“EHH.... lepaslah! Kenapa pakcik suka sangat tarik-tarik saya keluar?" Marah Sayang Seroja.
“Masuk..." mendatar arahan Daniel Hakim sebaik berdiri di tepi kereta SUV Volvo miliknya.
“Kalau saya tak nak?" masih meninggi suara Sayang Seroja juga mendongak kepala tunjuk lawan.
Daniel tidak membalas sebaliknya melemparkan pandangan ke arah lain bersama keluhan berat ke udara. Jaket denim hitam ditanggalkan dan dihulur kepada Sayang Seroja.
Terjongket bahu dengan badan-badan senget mahu mengelak. “Nak buat apa pula dengan baju ni?" Menyoal lagi dengan muka berkerut kerana gelikan jaket itu bekas dipakai pakcik stalker.
“Tu... tolong tutup yang terdedah. Kalau tak malu dengan saya atau orang-orang lain, tolong malu dengan diri sendiri."
Kali ni kedua batang kaki merapat, biar berdiri betul-betul di hadapan mulut yang minta dia malu. “Buat apa nak malu dengan diri sendiri, dah kalau mata sendiri tengok pun cantik. Apakan lagi mata-mata yang memandang. Pakcik pun mesti tengok saya cantikkan? Kan?? Baik mengaku cepat, saya cantik kan??? Kalau tak, tak ada pakcik stalker saya hingga ke sini?"
Kali ni Daniel Hakim melepaskan keluhan kesal. Itulah pemikiran remaja yang tak matang langsung. Hanya fikirkan masa singkat dan keseronokkan saja. Jaket danim tak diterima, ditebar dan menarik lembut tangan Sayang Seroja masuk lubang ke dua belah tangan dan ditarik menyarung dengan betul. Kemudian lengan Seroja dipegang biar pandang terus ke hadapannya semula.
“Tak kira buruk atau cantik, tubuh seseorang perempuan perlu ditutup dengan rapi, dijaga dengan baik agar maruah Seroja tak tercabar dengan lelaki-lelaki di luar ni." Cukup berhati-hati Daniel Hakim menjaga batas membutang terutama bahagian depan agar tertutup apa yang patut ditutup dengan lebih rapi.
“Jadi pakcik tercabar dengan kecantikan saya?" Kali ni matanya menyambar mata yang berani menyoal kecantikannya.
Tergamam Daniel seketika. Semangat waja pahlawan mana dah duduk dalam badan budak perempuan di hadapannya ni? Berani lagi menyoal begitu?
“Saya juga lelaki tulin. Jadi saya tahu apa yang lelaki pandang dan lelaki mahukan. Sebelum ada yang..."
“Jadi betullah pakcik stalker saya sebab saya cantik? Pakcik sukakan saya?" Potong Sayang Seroja.
Please... “Saya datang sini dengan kawan saya nak jumpa orang. Bukan stalker Seroja." Dia pula yang kena beri alasan ke?
“Jadi, pakcik boleh saja buat-buat tak kenal saya. Lagi pun kita bukannya kenal satu sama lain. Am I right?"
“Macam mana saya nak buat tak tahu dah kalau saya nampak terang-terang Seroja sendiri nak hancurkan masa depan Seroja? Lebih baik saya yang tarik Seroja keluar, sekurang-kurangnya saya hantar Seroja balik rumah daripada lelaki lain yang bawa keluar, paksa Seroja masuk bilik hotel." Kali ni sedikit meninggi suara Daniel Hakim. Yes! kini dia dalam mood marah. “Memang kita tak kenal satu sama lain, tapi saya ada rasa tanggungjawab terhadap Seroja. Sekurang-kurangnya bila saya balik ke rumah nanti, saya rasa lega sebab dah tahu Seroja dah selamat di rumah."
Tercegang Sayang Seroja. Bukan takut jauh sekali berkecil hati tapi ayat pakcik yang dia tidak tahu nama buat dia rasa pertama kali dilindungi. Tidak seperti dalam kehidupannya, dia sedaya mungkin melindungi ibu dan adiknya, juga melindungi kawan-kawan baiknya. Kini jaket yang telah tersarung bagaikan melindungi badannya. Bau jaket ini juga cukup harum dan kehangatan jaket ini buat dia lebih selesa.
Sebelum mulut comel itu jumpa idea nak melawan lagi, pintu kereta telah dikuak, “masuk..." merenung Daniel sambil memberi arahan. Dia sedikit bersyukur, ada hikmahnya dia mengikut Yazed datang ke kelab malam ini. Lebih tepatnya teman sahabatnya mengintip saksi utama dalam kes terbaru Yazed. Tidak sangka pula...
“Eh... tu bukan bakal bini kau ke?"
Yazed menepuk-nepuk bahunya mematikan mata mengelayau setiap gelangat orang-orang di kelab malam itu. “Apa?" Antara dengar tak dengar bait-bait pertanyaan Yazed. Cuma perkataan 'bini' tu, buat dia bersoal semula.
“Ala... siapa tu... budak perempuan tu...yang hari tu kita jumpa. Yang kau cakap bakal isteri kau tu, siapa? siapa? Siapa ke namanya?" Jenuh nak fikir tapi tangan menuju-nuju ke arah hadapan segerombolan manusia melompat-lompat.
Tidak cukup mata melopong, mulut juga tercengang. “Sayang Seroja..." bisik Daniel Hakim melihat susuk wajah yang amat dikenalinya meliuk lentok tarian seksi. 'Kerja gila apa pula perempuan tu buat?' tak tersuara pertanyaan. Yang pastinya dia sebagai kaum Adam yang dianugerahkan nafsu, semput juga melihatnya.
“Uihhh seksinya dia menari..." Bergayut senyuman nakal Yazed meratah liuk lentok badan mengikut rentak bukan saja bini si Daniel, tapi rakan-rakan dia menari juga so hot!!!
Pang....
Tersentak Yazed, “yang kau tampar aku kenapa?"
“Kau datang sini buat apa? Nak cari saksi kau kan. Pergi cari.." Arah Daniel. Dia juga terpandang dua kali
muka kawannya telah ternganga hampir meleleh air liur melihat remaja bawah umur tu. Kalau dibiarkan lebih lama mahu berdarah hidung Yazed. Itu yang ditamparnya. Bukan kuat sangat pun. Nak bagi sedarkan diri aje.
“Ala... yang itu nanti-nantilah. Aku nak menari dengan diaorang la sekejap." Seronok juga dapat join. Mahu dapat gesel-gesel free ni.
Ditampar sekali lagi langsung ditarik badan Yazed ke tingkat atas. Di situlah Yazed berjumpa saksinya untuk membuat rundingan. Setelah selesai semuanya, sebelum balik, mata Daniel mengelayau ke pentas tari lagi dan sekali lagi dia nampak budak lelaki huru-hara tu berani membuat onar! lagi!!!
Kali ni confirm bukan prank! Itu yang dia mengubah haluan biarkan Yazed bercakap sorang-sorang, menarik Sayang Seroja ke luar kelab malam. Tak sanggup dia nak biarkan budak perempuan gila ni terus hancurkan masa depan dengan lebih menggila.
“Seroja... masuklah. Saya hantarkan balik rumah, ya..." kali ni nada berlagu memujuk.
“Tak payah. Saya nak balik pandailah saya balik dengan kawan-kawan saya." Walaupun dia dah mula percayakan pakcik itu, tak mudah-mudah dia nak biarkan pakcik itu hantarnya pulang hingga ke hadapan rumah. Langkahnya menyusun ke kelab malam semula.
“Seroja... awak ada ibu, ayah atau adik-beradik perempuan?"
Mati langkah Sayang Seroja. “Yang awak sibukkan pasal parents saya dah kenapa?" Menyambar kemarahan Seroja berdepan dengan mulut berani tanya soalan peribadinya.
“Untuk sedarkan awak." Daniel datang merapat. Kali ni nada Daniel lebih lembut. Gunakan nada keras pada remaja tegar seperti Sayang Seroja bukan pilihan bijak. Seperti tadi, bila dia naik suara keras bukan digeruni malah ditinggalkan pula.
“Kalau awak ada ibu dan ayah, cuba awak bayangkan wajah mereka sekarang. Kalau mereka yang berdiri di tempat saya sekarang ni, tengok anak yang mereka bela dengan penuh kasih sayang dan pastinya menaruh harapan tinggi pada awak untuk berjaya tapi sebaliknya dibelakang mereka awak terkinja-kinja tanpa rasa malu, pakai baju terdedah sana sini di khalayak ramai, melakukan perkara menyalahi undang-undang, awak rasa ibu awak akan gembira? Apa yang awak boleh bayangkan di wajah ibu awak apabila melihat perwatakan awak di dalam sana tadi? Apa?" Masih lembut bermain ayat.
Langsung terkunci rapat mulut Sayang Seroja malah mukanya telah tertunduk.
“Hancur hati ibu dan ayah awak. Sanggup awak nak pandang muka ibu awak sedih melihat anak perempuan dia? Tak cukup dengan tu, ibu awak pastinya mengalirkan air mata kenangkan masa depan anaknya yang mungkin gelap. Awak sanggup bazirkan air mata ibu dan ayah awak melihat perkara-perkara jahil yang awak dah buat hanya untuk keseronokkan singkat ni saja?"
“Dan kalau adik perempuan awak berdiri di tempat awak sekarang, awak akan biarkan saja dia terus tenggelam dalam lautan manusia tiada arah tujuan tu? Atau awak akan bertindak seperti saya? Bawa adik awak balik ke pangkuan keluarga, ke jalan yang lebih cerah masa depan."
Bukan maksudnya nak lukakan hati Sayang Seroja. Tapi sentuh hati budak perempuan itu jalan terbaik untuk membendung perkara gila yang melibatkan dia.
“Jadi sekarang awak pilih, awak nak masuk ke dalam sana semula buat ibu awak menangis atau saya hantarkan awak balik ke pangkuan keluarga awak untuk kurangkan risau dalam hati ibu dan ayah awak, Seroja?"
Melihat sekali lagi Sayang Seroja diam tak terkutik, Daniel perasan bahu Seroja berombak sedikit. Daniel tak sedap hati mencondongkan badan untuk melihat wajah tertunduk. Makin lama kedengaran esakan dan bahu bergoncang lebih kuat.
Alamak... dia menangis ke? Daniel sedikit panik, kalut mengeluarkan sapu tangan langsung menghulur ke wajah memerlukan. Tapi tangisan itu bukan makin reda malah makin menjadi-jadi. Beberapa orang lalu lalang di situ mengerling juga situasi yang tertayang serta wajah Daniel Hakim semestinya menjadi pesalah utama yang buat budak perempuan itu menangis.
Tak tunggu lagi, lengan Sayang Seroja ditarik lembut dan pintu kereta dikuak semula, “kalau nak menangis, Seroja menangislah kat dalam kereta. Masuk..."
Tangisan masih tak reda, mengikut juga arahan. Ketika masuk ke perut kereta, dia perasan pakcik itu cuba cover atas kepalanya agar tak terhantuk di bibir pintu lebih menyentuh hatinya dalam diam.
Pemilik kereta tidak terus masuk ke dalam perut kereta, memberi ruang kepada Sayang Seroja bersendirian. Sementara itu panggilan dibuat, “aku balik dulu. Kau jangan sambung joget dalam kelab tu pula." Saja untuk peringatan sebagai sahabat. Kalau Yazed nak tenggelam pun ikutlah janji jangan libatkan masalah dengan budak bawah umur. Yazed dah cukup tua untuk buat pilihan. Segala mak nenek undang-undang pun Yazed dah belajar.
Sebaik duduk di kerusi pemandu, dah tak kedengaran tangisan lagi. “Maaf kalau saya menyinggungkan perasaan Seroja. Cuma apa yang saya kata tadi, itu yang Seroja kena ingat selalu agar Seroja tak tersalah langkah. Seroja baru saja mula nak hidup, jalan Seroja masih jauh. Jangan tambahkan liku sedangkan laluan Seroja masih cantik. Seroja faham maksud apa yang saya cakap?"
“Hurmmm..." Itu saja yang mampu membalas. Sesekali dia mengelap lagi sisa di celah mata dengan sapu tangan pakcik yang telah digenggam dari tadi agar kering betul-betul.
“Saya hantar Seroja balik, okey..." Melihat kepala comel mengangguk setuju, “nah." Menghulur smartphone miliknya pula.
“Nak buat apa?" Serak suara Seroja menyoal.
“Masukkan alamat awak dalam maps tu."
Tanpa berfikir panjang, Sayang Seroja masukkan lokasi sebenar rumahnya. “ Tapi..." smartphone telah dihulur.
Daniel perasan tingkah laku Sayang Seroja menarik-narik hujung baju singkat menayangkan separa betis.
Beg sandang terletak di kerusi belakang telah dicapainya dan menggali isi dalam. “Nah..." seluar sukannya dihulur. Mujurlah beg ni sentiasa ada di dalam kereta, stanby baju sukan untuk ke gym. “Seroja jangan risau, seluar ni saya tak pakai lagi. Ambil tutup kaki Seroja tu. Kalau parents nampak Seroja pakai sesingkat ni, mahu pengsan mereka."
Betullah tu. Kalau ibu nampak dia berpakaian terdedah begini, mahu luruh jantung ibunya. Beg sandang yang dibawa tadi tersimpan seluar panjangnya ada dalam kereta Isya. Sayang Seroja mengerling, pakcik ni macam tahu-tahu pula apa yang bermain di dalam fikirannya.
Tahulah... dia lebih awal makan garam. Dia juga dah lalui zaman-zaman remaja seperti sayang Seroja sekarang. Cuma tidaklah segila Sayang Seroja. Dia masih fikirkan ada hati yang perlu dijaganya terutamanya perasaan atuknya yang telah tua dan kakak kandungnya semestinya akan mengamuk menggila kalau dia buat perangai seperti Sayang Seroja. Untuk hidup aman, dia menjadi budak baik untuk atuk dan menjadi kebanggaan kakaknya. Cuma pernah juga buat perangai ketika memberontak soal cinta dahulu.
“Pakcik boleh keluar sekejap." Ditunjuk seluar.
Daniel berdiri memijak tar semula dan membuang pandangan arah bertentangan seketika.
Beberapa minit Sayang Seroja membuka tingkap, “pakcik... dah settle." Bukan sekadar selesai memakai seluar, malah selesai dia hantar pesanan 'aku balik dulu...' dalam group lima sekawan.
Pakcik pun, pakciklah. Janji budak bawah umur ni balik ke rumah. Kerusi pemandu diduduki semula. Barulah lega hatinya melihat Sayang Seroja menutup semua kulit yang terdedah.
“Ready... kita balik, okey." Masih lembut nada Daniel Hakim.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
“SAYANG.... tunggulah, sayang."
Sayang Seroja tak endahkan panggilan tadi, berhenti juga melangkah hanya sebabkan kesian tau. Kesian!
“Aku dah cakap jangan panggil aku sayang!" Marah menyambar tepat ke mulut yang dia rasa nak cili-cili tu. Tapi biru di bibir tu merubah riaknya
“Eh... muka kau kenapa lebam-lebam ni. Jangan cakap pakcik tu pukul kau?” Tak mungkin kot. Lepas pakcik tu tarik dia keluar, mana ada pakcik tu masuk semula ke dalam kelab malam tu. Tak ada masa pakcik tu nak pukul Faris dah kalau pakcik tu hantarnya sampai ke hadapan rumah malam itu. Siap tunggu hingga dia masuk ke dalam rumah baru hilangkan diri bersama kereta besarnya. Tapi boleh jadi pakcik tu ke kelab malam semula. Semata nak pukul Faris?
Faris menggeleng laju langsung tertunduk.
“Kalau bukan pakcik tu? Siapa pula yang nak pukul kau?” Hairan juga Sayang Seroja.
“Aku tak tahu. Lepas kau balik, aku pun keluar dari situ. Tiba-tiba badan aku kena tarik tempat gelap, kena jugak tiga kali tumbuk terus orang tu hilangkan diri. Tak sempat nak tengok muka dia." Pedih tepi mulutnya dan lebihnya di bahagian perut.
“Nasib kau dah lebam, kalau tak memang kau lebam dengan aku hari ni. Berani kau sentuh aku, paksa aku menari semalam ya! Kalau bukan sebab pakcik stalker tu, memang kau kena hentak dah dengan aku. Kau patut terima kasih dengan pakcik stalker tu. Sejak bila kau jadi berani macam tu?” Dia cukup kenal Faris.
“Semalamkan birthday kau. Kau selalu suruh aku jadi berani, yakin dengan diri sendiri. Tu yang aku buat.” Terang Faris.
“Aku suruh kau jadi berani bukan dengan aku tapi dengan budak pembuli kelas kau tu. Sampai bila kau asyik nak kena dengan diorang je. Aku tak boleh nak selamatkan kau aje."
“Boleh Sayang..."
“Eh! Aku cakap jangan panggil aku sayang!" Geram betul Seroja. Karang ada pula yang lebam tepi bibir sebelah lagi tu.
“Tapi tu pun nama kau juga?"
“Betul! tapi aku ada nama lain juga. Guna Seroja. Aku tak nak orang lain yang tak tahu nama penuh aku, ingat aku girlfriend kau." Tolonglah. Dia banyak tolong Faris pun atas sebab kesian. Bukan nak naiktaraf girlfriend. Eh... tak mudah nak tambat hati Sayang Seroja kalau tak cukup power suara menyentuh hatinya seperti seseorang itu.
“Tapi Seroja, aku... aku... jadi berani semalam pun sebab aku... aku nak cakap, aku... suka pada kau, Seroja." Terlepas juga niat nak luahkan perasaan keramat ni.
Di pihak Seroja ketawa terbahak-bahak pula. “Dalam mimpi boleh. In real jangan harap, gila.” Langsung dia meninggalkan Faris terpinga-pinga beberapa langkah ke hadapan dan berpatah balik semula.
“Kenapa Seroja? Kau setuju ke? Jadi girlfriend aku?" Wajah Faris bertukar teruja.
“Eh... bukan la!" Di pukul bahu kiri Faris cukup padu, rebeh juga bahu itu kesakitan sebelum bertanya, “surprised semalam tu, kau ke yang buat? kau order makanan, setup decorations semua tu?"
Masih berkerut muka pedih di tepuk bahu, “ish... mestilah tak. Aku ni ada channel YouTube pun sendu, mana ada duit nak buat semua tu Seroja. Keluarga aku pun bukan have-have." Menjunam suara Faris menerangkan situasinya yang sedikit memalukan. Tak ada apa yang dapat dibanggakan, macam mana Sayang Seroja nak jadi girlfriendnya. Dia sepatutnya lebih sedar diri. “Aku mampu beli bunga tiga kuntum semalam saja. Itu pun kau tak terima. Tapi aku janji, tahun depan aku akan buat surprise paling meriah untuk kau. Channel YouTube aku dah makin dapat sambutan sejak buat prank dengan kau tu. Ada peluang aku belanja kau kat restaurant mewah."
“Tak payahlah. Dari kau bazir kat aku, baik kau simpan duit kau tu untuk future girlfriend kau and pasal bunga semalam sorry okey. Thanks Faris jujur dengan aku." Ditepuk-tepuk kuat sekali lagi bahu Faris.
Kali ni Sayang Seroja mengorak langkah ke hadapan tanpa memandang Faris monyok di belakang lagi. Nasib Faris tu seorang yang jujur, senang cakap lurus. Itu yang asyik kena buli. Tapi, siapa gerangan sebenar yang buat surprised tu?
Jenuh Seroja perah otak memikirkan siapa punya kerja. Nak tanya kawan-kawannya, semua tak datang sekolah hari ni. Agaknya balik jam berapalah semalam tu hingga terbabas waktu sekolah hari ini. Dalam berfikir, langkah Seroja sampai ke jalan 1/1, Taman Indah. Jalan ni selalu menjadi tempat persinggahannya di kala masa terluang terutama habis waktu persekolahan. Gerangan misteri yang di cari masih tak ketemui.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Pulang Sayang seroja ke rumah petang itu, pelik ada kereta mewah depan rumahnya. Sebelum ni hanya kereta mewah milik Isya saja yang pernah parking depan rumahnya. Tapi kereta itu bukan milik Isya.
Atau mungkin keluarga Isya yang datang nak bertemu ibunya untuk halang mereka berkawan? Iyalah, darjat pun dah jauh. Isya tu anak jutawan dan dia anak tukang jahit. Atau ada sesuatu yang buruk berlaku kepada Isya malam tadi? Isya tak balik ke? Ishhh serba salah pula dia balik awal meninggalkan Isya balik sendirian. Patut la tak datang sekolah hari ni. Group WhatsApp juga sunyi sepi hari ni. Apa dah jadi sebenarnya?
Terbongkok-bongkok Sayang Seroja menyelinap ke ruang hadapan rumah. Badan telah melekat ke dinding masih merukuk memasang telinga isi perbualan di dalam sana
“Maaf sekali lagi kami datang ni tak beritahu Cik Melur dulu." Bersuara wanita lebih muda daripada tuan rumah duduk di hadapan Puan Sayang Melur.
“Tak apa. Saya faham."
“Sebenarnya Cik Melur, kami datang ni wakil daripada papa untuk berbincang tentang hal perkahwinan." Kini suara lelaki berpakaian smart pula bersuara.
Hah! Telinga yang pasang dari luar telah terbeliak mata. Perkahwinan? Wah... ada datang melamar ibu. Dapat ayah tiri barulah. Bergayut senyuman Sayang Seroja. Suka jugalah nak dapat ayah tiri kalau itu lebih membahagiakan ibu.
Sunyi.. kenapa ibunya tak sambung bersuara?
Kornea Sayang Seroja mengintai. Nampaknya kotak cincin telah berada di tangan ibu, diletakkan atas meja dan menolak ke hadapan tetamu. Ala... ibu dah tolak ke?
“Maaf Datuk Hanif... saya rasa perkahwinan ni tak perlu dibincangkan lagi sebab saya rasa pertunangan tu pun tak sepatutnya diteruskan. Tolong sampaikan pada Tan Sri, saya wakili keluarga Encik Hassan iaitu ayah saya memohon maaf kerana memutuskan pertunangan ini." Penuh formal Puan Sayang Melur menyuarakan keputusan di pihak keluarganya juga memulangkan cincin pertunangan yang telah lama disimpannya. Hari ini masa yang sesuai untuk pulangkan semula.
“Tapi Cik Melur, papa saya menaruh harapan tinggi ingin meneruskan perkahwinan ni. Kerana pertunangan ni juga, sudah bertahun kami cuba menjejaki keluarga Cik Melur, alhamdulillah... hari ni kita berjumpa lagi dapat mengesahkan hubungan keluarga kita yang telah lama terjalin dan berbincang semula untuk melangsungkan majlis seterusnya."
“Tapi Datuk..."
“Jangan begitu Cik Melur. Hubungan ni bukan di antara Cik Melur dan saya. Hubungan ni dah lama terjalin sejak ayah Hassan sekeluarga masih duduk dengan kami lagi. Saya tak boleh terima keputusan Cik Melur sorang. Hal perkahwinan ni perjanjian antara arwah ayah Hassan dan papa. Jadi saya datang hari ni juga untuk memberitahu hubungan pertunangan masih diteruskan. Sekiranya Cik Melur ingin putuskan pertunangan Sayang Seroja dengan Dee, Cik Melur jumpalah papa saya dulu."
Kali ni nama kena petik telah keras sama seperti dinding. Mulutnya juga telah melopong. Apa yang didengari tadi betul ke? Atau telinganya yang salah tafsir suara yang keluar dari mulut lelaki tua yang berpangkat Datuk? 'Tak mungkin aku dah bertunang? Bila masa pula aku bertunang?' tubuh kaku hanya menyoal dalam hati.
“Bukan begitu Datuk. Cuma saya rasa hal sebegini tak sepatutnya diteruskan. Itu perjanjian antara ayah saya dan papa Latif. Tak adil bagi anak saya dan Tuan Dee berkait semata nak langsaikan hutang budi. Lagi pun ayah saya sendiri dengan rela yang nak dermakan hati pada papa Latif. Bukan dipaksa atau mahukan ganjaran jadi cucu menantu pada papa Latif." Puan Sayang Melur cuba membangkang juga untuk kebahagiaan anaknya. Dia mahu anaknya berkahwin dengan pasangan yang mampu bahagian anaknya. Bukan berkahwin untuk jadi galang ganti semata nak balas budi.
“Macam nilah Cik Melur. Saya datang ni pun sampaikan hajat papa. Jadi, untuk teruskan atau putuskan pertunangan ni, lebih baik Puan Melur jumpa dengan papa terlebih dahulu. Time tu kita boleh cari penyelesaian mana yang terbaik untuk kedua belah keluarga. Saya juga berhadap Cik Melur mempertimbangkan hal perkahwinan ni kerana perjanjian tu berlaku di antara papa dan arwah ayah Hassan sebelum dia meninggal. Kalau perjanjian perkahwinan tu adalah wasiat, sukar juga kita nak biarkan pertunangan ni diputuskan macam tu saja. Cik Melur fahamkan..."
Puan Sayang Melur berdiam diri. Mulutnya juga habis modal untuk memutuskan hubungan yang telah lama tergantung.
“Jadi... Cik Melur simpan cincin pertunangan ni dulu. Saya juga akan sampaikan apa yang Cik Melur cakapkan tadi pada papa dan saya pasti akan hubungi Cik Melur semula untuk berjumpa lagi. Time itu, bolehlah kita bincangkan hal ini dengan lebih lanjut."
“Assalamualaikum..." Sampuk tuan badan yang telah ditunangkan tanpa pengetahuannya. Yes... dia perlukan penjelasan sejelas-jelasnya. Tak kira mana-mana mulut, janji perjelaskan dari mula kenapa dia pula ditunangkan tanpa kenal siapa gerangan pasangannya.
Share this novel
btunang dgn siapa
kn dh kena sedas hihih .