BAB 7

Horror & Thriller Completed 2599

"Woi Pak Do mung nok gi mano tu. Loghak teh. Kalu yo pun biarlah royak sepatoh kak ku." ujar Fideyah mengejar Hafizuddin yg berjalan dgn lari lebih kurang sama.
"Aku nok gi jupo ustak Yamin la. Aku nok mitok tulong nga dio." jawab Hafizuddin.
"Mu nok mitok tulong gapo? Ado org keno rasuk hantu ko? Ko rumoh mu ada ngosek?"
"Adolah. Aku tak leh nak royak ni."

Mereka berdua terus berjalan ke rumah Ustaz Bunyamin bagi meminta bantuan untuk menolong Eliya yg kelihatan curiga pagi tadi. Sepertinya mereka akan ditimpa kesusahan krn kedegilan mereka untuk memasuki rumah berhantu itu.

**********************

"Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu." Eliya menyanyi lagu kanak-kanak itu yg didengari oleh Rania. Dia kelihatan sgt takut kerana dia mula mencurigai Eliya bahawa dia dirasuk hantu itu. Dia terus mendapatkan Syafiq dan Bob untuk memberitahu mereka keadaan Eliya.

"Wei korang aku rasa tak sedap hatilah. Aku tengok Eliya tu lain macam je."
"Apa benda yg kau merepek ni? Kau jangan nak buat cerita yg Eliya tu kena rasuk." kata Syafiq yg tidak mempercayai keraguan Rania itu.
"Kenapa? Apa yg dia buat kat dalam bilik tu? Dari tadi duk nyanyi lagu bebudak bagai." tanya Bob yg serabut mendengar Eliya menyanyi.

"Biasalah tu. Dia tu kan tak betul sikit." perli Syafiq.


Tiba-tiba Eliya keluar dgn mimik muka yg sgt marah . Mukanya kemerah-merahan dgn matanya menjadi merah lalu dia menjerit dgn kuat bagaikan gempa bumi sdg berlaku dlm rumah itu. Telinga mereka berdesing bagaikan nak meletup bila mendengar jeritan itu.

Ustaz Bunyamin segera dtg ke rumah itu bersama Hafizuddin dan Fideyah. Mereka terdengar jeritan maut dari Eliya itu menandakan hantu yg berada dlm tubuh Eliya sdg mengamuk. Mereka terus bergegas mendapatkan Eliya sblm hantu itu menjadi kuat dan sukar dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience