SUASANA di kantin sesak. Dalam suasana penuh bingit dengan suara manusia ini, aku, Aulia dan Dilla sedang menikmati sarapan lewat pagi dengan berselera.
"Wah, hebatnya kau. Bukan senang, ustaz tu nak tegur. Siap tanya nama lagi ni, hebatlah kau." Aulia menepuk bahuku.
Soalan ini, paling dibenci aku. Pasti sda peluang untuk dua sahabat menyakat aku.
"Hmm, entah-entah, dia nak jadikan kau calon isteri kot." Dilla ketawa nakal. Serta merta wajahku bertukar merah padma.
"Calon isteri? Dia tanya nama je pun, apa salahnya? Biasalah kan, guru tanya nama murid?" Aku cuba berlagak tenang. Sedang dalam hati, masih berombak bersar tertanya-tanya akan mengapa sebabnya dia meminta namaku. Nama penuh, pula itu.
"Alalala, sebenarnya malu tapi mahu, kan? Macamlah aku tak tahu hati kawan aku ni macam mana..." Aulia dan Dilla masih tertawa nakal. Tinggal aku yang masih terpinga-pinga.
"Mana ada!"
Geram.
"Habis tu, kenapa kau cemburu? Aku selalu nampak, kau curi-curi pandang masa diatengah cakap dengan Aimy. Ingat aku tak nampak? Tengok mata kau pun dah nampak sangat, kau cemburu." Dilla menghentikan bebelan panjangnya di situ. "Kau boleh tipu apa sahaja, Zureen. Kecuali mata."
Kerana mata tidak pernah menipu. Mata tidak pernah menyembunyikan rasa kalbu.
"Mengaku aje lah, kami simpan rahsia kau. Janji." Jari kelingking Aulia dihulur, tanda pinky promise yang selalu dilakukan orang.
"Tak, aku tak ada perasaan kat ustaz tu pun. Tak ada." Aku masih dengan kenyataan yang sama, menegakkan benang yang basah. Hakiatnya, sudah terang-terangan hati berkata suka. Eh, pecah rahsia.
Baiklah, terpaksa diakui. Cinta tidak mengira umur, pangkat mahupun harta, bukan? Seringkali di media sosial, terdengar berita guru-guru berkahwin dengan anak muridnya sendiri, bahkan yang jauh sekali beza umurnya.
Segalanya tidak mustahil, jika telah diatur indah oleh Allah Taala. Jika sudah namanya jodoh, lari ke hujung dunia pun masih akan bertemu.
"Kau ingat, kami tak tahu isi hati kau? Dari hari itu, tengok muka kau berubah bila Ustaz Imran lalu."
Benar, benar sekali. Aku mengakui, akan perubahan aku ketika detik itu. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang, nafas menjadi laju dan pergerakan semakin pantas. Seolah-olah ada sesuatu yang telah merasuk aku supaya menggelupur apabila melihatnya.
"Yelah." Nadaku diturunkan.
"Apa yang yelah?" Mereka berdua hairan.
"Aku tercrush dekat dia!"
Jujur. Tidak mengapa.
"Kita orang dah agak dah." Riaksi mereka tenang. Tiada sedikit pun riak wajah terkejut ditunjukkan kepadaku. Nampak sangat, aku tidak pintar untuk menyembunyikan sebuah rahsia.
Aku mengalah. "Jadi, kau orang happy lah, aku mengaku?"
"Bolehlah. Happy itu happylah, tapi tak terkejut pun. Kita orang dah lama tahu isi hati kau, tak perlu nak sembunyi." Dilla ketawa nakal. "Untunglah, crush notice kau."
"Eh, eh. Kebetulan aje tahu. KEBETULAN. Biasalah kan, dia nak kenal-kenal orang kat sini." Aku menggulingkan bebola mata. Sekali lagi, tidak setuju dengan penyataan Dilla.
Semua ini kebetulan. Namun, benarkah ia benar-benar 'kebetulan'?
"Dilla. Zureen."
Suara Aulia membuatkan kami senyap. Mata kami fokus kepada si kecil molek seorang ini, melihat wajahnya seperti ingin mengatakan sesuatu yang serius.
"Kau berdua tahu tak, muka ustaz tu macam pernah mampak, bila tengok dari dekat." Aulia mengurut dagunya.
Tatkala ini, benakku ligat berfikir sesuatu, mengingati kembali di mana pernah aku lihat wajah si ustaz. Ada benarnya kata Aulia, aku tahu wajahnya sangat menghampiri seseorang, tetapi siapa?
"Entahlah, Lia. Aku pun rasa macam pernah nampak. Tapi, aku lupa di mana." Aku menunduk sebentar. Masih tidak berpuas hati, masih mencari di mana kali terakhir aku melihat wajah yang kian seiras itu. Aku yakini, aku pernah melihatnya.
"Lagi satu. Aku tak kisah kau nak percaya ataupun tak. Muka kau dengan ustaz tu, iras-iras. Tak banyak, tapi sikitlah. Sikit."
Aku tepuk bahu Aulia, pantas. "Apa kau merepek ni, Aulia? Tak sama pun. Kan dalam dunia ni, ada tujuh orang yang serupa wajah, takkan kau tak tahu."
Jujur aku katakan, wajah aku dan dia tidak serupa. Jika mahu katakan wujudnya iras-iras itu, tidak berani untuk aku menafikan. Barangkali kami mempunyai keturunan yang sama, agaknya?
"Jap, boleh ke kahwin dengan orang yang seiras ni?" Soalan Dilla membuatkan aku terdiam. Aku tahu, pastilah boleh melainkan terjadinya mahram disebabkan pertalian darah.
"Bolehlah. Lainlah kalau ada kaitan keluarga. Barulah tak boleh." Terima kasih Aulia si ustazah, tolong menerangkan. Sejujurnya, aku mula ragu-ragu sejak tadi.
*****
KRING!
Loceng sederhana panjang berbunyi di seluruh sekolah, para pelajar berpusu-pusu menuju ke pintu keluar. Membiarkan pelajar lelaki keluar dahulu, kami si gadis-gadis berlenggang kangkung di koridor kelas.
Sampai sahaja di pagar sekolah, aku mencari kelibat kereta mama yang biasanya menunggu di seberang jalan. Jalan besar dilintas dengan berhati-hati, masih mengekalkan keayuan aku sebagai muslimah.
"Ish, tak ada pun kereta mama. Mama sampai lambat ke, hari ni?" Aku mengeluh. Dengan matahari yang terik dan panas, membuatkan aku berasa tidak selesa. Lantas kakiku melangkah ke sebuah pokok, berteduh di bawahnya.
"Zureen."
Sebuah tangan menarik aku, mengajak aku pergi. Insan Berusia pertengahan 40-an itu memandang aku tajam.
"Tak mahu balik ke? Mama dah tunggu lama." Mama masih memagut tanganku, tidak mahu dilepaskan. Aku sekadar ketawa kecil, di dalam hati. Nasib baiklah, mama sporting juga orangnya.
"Sorrylah. Tak nampak mama tadi." Aku memeluk lengan wanita ini. Dengan penuh kasih.
"Mata adik tu asyik tenung crush aje, macam mana nak nampak mama." Mama senyum hambar.
Auch! Sentap level 10 oleh mama, Puan Sri Khairiah paling cantik di dunia. Tidaklah, mama aku bukanlah berpangkat Puan Sri pun. Aku hanya keluarga biasa, tinggal di pangsapuri biasa.
"Mama, mama, mama."
"Ye."
"Mama kenal tak, tu?" Jari telunjukku menunjukkan ke arah seorang lelaki. Dari jauh. "Dia orang kata, muka ustaz tu ada iras-iras adik."
Beruntunglah, aku dapat seorang ibu yang penyayang. Sentiasa melayani aku, biarpun aku anak paling manja di dunia. Sudah nama pun anak bongsu, mana tidak manja.
"Ustaz baru ke?" soal mama.
"Dia... ustaz praktikal."
Langkah kami terhenti. Mama masih pegun di sini, matanya memerhati ke arah ustaz tersebut, dari jauh.
"Mama, mama tenung-tenung ustaz tu, dah kenapa?" Aku tertawa kecil, melihat riaksi mama. Lucu.
"Zureen, masuk kereta dulu. Mama nak..." Kunci kereta diserahkan kepadaku. Mama masih kekal berdiri, memerhari gerak geri Ustaz Imran. Seperti penyiasat pula. Adakah mama telah diupah orang untuk menyiasat kehidupan Ustaz Imran?
Fikiran aku, boleh tahan juga ya. Mungkin terlalu banyak menonton televisyen, agaknya. Aku membuka pintu kereta, lalu masuk ke dalamnya.
Beberapa minit kemudian.
"Dahlah, kita balik." Gerakan tubuh mama laju, terus memecut kereta meninggalkan kawasan sekolah. Entah apa yang telah merasuki mama, sehingga membuatkan mama tergopoh-gapah sebegini.
Aku hairan. Apa yang hebatnya tentang ustaz itu, sehingga mampu mengubah setiap orang di sekelilingku, termasuk diriku sendiri. Adakah kerana wajahnya yang goodlooking, membuatkan ramai peminatnya cair?
"Mama, kenapa ni?" Aku memberanikan diri untuk bertanya.
"Sejak bila dia mengajar kat sini? Dah lama ke?" soal mama. Bernada serius. Cuak aku mendengarnya. Biasanya, mama selalu sahaja berlemah lembut denganku. Hanya kali ini berbeza.
"Baru je lagi. Baru minggu ni."
Aku pandang mama yang sedang memandu.
"Im ke tu..." Suara mama seakan berbisik. "Imran Ramli?"
Imran Ramli?
Baiklah, ini hairan. Sejak bila, mama mengetahui nama penuhnya, sekali dengan nama bapa sekali. Peliknya.
Sekali lagi, otakku berpusing.
"Tadi kan, ustaz tu ada tanya nama adik. Nama penuh pula tu," terang aku. Menceritakan kembali peristiwa yang telah berlaku di sekolah tadi. Aku harap, perasaan aku kepadanya tidak terkantoi dengan mama. Cukuplah aku menceritakan sedikit sahaja daripada kisah yang lebih panjang. "Lepas tu dia pergi, sebelum tu dia cakap, 'kamulah a...' 'A' apa, tak tahu."
Terang benderang.
"Imran... kau ingat lagi?"
Dan aku sedar, mama bukan lagi sedang bercakap denganku. Mama masih berbisik, seperti sedang bercakap dengan diri sendiri. Ingat apa, aku tidak tahu.
*****
MAMA diam sejak pulang dari sekolah. Suasana di rumah ini menjadi sepi tanpa bicara antara kami. Entah apa yang berada di fikiran mama. Aku berharap mama baik-baik sahaja.
"Mama..." Aku cuba untuk menegur mama.
Tiada jawapan. Mama masih kaku, termenung sendiri. Aku mengeluh, kasihan melihat mama berlaku dingin sebegini. Entah di mana silapku, tiba-tiba membuat mama 'merajuk' sebegini.
"Mama, kenapa ni? Mama marah adik ya?" Tubuh mama dipeluk. Mama masih pegun, tidak bergerak sedikit pun.
"Zureen tahu tak, kenapa mama nak adik berkawan dengan Aulia dan Dilla?"
Soalan mama, membuatkan aku berasa sedikit lega. Tidaklah mama terlalu diam, risau aku dibuatnya. Aku akan cuba menjawab seikhlas hati, biar mama mengetahui betapa sayangnya aku kepadanya.
"Sebab... Aulia dan Dilla orang baik? Mama sendiri yang pernah kata, kan?" Aku tersenyum ikhlas. Ya, aku masih ingat akan kata-kata mama, beberapa tahun lalu.
Kerana mereka ialah orang baik. Kita perlu mencari sahabat-sahabat yang baik. Kuantiti tidak penting, yang penting ialah kualiti.
"
Sebab Aulia dan Dilla ialah keluarga Zureen. Dia keluarga kita." Mama mengakhiri ayatnya sedetik, lalu menyambung semula. "Ingat, Zureen jangan beritahu sesiapa. Simpan rahsia ini daripada kakak dan papa."
Rahsia? Rahsia... apa?
"Rahsia apa, mama?" Kali ini, nadaku berbunyi serius. Mengapa Aulia dan Dilla ialah keluargaku pula?
"Mereka berdua, ialah keluarga jauh kita. Tak apa Zureen, tak perlu untuk curiga. Itu kisah silam mama. Tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan, okey?"
Dan ia berakhir di situ.
"Mama, risau apa ni? Adik tak faham. Adik tak faham satu pun. Apa kaitan keluarga adik dengan Aulia dan Dilla?" Bertubi-tubi aku berikan soalan kepada mama, berharap mama dapat menjawabnya satu demi satu.
Mama hanya membalas dengan senyuman. Senyuman mama, membuatkan aku bertambah curiga. Semua ini misteri.
Jika Aulia dan Dilla merupakan keluargaku, apa pula kaitan Ustaz Imran dan mama? Semua ini pelik, sangat pelik.
Aku bertambah curiga.
*****
"IMRAN..."
"Imran dah lupa mama, Zureen, Aulia dan Dilla ke?"
"Imran lupa, Syifa si penawar hati yang sepatutnya teman Imran sampai bila-bila?"
"12 tahun sangat lama, Imran. Lama untuk mama. Perit untuk kami."
Aku terdiam tanpa kata. Hanya telinga yang beraksi di saat ini, mendengari setiap kata-kata mama di balik pintu. Segala aktiviti dilakukan secara senyap, supaya mama tidak perasan.
Aku bukan apa, hanya kasihan kepada mama. Mengapa mama terlalu murung, sejak melihat ustaz tersebut.
"Kalau Im sayang keluarga kita, kenapa Im tak jumpa mama dan keluarga kita yang lain?"
Dan aku diam.
Dunia ini semakin misteri.
OKEYY MISTERI DIAA DAH MULA DAH. Jangan lupa baca Bayangan Semalam!
Share this novel