BAB 4

Drama Completed 475

“Assalamualaikum!” Saat itu satu hentakan yang kuat menghentam meja aku.
Alangkah terkejutnya disergah demikian oleh cikgu Matematik ku. “Awak
nak belajar atau nak termenung. Kalau nak berangan jangan masuk kelas
saya!” ibarat darah merah menyimbah kemuka ku. Betapa malunya diherdik
sebegitu didepan pelajar lain, tidak terluah dengan kata-kata. Akhirnya
aku diam seribu bahasa. Manakala cikgu hanya merenung tajam dan
meneruskan pengajarannya.

“Nur Izrin Amira apa yang awak fikir sebenarnya?apa yang menganggu
fikiran awak?sejak awak datang ke sekolah ni, saya nampak awak selalu
termenung.Setiap kali ada waktu lapang itulah kerja awak.Awak ada
masalah?bagitahulah, kongsilah kadang-kala masalah itu harus diluahakan
barulah dapat diselesaikan malah dapat meringankan beban awak. Saya
sanggup jadi pendengar awak. Ceritalah tak jadi masalah pada saya..Itu
gunanya kawan”..

“Nak saya ceritakan lepas tu apa?lepas tu awak nak jaja cerita saya tu
pada orang lain. Tak payah terima kasih sahaja dengan niat baik awak tu.
Itu tak cukup baik pada saya. Saya tak perlukan sesiapa untuk ceritakan
apa masalah saya”.

“Apa maksud awak?saya ikhlas Izrin. Saya nak tolong awak. Saya tak nak
sebab masalah yang menghimpit awak itu, awak tak dapat tumpukan
perhatian dalam pelajaran. Itu niat saya. Ira masih bewajah biasa
walaupun kata-kata itu amat menguris hatinya yang sekadar ingin
membantu. Dia tetap tenang. Reen terus berlalu dari situ. *Aneh apa yang
difikirkan oleh gadis ini?salah akukah kerana meneka kegusaran hatinya.
Aku dapat rasakan betapa dirinya dibelenggu oleh sesuatu yang amat
memeritkan tetapi apakah itu?dapatkah aku mengunkapkan segala persoalan
ini?semoga

segalanya berjawab. Semoga dapat aku cungkil apa yang menjadi persoalan
pada Izrin. Getus hati kecil Sazmira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience