BAB 6

Horror & Thriller Completed 2599

Keesokan harinya, riuh-rendah di rumahnya kerana mereka tidak percaya mereka semua boleh nampak hantu itu tergantung atas siling. Namun yg lebih aneh lagi apabila Eliya kelihatan pelik pd hari ini. Sebenarnya hantu itu tlh masuk dlm tubuhnya dan secara automatik tubuhnya dikawal oleh hantu itu. Bermakna org yg mereka bantu itu sebenarnya bukan Eliya.

"Eliya, kau kenapa ni? Dari tadi kitorang tanya kau okey ke tak senyap je. Dah takde mulut ke nak cakap. Ke kau dah bisu?" soal Rania yg tak habis-habis menyindir klon Eliya itu meskipun dia tidak tahu Eliya dirasuk hantu semalam.
Dengan tidak semena-mena Eliya bingkas bangun dan berkurung di dalam biliknya. Tanpa mempedulikan org lain dia masuk ke biliknya begitu sahaja.

"Aku rasa peliklah Eliya ni. Macam ada benda yg tak kena je. Korang perasan tak?"
"Aku peliklah dia tu. Semalam elok je dia sembang dgn kita ni tiba-tiba je dia jadi macam orang psiko. Apa masalah dia tu?" tambah Bob yg bengang dgn sikap bebal Eliya sebentar tadi.

Sejenak Hafizuddin terfikir kembali kata-kata Ustaz Bunyamin yg mengatakan bahawa aktiviti gila ini sgt berbahaya kpd mereka semua. Namun kata-kata itu dianggap hangat-hangat tahi ayam kerana mereka kemaruk gila dengan paranormal ini. Setelah puas berfikir, dia cuba mencari Ustaz Bunyamin di rumahnya.

"Engkau nak pergi mana tu? Ni lagi sorang sama bebal macam Eliya tu. Bukannya nak jawab sepatah pun dia nak pergi mana. Macam nilah punya kawan. Entah-entah korang semua ni sawan ke apa?" Bob sekali lagi berleter lalu dia terus meninggalkan Rania dan Syafiq di meja makan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience