BAB 1 - MUNCUL TIBA-TIBA

Romance Completed 97249

LEGA.... berjaya juga Daniel Hakim melepaskan hajat yang ditahan-tahan setengah jam yang lepas. Parking sahaja kereta di basement tadi, larian pecut ke tandas lelaki ground floor, dua-dua pintu penuh! Tak boleh nak tunggu lagi, terpaksa kakinya menjangkang dua anak tangga sekali gus naik ke level satu. Hampir-hampir saja tersalah masuk ke tandas perempuan akibat tak menyempat, nasib baiklah tandas perempuan itu under maintenance.

Usai hujung kemeja putih tersemat ke dalam seluar slack hitam dan diperkemaskan lagi bahagian pinggang serta ikatan tie, kunci pintu tandas ditarik selak barulah briefcase dan blazer hitam disambarnya. Sekarang barulah dia bersedia meneruskan perjalanan ke pejabatnya yang berada di tingkat 27.

Ini gara-gara terlebih makan makanan manislah pagi tadi, perutnya tak tahan bergelodak tak boleh bawa bincang. Sudahlah lif dari basement hingga ke ground floor sahaja, kemudian perlu mengambil lif yang lain untuk sampai ke pejabatnya. Time lunch pula sekarang ni. Sudah tentu-tentu banyak perhentian di beberapa tingkat.

Ring... ring... bunyi call pun vintage ring.

Yazed!

“Sabar jap. Aku baru nak naik ni." Jawab Daniel dah tahu apa yang Yazed nak tanya. Dari dalam kereta lagi, Yazed telah call ajak lunch.

“Lama betul kau punya sepuluh minit?"

“Iyalah... aku dalam tandas ni. Kejap lagi aku sampai." Panggilan langsung dimatikan.

Baru niat nak tarik pintu, bunyi detapan tapak kasut juga boleh menjangka betapa mangkuk tandas amat diperlukan. Kaki nak melangkah ke depan langsung membuang ke belakang apabila pintu hampir mencium dahinya.

Bebola mata Daniel jeda hampir jatuh tergolek melihat spesies lain jantina berdiri di muka pintu tandasnya. 'Aku yang salah atau dia yang salah?' tak terlepas peti suara nak bertanya.

Mata comel lebih terbeliak membuang pandangan ke pintu utama yang dimasuki tadi, terang-terangan tayang lambang orang lidi tak pakai skrit. Alamak!

Belum sempat gerangan si cuak melarikan diri, siulan dari luar menayangkan bayangan susuk badan yang telah tiba. Nampak saja cebisan t-shirt, langsung tubuh Daniel ditolak budak perempuan masuk ke dalam semula dan terduduk Daniel di atas mangkuk tandas bertutup.

Baru nak menepis, tangan lembut lebih pantas mengunci pintu dan mencengkam mulutnya. Boleh tahan laju juga pergerakan budak perempuan ni. Bukan dia tak berdaya nak menepis, cuma dia sendiri kaku tiba-tiba diserang begitu. Dengan budak perempuan lengkap beruniform sekolah menengah pula tu. Sesiapa mengenali Daniel Hakim pasti tak percaya!

“Shhhh... jangan cakap...” bunyi suara tak keluar. Miming mulut saja.

Betul juga tu. Kalau lelaki di luar atau mana-mana orang awam sedar dia bersama budak perempuan bawah umur dalam bilik sekecil ni, mahu dia pula di tuduh cubaan memperkosa sedangkan dirinya diserang. Memang tak ada peluang membela diri. Masak ni. Terus terkunci rapat-rapat mulut dan kaku macam patung cendana jantan.

Sekarang dua-dua muka cuak menunggu lelaki bersiul tadi menyudahkan hajat di bilik sebelah dengan nyanyian sumbang.

Mata Daniel telah melekat ke bahagian kiri dada budak perempuan itu. Tanda nama itu yang menarik perhatiannya, bukan benda lain.

Sayang Seroja!

Terasa cengkaman di mulut lebih kuat, bersabung empat mata. Budak perempuan itu telah mengetap bibir dan tunjuk riak marah.

'Apa! Ingat nak sangat tengok dada budak perempuan tu? Sorry!!!' Bercakap guna mata terjegil saja. Sudah mulutnya terkunci.

Riak marah bertukar berkerut seribu wajah. Sudahlah berkuap dalam tandas ni. Daniel nampak bintik-bintik jernih timbul di permukaan dahi boleh mengagak betapa peritnya budak perempuan itu menahan hajat yang sudah tidak tertahan lagi hingga badan kurus kering membongkok dan tangan kiri memegang perut memulas kasar. Tiba-tiba saja satu bau memenuhi di segenap ruang.

“Hoi bro... busuknya kentut! Dah berapa lama peram tu bro?”

Suara sumbang dari bilik sebelah mencetus geli di hati Daniel Hakim. Hampir saja nak terkeluar ketawa terbahak-bahak dan sekarang perut lebih sakit nak menahan ketawa pula. Bukan setakat merah Daniel menahan tawa, lebih merah wajah budak perempuan itu mungkin menahan malu.

Bunyi air di singki berakhir itu tandanya jiran tadi sudah berlalu pergi. Fuh... sudah boleh menarik nafas lega.

Tok... tok... pintu pula tiba-tiba diketuk.

“Okey ke kat dalam tu bro?"

Aduhai... sempat lagi jiran tadi nak bertanya khabar. Ingatkan dah sambung karaoke kat luar.

Sunyi, “sembelit teruk tu. Baik-baik bro. Semoga berjaya."

Nak beramah-ramah pula dalam tandas ni. Nak tunjuk prihatin pun biarlah kena dengan tempat. Naik lemas Daniel masih ditekap mulut. Tidak dengar suara lagi selepas beberapa minit, terhendap-hendap budak perempuan tengok keadaan di luar. Sedar saja tandas tiada penghuni lagi, lengan Daniel ditarik langsung ditolak ke keluar sebelum menguncikan diri.

“Thank you... " Laung Daniel dah bagaikan tebusan pula. Sebelum berlalu keluar, basuh tangan dulu dengan sabun. Sebaik saja melangkah keluar, smartphone berbunyi sekali lagi. Siapa lagi kalau bukan Yazed.

“Aku dah turun ni. Kau tunggu saja kat bawah tu. Ground floor, okey."

“Alright..."

Hampir saja Daniel mematikan talian.

“Kau sebenarnya kat mana tu? Date dengan Amanda ek..." meneka Yazed.

Daniel mengerling pintu tandas tertutup. “Emm... aku tengah date."

“Seriuslah?" Lebih teruja suara dicorong smartphone.

Nampak ada seorang lelaki datang ke arahnya, sudah semestinya nak masuk ke tandas ditahan tangan Daniel.

“Sorry encik... under maintenance." Jari Daniel menunjuk kedua-dua belah tandas serta papan tanda yang disebutkan tadi.

“Oh... okey..."

Melihat lelaki tidak dikenali segera berlalu, smartphone melekat ke telinga semula.

“Kau kat mana ni?" Menyoal Yazed tak puas hati.

“Date lah..." Sedikit lambat menjawab kerana kakinya menarik papan tanda under maintenance ke sebelah tandas lelaki kerana kedua-dua belah tangan penuh dengan barang. “Okeylah... kau tunggu kedai biasa. Aku datang lima minit lagi." Langsung mematikan talian.

Tak sempat kalih ke muka pintu, badannya melayang sekali lagi ditolak dan semestinya gerangan menolak kuat itu budak perempuan tadi. Berdesup budak perempuan itu hilangkan diri macam angin kencang.

Menggeleng kepala Daniel Hakim melihat budak-budak sekolah menengah sekarang. “Apa ke gila budak perempuan tu?”
. .
. .
. Pintu kaca ditolak sebelah tangan. Daniel Hakim mengorak langkah penuh yakin menjinjing briefcase serta blazer hitam bersangkut di lengan menghadiahkan senyuman ceria kepada semua staf Ammar & Partners. Yang mana ucapkan salam, ringan mulut menjawab dengan senang hati hingga masuk ke biliknya mempamerkan bangunan pencakar langit.

Baru letak beg dan mengibas blazer hitam sebelum menyangkut ditempatnya, pintu bilik terbuka luas.

“Lambat sampai bro?" Sambil menilik jarum jam tangan, 9.30 pagi. “Apa kejadian pula pagi ni?" Bergayut sengih kambing Yazed. Cerita Daniel tempoh hari agak mengelikan hatinya. Mana tahu ada cerita susulan yang lain pula.

“Assalamualaikum...." sengaja Daniel memberi salam kepada sahabat baiknya dari zaman universiti lagi. Yazed memang begitu, pantang sikit dia lambat atau menghilangkan diri mulalah mengelupur mencari.

“Waalaikumsalam tuan Daniel..." Dah dapat salam wajiblah dia menjawab sebelum duduk dengan selesa memerhati wajah macho lebih sikit daripadanya walaupun mereka sebaya. Tapi wajahnya lebih baby face walaupun dah mencecah 32 tahun dan pembetulan ya, bukan saja-saja nak mengelupur, “so tuan Daniel, kenapa lambat hari ni? Takkanlah date dalam tandas lagi." Makin menjadi-jadi ketawanya membayangkan seorang peguam cukup lantang melontar hujah dalam mahkamah kena serang dengan budak perempuan sekolah menengah. Ish... Pada sesiapa yang kenal kehebatan Daniel Hakim pasti ketawa tak mampu nak berhenti.

Kecil besar kecil besar Daniel baru melabuhkan punggung merenung mulut ternganga tak habis-habis. Asal jumpa itu saja bahan dibuat main oleh Yazed beberapa hari ni. Patutnya disimpan sendiri saja rapat-rapat. Macam mana tak buka cerita dah kalau wajahnya blur macam kena sampuk ketika bertemu Yazed selepas kekecohan tak diingini tu.

“Bawa-bawa mengucap Tetuan Yazed." Nasihat Daniel.

“Hahaha... aduh, sakit perut aku." Memegang perut habiskan sisa ketawanya.

“Kereta aku rosak pagi tadi. Bateri kong. Aku naik lrt. Tahu aje la, kalau lambat sikit, lrt pun sesak dengan lautan manusia." Cerita cukup padat agar Yazed tak bertanya banyak kali selagi tak puas hati dengan penjelasannya.

“Alolo... kesiannya kereta rosak. Nah..." Kunci kereta atas meja ditolak ke hadapan Daniel.

“Kenapa kau bagi ni?" Pelik jugalah. Tiba-tiba disogok kunci kereta.

“Datuk Huzir nak jumpa kau pagi ni. Agaknya nak beri keterangan lagi kot. Minggu depan naik court kan?"

Sekarang dia pula tak bertanya lebih lagi, beberapa sampul dokumen khas kes Datuk Huzir disambar Daniel Hakim menyimpan dalam briefcase dan yang mana tebal dijinjing saja. Sebelum melangkah laju semula, kunci kereta Yazed disambar berdesup hilangkan diri di balik pintu.

“Sama-sama..." melaung Yazed ditinggalkan begitu saja. Sudah biasa. Peguam terkenal dan selalu saja luck menang, confirm bersemut nakkan Daniel Hakim sebagai peguam mereka. Dia yang jarang-jarang sekali menang, macam nilah. Tak berapa ada kes walaupun berdiri dalam syarikat bapak dia yang punya.

“Kereta kau park tempat biasa ke?" Terjuntai kepala Daniel di bibir pintu.

“Hah... mana lagi... situlah..." Baru nak mengerling kat belakang, hilang dah suara yang bertanya. Begitulah Daniel Hakim, bukan setakat tinggi kebijaksanaan dia, ketangkasan lebih menggila. “Ha... sama-sama..." sekali lagi menjawab walaupun tiada penghargaan. Tak kecil hati pun. Sahabatkan...

Baru berdiri, meja kayu berukir setiap sisi dipandang. Tak cukup kabinet tersedia tak ada ruang menyimpan fail, atas meja juga penuh dengan fail dengan tindanan fail-fail hingga ke bawah meja. Dicalit permukaan meja, “habuk pun tak ada..."

Ketika itu juga bunyi bising vacuum ke udara, masuk ke bilik Tetuan Daniel Hakim. Bingit gegendang telinga Yazed, “kak... lepas ni vacuum bilik Tetuan Yazed pula. Bilik saya tu penuh habuk." Saja berseloroh tuju kat diri sendiri.

Kakak cleaner tak bersalah mengangguk saja dan pastinya mengikut arahan.

Daniel Hakim memandu kereta BMW X4 milik Yazed, baru keluar dari basement berhenti di hadapan traffic lights di sisi bangunan tinggi.

Lampu hijau! Kaki baru menekan minyak, sekujur tubuh berbaju putih meluru ke hadapan kereta serta-merta kaki pemandu menekan rapat pedal break. Tubuh Daniel berikat tali pinggang keledar juga ditolak daya hampir mencium stereng.

Mana? Mana perginya orang yang tak sayang nyawa tadi ni? Lenyap susuk tubuh di hadapan kereta. Tak mungkin terpelanting atau tertiarap di tengah jalan? Mengelayau juga kornea. Rasanya tak rasa hentakkan pun. Pucat lesi wajah Daniel. Nasib dibelakangnya tiada kereta, baru nak buka pintu kereta susuk tubuh berbaju putih berdiri dihadapan kereta.

Alhamdulillah, nasib tak pengsan jauh sekali mati dilanggar. Terima kasih Ya Allah, bersyukur berulang kali dalam hati.

Tapi mata mengecap susuk muka itu, dia tu... bukan ke dia... Sayang Seroja! Budak perempuan yang ditemuinya dua hari lepas. Kerja gila apa pula yang budak perempuan ni cuba buat lagi hingga sanggup berlari ke tengah jalan? Nak terberak lagi ke?Timbul juga titik marah tu.

“Buta ke? Nak bawa kereta tu pandang depan betul-betullah!" Menyambar api kemarahan ke arah pemandu.

Aik... kita pula dihambur marah? Wah... cantik betul bahasa. Budak-budak BBNU sekarang memang tak belajar asas adap ke kat sekolah? Jari nak tarik daun pintu kereta, terbantut sekali lagi apabila budak perempuan itu menayangkan sesuatu di tangannya.

“Nampak tak, ada kucing nak melintas ni! Kalau tak, arwah dah kucing ni dilanggar kau!" Dengan jari telunjuk ditujah ke arah pemandu. Merah padam muka Sayang Seroja merenung tepat.

Jadi, tak pasal-pasal Sayang Seroja berlari ke tengah jalan semata-mata nak selamatkan nyawa kucing jalanan tanpa kisahkan nyawa sendiri yang melayang? Superwoman ke budak perempuan ni? Itu pula yang terlintas.

“Sayang... Sayang..." Ada pula budak lelaki berpakaian uniform sekolah kelam-kabut ke tengah jalan. Budak lelaki itu nak memegang lengan Sayang Seroja ditepis kasar.

“Eh... ketepilah! Semak!" Tepis Sayang Seroja tak suka dipegang-pegang.

Dalam kemarahan memuncak belum reda, Sayang Seroja merangkul kucing ke tepi jalan. Sempat juga Sayang Seroja membelai kucing warna hitam sebelum melepaskan ke tempat lebih selamat.

“Awak tak apa-apakan Seroja. Takutnya saya tengok awak nak kena langgar tadi. Naik luruh jantung saya ni tau." Merukuk badan sebelah tangan memegang lutut lembik dan sebelah lagi tekap ke jantung berdegup kencang membebaskan nafas tercungap-cungap.

“Yang awak ikut saya ni buat apa? Pergilah..." Sayang Seroja baru nak berlalu, lengannya ditarik lagi.

“Awak okey kan? Tak ada cedera mana-manakan?" Masih memegang lengan Sayang Seroja, membelek kiri dan kanan tubuh hampir dilanggar.

Sayang Seroja mengangkat kedua-dua belah tangannya ke langit, sekali gus menepis pegangan di lengan terlepas. “Ishhh... saya okeylah. Yang tak okey tu awak."

Daniel Hakim masih tak jalan-jalan, berminat menonton drama pagi di hadapannya. Kali ini dia benar-benar menolak pintu terbuka.

“Sayang Seroja..." Cukup jelas lontaran sebutan suku katanya.

Bukan saja pemilik nama, budak lelaki huru-hara tadi pun memandang sama.

Daniel Hakim datang merapat. “Anda berdua ni budak sekolah mana?" Menyoal bagaikan persalah.

Sayang Seroja memandang pelik. Siapa lelaki tak tahu datang dari mana sibuk tanyakan sekolah? Tapi wajah itu buat mulut Sayang Seroja tak lepas nak menyoal.

“Sekarang jam tepat 10 pagi. Bukankah sepatutnya anda berdua berada di sekolah ketika dan saat ini?" Dah keluar suara menyoal bagaikan di mahkamah tinggi. Dalam sibuk menyoal, sulaman huruf dipoket baju budak lelaki itu dapat ditangkap Daniel.

Sayang Seroja berbisik cukup perlahan, “Faris, dalam kiraan tiga, kita lari lain arah."

“Saya tanya sekali lagi. Anda berdua..."

“Tiga!!!"

Tak sempat dah nak sebut nombor satu, dua, lintang-pukang Sayang Seroja lari ke arah kanan dan budak lelaki berlari ke arah kini.

Tak mungkin Faris tinggalkan Sayang Seroja sendirian, berubah haluan mengejar arah kanan. “Sayang... sayang... tunggu..." sempat juga dia mengerling Daniel di belakang, kasut terpelecok hampir tersungkur nasib imbangan badan masih ada meneruskan larian pecut.

Babak kaki tersadung tu agak kelakar, Daniel hampir ketawa tak sampai hati pula. “Belajar tak habis, ada hati nak bersayang-sayang. Sudahlah memonteng sekolah. Apa nak jadi dengan budak-budak tu." Bebel Daniel

Daniel nak ke kereta, mengerling kucing hitam yang mungkin hampir dilanggarnya tadi menggesel-gesel di kakinya. Lutut sebelah telah mencium lantai, mengusap-usap kepala kucing.

“Disebabkan kau kucing, budak perempuan tu berani mati. Betullah, apa ke gila budak perempuan tu?"
. .
. .
. “Tahniah bro. Kemenangan dengan kau macam kembar siam. Makin kencang la client mahukan kau uruskan kes diorang lepas ni. Makin tebal poket kau." Seloroh Yazed yang pulang dari mahkamah bersama Daniel Hakim, singgah ke restaurant berdekatan. Kalah kesnya pun, perut perlu diisi.

“Alhamdulillah. Aku buat tugas aku aje." Balas Daniel baru melabuhkan punggung ke double booth seating sofa paling hujung ke dalam restaurant. Suaranya mendatar saja, tak ada perasaan riak mahupun teruja. Sudah biasa.

“Untuk celebrate kemenangan kes kau entah untuk ke berapa ratus kali ni, kau kena belanja aku makan sedap-sedap hari ni." Buku menu ditilik Yazed.

“Aku pula? Bukan patut kau belanja aku?" Saja Daniel melayan gelagat sahabatnya yang dari dulu macam tu. Tak ada hal.

“Boleh... tunggu aku menanglah. Kau pun kena share luck menang tu sorang sikit. Mana tahu lepas kau belanja aku ni, aura luck kau tu datang peluk aku pula." Ketawa Yazed. Untuk memenangi sebuah kes yang boleh dibanggakan bagaikan mimpi dalam mimpi. Tapi dia belum mengalah dan masih mencuba. Bagi kes-kes kecil tu ada la menang. “Hari ni aku nak makan makanan paling mahal." Buku menu masih diselak mereka berdua.

“Pilihlah mana yang kau suka. Selama ni aku juga yang bayar." Tak ada istilah lokek atau share aura. Apa yang diterima selama ini, pastinya dia akan berkongsi rezeki bukan saja dengan Yazed, seluruh staf Ammar & partners pun merasa.

Sebaik menu paling mahal dipesan, pandangan Yazed melekat pelanggan baru masuk dan memilih tempat duduk di belakang Daniel Hakim.

“Baby...lepas makan ni, ikut I balik rumah. Okey..."

“I tak nak. I takutlah. Nanti abang I marah."

“Abang you bukan ada sini pun. Dia kan kerja. Ikut I okey baby. I akan bahagiakan you dalam pelukkan I macam baby."

Peluk! Perbualan sayup suara lelaki dan perempuan itu sedikit mengganggu Daniel yang terdengar secara tak langsung, memandang Yazed dihadapan. Rasanya tadi sofa di belakangnya tiada orang. Yazed semestinya cukup faham apa yang disoalkan guna bahasa mata bagaikan terbentuk telepati.

“Young couple. Agaknya sekolah pun tak habis lagi budak-budak hingusan tu." Wasap dihantar Yazed.

Sebaik membuat pesanan makanan, “I nak ke tandas sekejap. You duduk sini, jaga diri. Jangan nak melayan lelaki lain. Nanti I cemburu."

Lelaki berjaket hitam melintas di sebelah meja Daniel dan Yazed. Kepala mereka turut mengikut arah hingga bayangan hilang.

“Bang... boleh tolong saya? Tolong berlakon jadi abang saya." Pertanyaan bersuara perempuan tadi singgah ke gegendang telinga Daniel lagi yang duduk membelakangkan situasi yang sedikit dia ambil kisah.

“Budak perempuan itu minta tolong lelaki meja sebelah dia la. Nampak terdesak dan ketakutan..." Wasap Yazed masuk lagi.

Masih lagi Daniel Hakim tidak membalas.

“Kenapa nak kena berlakon?"

“Dia nak bawa saya balik rumah dia. Tapi saya tak nak. Kalau saya tolak, saya takut dia pukul saya."

“Dia tu siapa?"

“Dia boyfriend saya."

“Cakap saja yang adik tak nak ikut dia."

“Saya takut bang. Dia suka paksa-paksa saya. Nanti dia akan buat..." mengelupur budak perempuan itu duduk ke mejanya semula.

Daniel masih memasang telinga memerhati lelaki muda yang mungkin boxer pun mak ayah belikan lagi mara melepasi meja mereka dan duduk semula.

“Tak sampai lagi makanan? Lambatlah. Jomlah baby, kita grab kat rumah aje. Banyak sikit masa terluang sama-sama."

Tidak berbunyi lagi suara perempuan itu, kedengaran mereka telah berdiri dan akan beredar. Begitu juga Daniel turun mengalihkan kepalanya ke tubuh dua ketul yang bakal membuat perkara tak senonoh.

Tapi... tergamam seketika Daniel. Suara perempuan tadi tu... dia tu bukan, Sayang Seroja! Kenapa budak perempuan tu suka terbabit dengan perkara-perkara gila?

Kornea beralih ke susuk muka budak lelaki yang telah merangkul erat bahu Sayang Seroja, budak lelaki yang sama hari tu. Siapa nama si hura-hara tu... jenuh fikir. Faris!!! Yes, that's right. Berani lagi nak buat kejadian lebih huru-hara?

“Tunggu..." panggil lelaki yang berada di meja sebelah. Lelaki yang diminta tolong oleh Sayang Seroja tadi.

“Kau siapa?" Kasar lagak Faris.

“Kau tanya aku siapa, budak! Aku abang dialah!"

Ketawa mengekek Faris memandang lelaki itu. Jarinya juga menunjuk arah lelaki datang entah dari mana dan juga Sayang Seroja telah cuak dan sedikit ketakutan.

“Kau ingat aku tak kenal abang dia? Hello, aku ni kawan abang dia. Kau bukan abang dia!"

Terdiam lelaki tadi bila suara budak belasan tahun lebih garau meninggi. Faris malas nak layan lagi, menarik lengan Sayang Seroja mengikut rentak langkahnya.

“Faris! Jangan anda berani melangkah walau setapak lagi."

Tiba-tiba suara jantan cukup tegas bunyinya datang dari belakang.

Pasang-pasang mata dihadapan mengalih ke arah suara. Begitu juga Yazed tak berkedip pelopak mata ke mulut yang berani masuk campur.

Berdirinya suara jantan, kaki panjang melangkah penuh yakin ke dua batang tubuh tak bergerak.

“Siapa pula yang berani nak tahan-tahan ni?" Faris berdiri melangut memandang wajah lebih tinggi melangit. Tergugat juga keberaniannya buat-buat berani walaupun mukanya terbit riak cuak tak boleh nak cover lagi

“Anda tanya siapa saya?" Terangkat kening Daniel Hakim. Tak perlu tambah kekecohan, perlahan saja suara dalam tegas.

“I..iya... siapa kau... nak... sibuk?" Langsung tergagap Faris menyoal disambar tenungan setajam mata pedang. “Eee... jom." Baru nak menarik tangan Sayang Seroja keluar, pergelangan tangannya pula digenggam.

Empat mata bersabung.

“Jangan berani pegang dia? I warn you..." Makin menjunam nada Daniel makin keras bunyinya sekeras tangannya mencengkam. Selangkah Daniel berada ditengah-tengah jurang yang membuat kecoh, menyembunyikan tubuh Sayang Seroja ke belakangnya.

“Lepaslah..." Faris menarik hingga terlepas. “Tapi... siapa kau... beria-ria nak marah? Apa yang aku dah buat." Dengan keberanian berbaki menyoal lagi kerana sungguh dia keliru siapa sebenarnya gerangan lelaki berusia di hadapannya ni?

“Sayang Seroja ni... bakal isteri saya. Jangan berani lagi datang dekat. Kalau tak, I'll see you in court..."

Court!!! Maksud lelaki taraf abang-abang tu mahkamah ke? Terkunci terus mulut Faris tak menyoal lagi begitu juga kaki sedikit menggeletar terpasak ke bumi.

Briefcase dan blazer disambar Daniel, sempat seluk poket mengeluarkan sapu tangan dan menarik lengan Sayang Seroja berlapikkan sapu tangan tadi.

Semua mulut melopong. Yang mana mengenali Sayang Seroja, terkesima dengan lelaki yang menggelarkan bakal isteri manakala Yazed pula lebih bagaikan kena renjatan elektrik dengan tingkah laku sahabatnya. Tak tahulah tindakkan bijak atau semberono? Seumur dia berkawan dengan Daniel Hakim, belum pernah lagi Daniel buat perkara segila tu!

Keluar saja restaurant berpenghawa dingin tu, “lepaslah tangan ni... Lepas!!!" Merentap kasar Sayang Seroja hingga tangannya terlepas begitu juga sapu tangan menyembah lantai.

“Apa tarik-tarik ni pakcik!" Marah Sayang Seroja.

“Pakcik? Berkedut sangat ke muka saya ni?" Soal Daniel bukan tak puas hati cuma kenapa pakcik pula dipanggil budak perempuan yang dah berkerut muka.

“Iyalah... pakcik. Dah tuakan? Jadi, pakciklah."

Wah... Sudahlah badan panas dibahang terik. Niat baik membantu rupanya dapat tuba. Budak perempuan ni gila sungguh ke? Tadi bukan main tunjuk muka takut, sekarang marah-marah pula! Kalau berani sangat, kenapa tak marah saja budak lelaki tadi sebaliknya minta tolong orang tak dikenali?

Sayang Seroja berlalu begitu saja.

“Stop..." arah Daniel Hakim masih nada perlahan.

Sayang Seroja melontar jelingan maut lelaki yang dipanggil pakcik. Memanglah tak tua sangat hingga taraf pakcik, tapi kerana perasaan bengang dengan lelaki itu dihamburnya panggilan pakcik.

“Berani lagi awak nak masuk dalam tu?"

“Eh...suka hati sayalah. Yang pakcik sibuk tu kenapa?" Makin tak puas hati Sayang Seroja. “Saya lagi takut dengan pakcik. Sebenarnya pakcik stalker saya kan? Cakap? Betulkan, stalker saya?" Giliran Sayang Seroja menyoal tanpa rasa takut malah merapatkan badannya ke arah lelaki yang dia tak kenal tapi asyik jumpa saja dalam minggu ni.

Selangkah mengundur Daniel Hakim diasak Sayang Seroja. Kasut kulit hitam diambang anak tangga hampir jatuh. Sayang Seroja memegang tangan Daniel Hakim.

Share this novel

nor mah
2022-09-26 18:06:17 

update la...

syahdu olva
2022-09-23 23:38:35 

Terima kasih dear... :)

DHIA AMIRA
2022-09-23 23:35:38 

sedap nm


NovelPlus Premium

The best ads free experience