BAB 1

Horror & Thriller Completed 2599

Cuti semester akan bermula minggu hadapan tetapi Hafizuddin, Rania, Eliya, Syafiq dan juga Bobby masing-masing menggaru kepala tanda mereka bingung hendak mencari destinasi yg ingin ditujui mereka cuti semester nanti. Di meja kantin yg serba lengkap dengan buku-buku, tiba-tiba Hafizuddin bersuara.
"Huh! Aku tahu kat mana kita nak cuti minggu ni. Korang nak tahu tak?"
"Mestilah kitorang nak tahu. Kat mana tu?" tanya Eliya dan Rania serentak.
"Aku ingat kita kena buat aktiviti yg mencabar macam paranormal." cadang Syafiq kpd mereka sebelum Hafizuddin sempat menjawab pertanyaan mereka.
"Kebetulan kat kampung aku ada rumah banglo besar yg puluh-puluh thn terbiar. Elok sangatlah tu nak buat paranormal."
"Maksud kau, kampung kau kat Kelantan tu. Biar betul entah-entah kau ni menipu kitorang je." ujar Bob yg tidak percaya kata-kata Hafizuddin itu.
"Aku seriuslah. Lagipun orang-orang kampung aku semua ckp rumah banglo tu berhantu. Sampai sekarang rumah tu tak roboh lagi." jelas Hafizuddin cuba meyakinkan kawannya yg gempal itu.
"So baiklah. Minggu ni kita pergi Kelantan kat kampung Hafiz kalau dia ckp rumah tu berhantu." kata Syafiq yg setuju dgn saranan Hafizuddin itu.

"Takde tempat lain ke. Rumah berhantu pun nak masuk takutah." kata Rania
"Betul tu. Dahlah tempatnya keras lepas tu korang pula memandai-mandai nak buat paranormal bagai konon-kononnya nak buat aktiviti mencabarlah sangat! Gilalah korang ni." omel Eliya yg tidak puas hati dgn cdgn yg diberikan Hafizuddin tadi.

"Kalau kau taknak sudah. Kitorang berempat boleh pergi. Biarlah Rania menjerit sorang-sorang kat rumah tu." ugut Syafiq untuk menakut-nakutkan Rania agar Rania memujuk Eliya menyertai mereka ke Kelantan.


Tanpa sempat Rania mengeluarkan suaranya dia terus bersetuju menyertai mereka ke kampung Hafizuddin. Dia khuatir akan keselamatan Rania kerana dia satu-satunya perempuan kalau Eliya tidak menyertai mereka. Mereka bersurai dan balik ke rumah untuk mengemas pakaian mereka dan membeli tiket penerbangan ke Kota Bharu sabtu ini.

******************


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dlm masa sejam merupakan waktu yg singkat bg mereka. Mereka tidak tidur ataupun tertidur kerana mereka berasa teruja mengenali kampung Hafizuddin. Setibanya di terminal penumpang, ternampak seorang rakan sekelasnya Fideyah yg menunggu ketibaan mereka.

Fideyah merupakan rakan lelakinya di SMK Bukit Jawa ketika di Tingkatan 1 lagi. Dia sering dibuli Hafizuddin disebabkan perangainya yg skema kerana dia merupakan ketua kelas.

"Nilah sae-sae mungnyo. Biso benar mung Pak Do. Duo ore tino ni mana so gewe mung. Tulonglah ejah kak ku so. Lamo doh buje sekor ni." usik Fideyah yg pekat dengan slanga budunya itu.

"Nate ni! Tok pade nga mat sengih mung ni. Tok keno gitu Fideyah. Daghipado mung kecek banyok baik mung tulong aku akat beg ni."


Mereka terus ke kereta Fideyah dan meneruskan perjalanan ke Kampung Selising di jajahan Pasir Puteh. Dalam perjalanan mereka ke kampung tersebut, mereka bersiar-siar di bandar Kota Bharu yg sungguh sesak dek kerana cuti sekolah pada hari ini. Setelah puas mereka berjalan akhirnya mereka sampai ke rumah Hafizuddin. Namun mereka dapati bahawa keluarganya sdg menunaikan umrah. Tetapi itu tidak mematahkan semangat mereka kerana mereka bertekad untuk melakukan paranormal seperti yg dirancang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience