat ditinggalkan.
"Sorrylah Zureen, kami gurau aje!" suara mereka dari jauh.
Aku tahu, mereka bergurau. Bergurau juga, ada batasnya. Aku suka bergurau, tetapi bukan gurauan sensitif. Sudahlah aku baru kehilangan Firdaus.
Oh ya, Aulia dan Dilla langsung tidak mengetahui tentang Firdaus. Aku hanya menyimpan perasaan itu di dalam hati. Cukuplah aku seorang yang tahu, ataupun maut bakal menanti.
*****
"LEPAS raya ni, ada kem jati diri pengawas. Korang berdua nak join?"
Pen yang menemani aku ketika menulis diletakkan di atas meja. Kerja sekolah diletakkan tepi sebentar, aku fokus terhadap berita yang dibawa Aulia.
"Betul ke? Kenapa aku tak tahu?" soalku. Mataku mengerling pakaian sendiri. Berwarna jingga dan berkain hitam. Boleh bayangkan hodohnya aku memakai pakaian berwarna ini.
"Kau tak pergi bertugas tadi."
"Okeylah, berapa bayaran dia?"
"RM50, untuk tiga hari dua malam. Okey, kan? Termasuk baju dan cenderahati." Aulia membuat gaya sambil menerangkan. Sekali lihat, seperti badut yang sedang membuat persembahan di atas pentas.
"Bolehlah, nanti aku tanya mama aku." Buku yang diletakkan di tepi dicapai semula.
"Kenapa kau macam tak suka je, Zureen?"
Akhirnya, ada juga yang perasan akan riaksi aku yang berbasa basi.
Ya, aku tidak terlalu menyukai kem di sekolah. Biasanya, mereka akan memberi ceramah motivasi yang sama.
Ia bermula dengan 'adik-adik, bayangkan kalau ibu ayah adik-adik...'
Naik muak aku mendengarnya! Jika ikhlas kerana Allah, tidak apa lagi. Ini tidak, mereka hanya dijemput kerana mahukan wang.
"Tak... bukan tak suka..."
"Masuk jelah, sudah ada peluang. Bukan selalu kita ada aktiviti kat sekolah. Nanti tahun depan baru nak menyesal, tak tinggalkan banyak kenangan masa zaman sekolah," ucap Aulia panjang lebar. Ya, aku tahu. Kenangan. "Manalah tahu dapat luangkan masa dengan Ustaz kesayangan kau ke..."
Hah? Ustaz kesayangan? Ustaz mana pula? Jangan kata, Ustaz yang kacak lagikan handsome tadi?
Ehem! Terlepas kata pula!
"Ustaz mana? Merapu jelah kau ni." Aku menggeleng laju.
"Ustaz IMRAN."
Kalau awak semua perasan kan, Bab 1 edited version agak berbeza dengan Bab 1 unedited (YES MEMANG AKU STALKER) Hana dah buang part yang hambar & bosan <3
Share this novel