BAB 6

Drama Completed 475

Aku menuju ke ruang makan. Usai makan aku terus kembali ke kelas. Aku
menghampiri mejaku perlahan kerusi ku tarik dan melabuhkan punggungku
disitu. Baru sahaja meletakkan punggung aku telah jatuh. Betapa sakitnya
belakangku. Ku lihat kerusi itu dipenuhi gam. Jahanam!kerja siapa ini,
kerusi yang patah kakinya diletakkan dengan gam. Pasti ada yang ingin
mengenakanku.

“macam mana sakit tak?”.Aku terkesima mendengar suara itu.Iqa,ya..itu
suara Iqa. Lantas aku miring kekanan untuk bangun aku tidak
berdaya.Terasa bisa badanku. Aku hanya duduk sambil tangan kiriku
memegang kerusi yang masih bersisa itu.

“kenapa terlalu sakit sampai tak tahu nak kata apa ke?”kata Iqa kali ini
dengan gelak ketawa bersama beberapa rakan lain. Saat itu aku hanya
merenung tajam padanya.

“Iqa apa yang awak buat?”tiba-tiba suara itu menerpa dibenakku.

“Apa masalahnya, ini hadiah untuk kesombongan dia. Jangan ingat kita
orang kampung tak boleh berbuat apa-apa”. Kali ini kata Iqa penuh dengan
sindiran. Setelah itu,Sazmira ketawa. Ketawanya membuat Iqa,rakan-rakan
dan aku binggung.

“Apa bezanya awak dengan dia?sekarang awak sama dengan dia.Tak ada
bezanya dia tunjukkan kesombongan dia, awak turut tunjukkan. Itu
menunjukkan awak dan dia sama kesombongannya. Sepatutnya sebab kita
orang kampung awak tunjukkan cara kita tetapi tidak sekali, awak
tunjukkan pada dia yang awak juga seorang yang sombong. Jadi apa hak
awak untuk kata dia sombong sedangkan awak juga sombong malah lebih
teruk dari dia. Menggunakan kekerasan selebih-lebihnya.Siapa lebih
hina?kesombongan siapa lebih jelas?awak atau dia?kali ini kata sindiran
Sazmira membuat Iqa terpempan. Iqa berlalu dari dari situ.Dia kehilangan
kata.

Sazmira menghulurkan tangan padaku. Aku menyambut huluran itu. Dia
membantu aku bangun. Sazmira berlalu dari situ. Aku kelu,dia berlalu
sebelum sempatku ucapkan terima kasih.

16 April 2003

Diariku,

Aku semakin binggung. Aku malu dengan Sazmira. Begitu sombongkah aku?.
Aku buta,aku buta tak dapat menilai sikap diriku sendiri. Aku tak mahu
terus-terusan menjadi manusia yang buta.Apa jalan yang aku harus ambil
seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience