Bab 1

Romance Series 2074

Sofia terjaga dalam keadaan mamai.

Kepalanya terasa berat, seolah-olah jiwanya belum menyatu dengan tubuh. Jemarinya menyentuh sehelai cadar mewah yang terasa asing pada kulitnya, sangat berbeza dengan cadar lusuh dan luntur warna di bilik sewanya.

Cahaya yang menyilaukan matanya juga bukan datang dari lampu jimat tenaga yang malap, melainkan dari lampu siling sebuah bilik hotel mewah. Seluruh badannya terasa pedih dan sengal, bagai baru sahaja dipukul badai. Apabila dia mengangkat pergelangan tangan, kesan lebam keunguan jelas terpampang di bawah biasan cahaya.

‘Ni... bukan mimpi, kan?’

Dia segera menekup mulut untuk menahan esakan yang hampir pecah. Sebaik sahaja dia menyelak selimut dan menyedari dirinya langsung tidak seurat benang, dada Sofia berombak kencang. Dia rasa mahu menjerit sekuat hati.

Mata Sofia meliar cemas. Tanpa berlengah, dia segera menghambur keluar dari katil, mencapai pakaiannya yang bersepah di atas lantai, dan menyarungnya dalam keadaan kelam-kabut. Dia perlu keluar dari situ sekarang juga!

Tiba-tiba, satu tangan sasa mencengkam belakang lehernya.

"Ah! Lepaskan akulah... Lepas!" Sofia bergelut. Kaki dan tangannya meronta-ronta minta dilepaskan.

Namun, lelaki itu hanya menggunakan sebelah tangan untuk merentapnya kembali ke atas katil dengan begitu mudah.

Walaupun dalam keadaan keliru dan ketakutan, Sofia tergamam apabila matanya bertentangan dengan lelaki itu. Pandangannya terpaku pada seraut wajah yang tersangat kacak.

‘Hensemnya mamat ni...’

Sepasang mata tajam milik lelaki itu memancarkan keangkuhan yang nyata. Wajahnya beku tanpa emosi, dengan hidung mancung terletak elok pada kulit yang bersih dan pucat. Kulit lelaki itu begitu mulus, sampaikan Sofia yang selama ini bangga dengan kehalusan kulit sendiri pun tiba-tiba rasa cemburu.

Sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan, Sofia tahu dia sudah melihat ramai lelaki kacak. Namun, berhadapan dengan lelaki ini, gelaran 'Hero Malaya' atau 'Dewa Lelaki' yang sering dilaungkan peminat terus nampak biasa-biasa sahaja.

‘Inikah lelaki yang 'kerjakan' aku semalam sampai aku separuh mati?’

"Siapa hantar kau? Berani kau letak ubat dalam minuman aku? Lepas buat semua ni, kau fikir kau boleh keluar macam tu saja?" Ariel merenung wanita yang kelihatan bingung itu dengan kemarahan yang meluap-luap.

Wanita asing di hadapannya ini mempunyai kulit putih melepak, wajah yang kecil dan comel, serta sepasang mata yang galak. Walaupun bulu matanya bergetar seperti rusa yang ketakutan, dia tetap membalas renungan Ariel dengan berani.

Pandangan Ariel terpaku seketika.

Sofia hanyalah seorang pelakon gred C yang suam-suam kuku. Setelah bersusah payah mencari maklumat, dia mendapat tahu bahawa selebriti popular, Daniel, menginap di hotel ini. Disebabkan terdesak, dia nekad membeli 'ubat' untuk membuatkan Daniel tidak sedarkan diri dengan niat mahu mengambil kesempatan demi melonjakkan namanya.

Malangnya, rancangannya memakan diri. Dia tersalah ubatkan orang!

Lelaki di depannya ini, walaupun tersangatlah kacak, sah-sah bukan Daniel.

Ariel merentap lengan Sofia sekali lagi sehingga wanita itu jatuh terduduk ke lantai. Sofia berguling sekali sebelum sempat menstabilkan dirinya. Memang memalukan!

"Kau... kau nak apa lagi? Kalau betul aku yang ubatkan kau, kau ingat aku sengaja nak tercongok dekat sini lagi ke? Kau dah salah faham ni! Yang menderita sekarang ni aku, tahu tak?" Sofia menjerit marah. Punggungnya senak akibat terjatuh, apatah lagi rasa pedih di bahagian sulitnya yang membuatkan dia rasa mahu menangis.

"Lelaki yang aku nak ubatkan tu orang lain! Tak ada kena-mengena dengan kaulah! Kau ingat kau tu hebat sangat sampai aku nak ubatkan kau? Aku pun pandai pilihlah! Pulangkan balik duit ubat aku!"

Salah ubatkan orang?

Wajah Ariel menegang. Dahinya berkerut seribu. Anak matanya yang hitam pekat merenung tajam ke arah wanita berpakaian serabai itu. Bahu putih Sofia yang terdedah menampakkan kesan lebam yang ketara, kelihatan kontras pada kulitnya yang cerah.

Imej kejadian malam tadi melintas kembali di fikiran. Tiba-tiba, Ariel terasa satu kehangatan yang asing menjalar ke bahagian bawah perutnya.

Dia segera mengalihkan pandangan dengan wajah merona merah.

‘Perempuan tak guna... Berani dia ubatkan aku. Penangan ubat tu kuat sangat.’

Melihat lelaki itu terleka, Sofia mengambil peluang. Dalam keadaan terdesak, dia melompat bangun dan menolak dada Ariel sekuat hati. Tanpa menoleh lagi, dia terus memecut keluar dari bilik itu.

Sambil mendengar dengusan marah lelaki itu, Sofia sempat melaung, "Apa tengok-tengok? Pergilah tengok diri sendiri dalam cermin tu!"

"Kau..." Ariel baru sahaja mahu mengejar, tetapi langkahnya terhenti apabila gelombang ketidakselesaan kembali menyerang bahagian bawah tubuhnya.

"Sial betul," Ariel menyumpah perlahan. Dia menggenggam penumbuk sekuat hati, cuba menahan gelora nafsu yang tiba-tiba membuak-buak.

Bunyi bising kedengaran dari luar pintu.

Terry yang baru sampai terpinga-pinga sehingga mulutnya melongo. ‘Apa yang jadi tadi tu? Kenapa ada perempuan berbaju serabai lari keluar dari bilik Tuan Ariel?’

"T-Tuan... Tuan Muda Daniel ada telefon tanya kalau bilik ni okey. Tapi sebab Tuan dah tidur semalam, kami tak berani nak ganggu. Pembantu juga dah maklumkan jadual Tuan pada Puan Besar. DIa sedang tunggu Tuan di Kediaman Rasmi. Dan lagi satu... perempuan yang saya nampak tadi..."

"Diam." Ariel mengangkat wajahnya. Renungan matanya yang tajam membuatkan Terry terus menelan semula kata-katanya.

Di dalam bilik air, Ariel menyental badannya berkali-kali di bawah pancuran air sehingga kulitnya terasa pedih. Hanya selepas itu, dia memandang cermin dan menyumpah lagi, "Shit."

"Tuan, Puan Amelia dah sampai," suara Terry kedengaran cemas dari luar pintu.

Ariel kaku. Kedatangan mamanya pada waktu begini pasti membawa badai.

Apabila dia membuka pintu bilik air, mamanya sudah pun berdiri di tengah ruang, memandang katil yang berselerak itu dengan wajah terkejut. Cadar yang renyuk-renyuk menceritakan segalanya tentang apa yang berlaku malam tadi.

Ariel mencapai jubah mandi lalu menyarungnya ke bahu. "Ariel tahu Mama nak tanya apa, tapi Ariel sibuk hari ni."

Mana mungkin Puan Amelia berdiam diri? Wajah wanita paruh baya itu kelihatan sangat teruja. Dia menunjuk ke arah katil dan berkata, "Ariel, Mama dah tahu. Ariel dah tidur dengan seorang perempuan, kan?"

Ariel membalas dingin, "Boleh tak Mama jangan masuk campur?"

"Mana boleh Mama tak masuk campur! Ariel, kamu kena kahwin dengan budak perempuan ni. Kamu kena bertanggungjawab atas apa yang kamu dah buat pada dia!"

Ariel sudah agak itu yang akan keluar dari mulut mamanya.

"Mama, Ariel takkan kahwin dengan dia. Ariel belum gila lagi. Dia tu orang asing. Nama dia pun Ariel tak tahu."

"Mama kenal sangat perempuan tu. Nama dia Sofia. Umur 23 tahun. Anak luar nikah Dato' Liam. Dia ada dua kakak dan seorang adik lelaki. Mak dia dah meninggal masa dia kecil dan ayah dia tak peduli pun pasal dia. Dia tinggal dekat rumah keluarga Dato' Liam, tapi tak dapat bantuan kewangan langsung..."

"Mama!" Ariel berdiri tegak. Mengingatkan wanita tadi membuatkan dia semakin serabut.

"Ariel masih fikir pasal Diana tu ke? Mama dah cakap, Ariel dengan dia tak mungkin bersama. Dah bertahun Ariel dengan dia, tapi Ariel tetap tak boleh sentuh dia, kan? Kamu berdua memang tak ada jodoh!" Puan Amelia berkata tegas.

"Mama, cukup!" Ariel memotong, nafasnya turun naik menahan sabar.

Puan Amelia tidak peduli. Dia melangkah rapat lalu mencengkam lengan Ariel. "Ariel, sedarlah! Kamu tak boleh 'bersama' dengan mana-mana perempuan pun sebelum ni tanpa diserang sawan dan alahan yang hampir meragut nyawa kamu! Tapi perempuan tadi... kamu sentuh dia semalam, Ariel. Kamu peluk dia, dan kamu masih hidup segar-bugar hari ni!"

Ariel tersentak. Kata-kata mamanya bagai petir yang menyambar benak.

Dia memandang tapak tangannya sendiri. Jantungnya berdegup kencang. Kulitnya... langsung tiada kesan ruam merah atau gejala sesak nafas yang menyeksanya selama 26 tahun ini.

Wanita asing semalam... adalah penawarnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience