BAB 5

Horror & Thriller Completed 2599

Esoknya, Hafizuddin pergi membeli barang dapur di tapak baru pasar besar. Pasar Selising yg lama tlh musnah dlm satu kebakaran 2 thn yg lalu. Setelah dia selesai membeli barang dia ditegur oleh Ustaz Bunyamin.

"Assalamualaikum Hafizuddin. Sehak ko? Lama doh demo tok kelik kapo. Baghu hari ni jupo bate hidung. Guano?" tanya Ustaz Bunyamin.
"Takdok gapo eh. Ni pun bokte cuti sem ghetek. Ore wak kelik sae-sae skali. Nok kenallah kapo kito Selising ni." jawab Hafizuddin.
"Kalu ambo nok tanyo ni jange maroh deh. Demo ado buak go namo ni paranormal ko?" tanya Ustaz Bunyamin yg menggunakan tutur kata yg lembut bagi mengelakkan Hafizuddin tersinggung.
"Ho ustak. Meme ada sae ni nak buak paranormal. Gak kito pun royak ko dio ado rumoh beghatu sini. Po dio royak ko ustak?"
"Sae mung Fideyah royak. Moleknya jangelah buak bendo tu. Takdok peedoh pun buak lagu tu. Dari mung buak bendo hok tok molek baik mung gi sejid dengar ceramoh. Biar hatu takut kito jange kito takut hatu." nasihat Ustaz Bunyamin.


Hafizuddin agak terasa juga apabila dia ditegur oleh seorang hamba Allah yg beriman itu. Namun apabila difikirkan balik ada baiknya juga dia meninggalkan aktiviti gila itu kerana ia hanya akan memakan diri sendiri. Hafizuddin terfikir bahawa kalau dia membatalkan hasrat Syafiq itu, tentu dia akan kecewa kerana cuti semesternya dihabiskan dengan tidak bermakna. Dia buntu memikirkannya.

****************


Mereka memasuki rumah itu sekali lagi dan seperti biasa Fideyah akan menjadi bodyguard mereka untuk memastikan tiada sesiapapun menghalang aktiviti gila mereka itu. Mereka terus berjalan ke ruang tamu itu dan mereka ternampak ada titisan-titisan air yg menitik di atas lantai dgn kuatnya. Apabila mereka menyuluh ke arah titsan itu, ternyata itu adalah darah. Lalu mereka menyuluh ke arah atas siling jelas ternampak hantu yg digantung di atas siling itu.

Mereka menjerit ketakutan lantas mereka menuju menaiki tangga tiba-tiba kaki Eliya tersadung di tangga. Mereka menoleh dan cuba mendapatkan Eliya.

"Tolong aku! Tolong selamatkan aku! Jangan sampai hantu tu dapat tangkap aku."

"Apa korang tercegat ni cepatlah tolong dia!" jerit Hafizuddin yg risaukan Eliya.

Tiba-tiba hantu itu tlh masuk ke dalam tubuhnya secara tidak disedari mereka. Lalu mereka melihat hantu itu sdh lari. Mereka bergegas bantu Eliya dan pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience