15 April 2003
Diariku,
Aku sendiri rasakan terlalu aneh dengan diriku.. Entah apa yang
menganggu fikiranku. Yang pasti aku sakit terlalu sakit seakan
penderitaan yang membebani pemikiranku. Hidup aku, ku rasakan terlalu
kosong. Hari-hariku sepi.Ada ayah tetapi menghilang apabila terbitnya
mentari, pulang apabila malam semakin menyepi. Mungkinkah ayah juga
sepertiku, sunyi?sepi?. Apabila kehilangan ibu dan kak An dia mengisi
segala kekosongan dirinya dengan kesibukan. Malahan aku semakin menjauh
darinya membuatkan dia semakin sepi. Ibu adik bersalah pada ayah..
Kehadiran Sazmira merumitkan lagi hidupku. Dia semakin mendesak untuk
menghampiriku. Semakin cuba untuk mengbongkarkan segala rahsia dihatiku.
Aneh apa yang dia mahu dariku?kak An adik binggung.. Bantulah adik
jalani hari esok.. Ya Allah semoga segala hari esok berjalan lancar..Amin..
Share this novel