“Macam mana dengan sekolah baru Reen?ayah harap Reen akan kekal disitu,
ayah dah penat carikan sekolah untuk Reen. Hari tu nak sekolah kat
bandar sekarang kampung pula. Sampai ayah terpaksa tukar tempat kerja.
Reen dah banyak ketinggalan pelajaran mana taknya asyik tukar sekolah
je. Kalau boleh setiap bulan Reen nak pindah sekolah .Aku hanya diam.
Memandangkan segala katanya tidak mendapat sebarang jawapan Encik Izwan
Afiq hanya mengeleng, dia sendiri bimbang dengan perubahan anak gadisnya
semenjak isteri dan anak sulungnya meninggal dunia.
20 Mac 2003
Diariku,
Hari yang berlalu ini tetap sama dengan hari-hari sebelumnya. Bayangan
ibu dan kak An
sentiasa bersamaku. Rindunya aku pada mereka hanya tuhan sahaja yang
tahu. Kenangan bersama
mereka seakan menghimpit hari-hariku. Kehilangan Ibu dan kak An ialah
ketentuan takdir. Kemalangan itu meragut segala-galanya. Namun,aku tak
pernah salahkan takdir diatas perpisahan ini cuma aku panjatkan doa buat
mereka berdua moga mereka tenang bersamaNya. Namun, aku diragut kenangan
bersama Faz salah seorang sahabat yang aku sayangi. Perginya kerna
kebencian yang tinggi terhadapku. Patutkah aku disalahkan diatas kesalah
fahaman ini. Namun dia pergi sebelum sempatku perjelaskan. Perginya
membawa seribu penyesalan, tetapi pernahkah dia fikir itu adalah kata
fitnah dari yang mencemburui keakraban kami?. “Kita akan tetap kawan”
kata yang pernah dinyatakan oleh Faz kini umpama mimpi padaku. Setelah
itu, hadir Zita yang hanya mempersendakan keikhlasanku dan mengambil
kesempatan keatas kelemahan diriku. Aku insan yang sangat lemah.
Kehilangan ibu dan kak An lebih melemahkan semangatku. “Kak An adakah
Reen salah kerana berfikiran begitu?Ibu adakah adik seorang insan yang
lemah?atau Reen takut untuk menghadapi kemungkinan esok?
Share this novel