BAB 9

Horror & Thriller Completed 2599

Ayat demi ayat dibacakan semua hantu itu sdh mula berasa panas. Mereka diberikan kepanasan yg amat setelah ayat itu dibaca. Mereka cuba menyerang Ustaz Bunyamin namun dengan izin Allah SWT ayat-ayat suci Al-Quran melindunginya dari diserang makhluk terlaknat itu.
Mereka tidak mampu berbuat apa-apa dan apa yg mereka mampu adalah menjerit dan menjerit kerana ayat suci itu menghalang pergerakan mereka. Dengan kuasa Allah Maha Besar Alhamdulillah tanda kesyukuran kepada Ilahi kerana hantu itu semuanya terbakar. Malah yg lebih dahsyat lagi rumah berhantu itu terbakar dgn marak.
Penduduk kampung bersorak keriangan kerana apa yang ditakuti mereka selama berpuluh tahun lamanya telah dihapuskan dengan rahmat Allah SWT. Kini kampung ini kembali tenang tanpa perlu merisaukan keselamatan keluarga mereka masing-masing.

"Inilah kuasa Allah Yang Maha Besar. Sebab tulah kita tak perlu takut dgn hantu. Kerana sebesar-besar mereka sekuat-kuat mereka itu tidak menghalang kuasa Allah untuk memusnahkan mereka. Mereka tu pun dicipta oleh Allah. Mereka pun tidak kekal macam kita."
ujar Ustaz Bunyamin.

"Lepas ni aku janji dgn korang yg aku akan berhenti buat paranormal ni semua. Kita lupakan semua ni dan bukak buku baru." kata Syafiq yg menyedari kesilapannya.

Akhirnya mereka kembali ke rumah Hafizuddin dgn langkah yg yakin dan penuh azam untuk memulakan kehidupan yg lbh positif


TAMAT............

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience