BAB 1

Drama Completed 475

Saat paling sakit itu apabila hadirnya pertemuan dan terciptanya
perkenalan. Sesekali bila difikir, pertemuan itu umpama satu anugerah
yang akan sentiasa ada cuma kekadang aku manusia tak mahu tergolong
dalamnya.Pertemuan punca adanya perpisahan walau perpisahan itu
menyakitkan namun aku tahu perpisahan tidak harus dipersalahkan kerna
punca kepada perpisahan adalah pertemuan. Jadi aku manusia yang bencikan
pertemuan. Bolehkah aku lari daripada pertemuan?tetapi kata ibu aku
mesti hadapinya kerna itu hadiah untuk hari esok.Apa yang ibu maksudkan
sukar untuk aku mengertikan dan masih menjadi persoalan. Tiba-tiba aku
tersedar dari lamunanku. Apabila ku miring ke kanan ku lihat beberapa
orang pelajar merenungku.Aku sudah biasa dalam situasi itu.

“Nama saya Nur Izrin Amira Binti Mohd Izwan Afiq”..Itulah yang sentiasa
disebutkan hari ini. Sesi memperkenalkan diri adalah perkara yang paling
bosan sekali namun sementelahan itu, aku terpaksa akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience