Bab 4

Romance Series 2074

Ariel terus berterus-terang, "Memandangkan kita dah tidur sama, aku kena bertanggungjawab. Aku kena kahwin dengan kau."

"Ceh. Tak perlulah sampai macam tu sekali." Sofia ketawa hambar, menganggap lelaki itu sekadar mahu bergurau kasar.

Seolah-olah dapat membaca fikiran Sofia, Ariel menoleh. "Aku tak main-main. Aku mesti kahwin dengan kau. Kalau kau setuju, kita boleh selesaikan sekarang juga. Ingat, ini je peluang yang kau ada. Kalau kau tolak, kau boleh turun kat sini, aku tak akan cari kau lagi.”

Sofia terdiam seribu bahasa sebelum tiba-tiba melepaskan tawa kecil. Lelaki ini bercakap seolah-olah berkahwin dengannya adalah satu anugerah besar. Masalahnya, lelaki di hadapannya ini bukanlah Daniel! Kalau dia dapat berkahwin dengan Daniel, dia tidak perlu lagi bersusah payah merangkak dari bawah untuk membina nama dalam industri hiburan ini.

"Apa untungnya kalau aku kahwin dengan kau?" soal Sofia.

Ariel memandangnya dengan renungan meluat. "Kalau kau jadi isteri aku, aku akan tanggung semua perbelanjaan kau. Aku sediakan tempat tinggal. Kalau kau ada kekasih atau orang yang kau suka, aku bagi pampasan yang sewajarnya bila kita bercerai nanti supaya tak ada lelaki yang boleh pandang rendah kat kau. Lagipun, apa sahaja halangan dalam hidup kau sekarang... aku boleh hapuskan. Percayalah, perkahwinan ni hanya bawa keuntungan pada kau. Kau takkan menyesal."

Pada mulanya Sofia rasa tawaran itu agak keterlaluan, namun hatinya mula terusik apabila mendengar syarat terakhir yang ditawarkan.

Maknanya, dia tidak perlu lagi pulang ke rumah keluarga Dato' Liam. Dia juga tidak perlu dipaksa berkahwin dengan Alfie, anak keluarga Dato' Henry yang mempunyai masalah mental itu.

Tapi, betul ke lelaki di hadapannya ini sekaya dan berpengaruh itu untuk membantunya?

"Maksudnya, kita akan bercerai juga?" soal Sofia.

‘Dah fikir pasal cerai?’ Ariel berfikir sendiri. Tapi ada betulnya. Memandangkan ini hanyalah perkahwinan kontrak, tidak salah untuk memikirkan soal masa depan dari awal.

Ariel mengangguk. "Ya. Bila aku buat keputusan untuk bercerai, kau kena beri kerjasama penuh. Aku akan cari alasan yang munasabah dan pastikan reputasi kita berdua terjaga. Tapi aku nak ingatkan awal-awal. Jangan sesekali kau tamak atau ada niat nak tuntut harta aku yang lain."

"Eh, biadabnya kau ni! Aku tak hadaplah harta-harta kau tu!" balas Sofia, sudah hilang sabar.

Ariel bersandar pada kerusi kulit kereta Porschenya. "Kita tak perlukan adab dalam perkahwinan ni. Bukannya kita nak hidup semati sampai ke tua pun."

"Tapi kau betul-betul yakin ke yang kita ni kena kahwin? Kita baru je kenal. Kita tak tahu apa-apa pun pasal satu sama lain," Sofia masih diselimuti keraguan.

Ariel merenung tepat ke dalam anak mata Sofia. "Apa lagi yang kauaku tahu? Setiap inci tubuh kau tu... aku dah kenal."

"Kau ni...!" Muka Sofia merona merah padam apabila memori malam jahanam itu berputar kembali. "Itu bukan salah aku seorang! Aku dah jelaskan, kan?!"

Sofia menjeling tajam ke arah Ariel, namun lelaki itu tetap berwajah selamba, membuatkan Sofia bertambah geram.

Ariel membalas pandangannya. "Okey, aku tak cakap pasal tu lagi. Aku tahu perkahwinan ni bukan benda remeh. Aku akan hormat kau selagi kau bergelar isteri aku. Aku bukan nak menipu, tapi memandangkan aku dah buat keputusan, aku kena buat juga."

Wajah Ariel yang tenang mempamerkan karisma dan ketegasan yang luar biasa. Aura yang dimilikinya entah bagaimana, terasa sangat mendamaikan.

Mungkin kerana itulah Sofia merasakan berkahwin dengan lelaki ini bukanlah satu idea yang buruk untuk dijadikan talian hayat.

Akhirnya, dia mengangguk perlahan.

Ariel melepaskan keluhan lega yang halus. Dia memberi isyarat kepada pemandu di hadapan untuk memulakan perjalanan.

Dengan bantuan peguam peribadi keluarga Ariel dan pengaruh datuknya, segala urusan perkahwinan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat melalui kerenah birokrasi yang panjang.

Di pekarangan pejabat, seorang pemandu keluar dari Porsche hitam. Dia berjalan ke arah Sofia lalu mengambil beg tangannya dengan penuh hormat. Sambil menundukkan kepala, dia bersuara ramah, "Puan, silakan masuk ke dalam kereta."

Sofia sekadar mengangguk kekok. Dia masih belum terbiasa dipanggil 'Puan'. Di sebelahnya, lelaki yang sejak tadi tidak menunjukkan sebarang emosi itu berjalan melintasi Sofia untuk berdiri di sisi pintu kereta.

Memang tidak dapat dinafikan, suaminya tersangat kacak hingga mampu membuatkan sesiapa sahaja terpaku. Hidung yang terletak mancung serta renungan mata yang dalam dan tenang itu mampu memikat hati sesiapa pun. Wajahnya cerah tanpa kelihatan feminin, dan susuk tubuhnya yang tegap mempunyai daya tarikan jantan yang sukar ditolak.

Ariel berpaling. Sambil memandang Sofia, dia berkata dengan nada mendatar, "Aku dah bagitahu keluarga aku yang takkan ada majlis bersanding."

"Baguslah macam tu. Memang patut dirahsiakan pun, aku tak nak kecoh-kecoh," balas Sofia.

Mendengar jawapan itu, Ariel mencebik sinis. "Lagipun, cara yang kau gunakan untuk ‘jerat’ aku tu memang salah di sisi undang-undang. Kalau orang lain tahu, kau juga yang tanggung malu nanti."

"Hei, Ariel! Kan aku dah cakap itu tak sengaja!" Wajah tenang Sofia terus berubah kelat. Setiap kali hal itu dibangkitkan, dia rasa bersalah kerana kecuaiannya sendiri. Namun, bukan dia seorang sahaja yang patut dituding jari!

Ariel menarik nafas panjang. Dia sedar dia sudah melampaui batas, sedangkan dia sudah berjanji tidak akan mengungkitnya lagi.

Dia memandang wajah Sofia yang kemerahan akibat menahan marah lalu menyambung, "Yelah, aku minta maaf. Kita dah tandatangan kontrak dan aku tak sepatutnya cakap pasal tu lagi. Sorry, aku terikutkan perasaan. Tapi kau kena tahu, aku kahwin dengan kau ni bukan atas kerelaan ya. Aku dah ada kekasih."

Sofia dapat merasakan keikhlasan dalam nada suara Ariel kali ini. Dia menjeling sedikit ke arah suami barunya itu. Sejujurnya, timbul sedikit rasa simpati pada lelaki itu. Terpaksa berkahwin dengan orang asing hanya disebabkan satu kesilapan.

Fikiran itu sedikit sebanyak menenangkan badai di hati Sofia. "Tak apalah. Faham. Kita baru saja kahwin dan akan tinggal bersama nanti. Mesti akan ada masa untuk kita sesuaikan diri."

"Ya. Aku akan cuba biasakan diri secepat mungkin. Aku harap kau ikut semua syarat dalam kontrak tu."

"Jangan risaulah. Aku kan pelakon profesional. Aku akan mainkan peranan dengan baik, berlakon macam tengah angau kat kau depan keluarga kau nanti. Cuma aku harap kau juga tepati kontrak. Ini perkahwinan palsu. Jadi, jangan ada sebarang sentuhan fizikal antara kita," tegas Sofia.

"Mestilah. Tapi kau kena tahu yang kita mesti tinggal sebumbung untuk elakkan syak wasangka keluarga aku."

"Boleh. Kan aku dah cakap aku akan bagi kerjasama selagi kau tak campur urusan hidup aku."

"Jangan risau. Aku tak pernah berminat dengan perempuan yang tak beradab, kasar, dan selekeh macam kau ni," kata Ariel sambil matanya memandang Sofia dari atas ke bawah dengan riak menilai.

"Ha, baguslah! Aku pun tak minat dengan lelaki yang berlagak bagus tapi sebenarnya 'serigala' yang tak ada ‘skill’ atas katil, cuma tahu guna tenaga kasar saja!" balas Sofia dengan berani.

"Kau...!" Sepasang mata Ariel membara dengan api kemarahan ketika dia merenung tajam ke arah Sofia. Berani-beraninya gadis itu menghina 'kejantanan' dan kemahirannya di ranjang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience