BAB 2 - HAPPY BIRTHDAY

Romance Completed 97480

‘HAPPY birthday anakku, Sayang Seroja....
Hari ni genap 17 tahun umur Seroja.
Ibu doakan semoga semua impian Seroja menjadi kenyataan dan menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat...
From: ibu dan adik'

Kad kecil dibaca buat kali kedua diletakkan ke atas katil. Kotak hadiah kecil pemberian ibu telah terbuka mempamerkan seutas rantai emas halus berloket SS. Huruf itu pastinya bermaksud singkatan namanya Sayang Seroja. Cuma bentuk loket itu yang pastinya custom made berbentuk S bercantum S terbalik sangat simbolik untuk dirinya bagaimana ibu boleh tahu? Tak mungkin adiknya juga tahu?

Mati pertanyaannya selepas rantai emas halus mengancing dileher. Bukan setakat cantik, sebak tu lebih tersentuh perasaannya buat kali pertama ibunya memberi pemberian sebegitu mahal. Ibunya sendiri hanya mempunyai sebentuk cincin emas semestinya pemberian ayah di hari perkahwinan mereka. Emas-emas yang lain telah lama ibu gadaikan untuk memulakan hidup menyara tiga sekeluarga selepas ayah pergi buat selamanya.

“Seroja jangan buat muka macam tu." Pujuk Puan Sayang Melur boleh baca air muka anaknya serba salah. “Ibu hadiahkan buat Seroja. Tak besar mana, tak tebal pun, tapi rantai tu datang daripada hasil titik peluh ibu menyimpan untuk anak ibu."

“Tapi ibu, pemberian Seroja ibu tak nak ambil?"

“Itu duit Seroja. Penat lelah Seroja, ibu nak Seroja gunakan untuk diri Seroja. Perbelanjaan keluarga kita, ibu boleh tanggung."

“Tapi ibu..." Kalau boleh dia juga nak membantu ibunya menanggung keluarga.

“Kau tak payah nak bertapi-tapi la kak. Ibu dah beri ambil aje la tanpa banyak tanya. Kau nak ibu susah hati sebab nak jaga perasaan serba salah kau tu?" sampuk Sayang Dahlia mendatar.

Eh...eh... Sayang Seroja merenung tajam satu-satunya adik-beradik yang ada di muka bumi ini duduk di sebelah menelan potongan kek dari tadi, boleh buat muka toya pula. Tahulah muda setahun saja, memang adiknya sikit pun tak takut padanya malah kadang-kala nampak juga ketidakhormatan itu. Tapi dah namanya adik, buat apa nak gaduh. Yang dia boleh buat, tunjuk tangan nak ketuk kepala saja. Itu pun setakat tunjuk, tak tersentuh pun. Tak sampai hati nak buat.

Begitulah kisah keluarga kecilnya meraikan sambutan ulangtahun kelahiran di salah sebuah restaurant secret recipe petang tadi selepas berakhir waktu sekolah.

Hadiah tahun ini sangat bermakna buatnya dan akan dijaga sebaik mungkin. Di matanya terbayangkan ibu berhempas-pulas siapkan tempahan orang. Dari hasil jahit baju, ibu menyara kami sekeluarga selama ni.

Seroja duduk semula di karpet gebu. Ada hadiah lain yang diterima daripada best friend forever ketika di sekolah pagi tadi. Antaranya klip rambut dan cap pemberian Balqis dan Rania. Walaupun nampak tak seberapa, dia tetap terima dengan hati gembira kerana mereka juga pencetus kemeriahan di pagi hari ulangtahun kelahirannya.

'Happy Birthday Our Beloved SS...
Aku harap kau cepat-cepat berjumpa dengan lelaki misteri tu. Aku jamin dia pasti jatuh cinta dengan muka cun manja kau tu tapi dengan syarat, kau kena sorokkan bau kentut kau tu. Haha...
From: Rania'

Eeeee.... mengancing gigi memutih menahan geram. Menyesal betul ceritakan kepada kawan-kawannya kejadian tempoh hari. Asyik itu saja dibahan dirinya setiap hari, lepas tu mengekek ketawa tak habis-habis. Perlu ke diingat-ingat hal maruahnya yang telah tercalar gara-gara tersalah masuk tandas dua minggu lepas. Nak marah lebih-lebih pun, diri sendiri yang pijak-pijak air muka sendiri bila terlepas bom atom yang telah berhari-hari diperam siap jiran tandas sebelah boleh tegur lagi. Uihhh... inilah perkara yang paling memalukan sejak dia lahir ke dunia. Sumpah! Sesungguhnya dia tak mahu jumpa dengan pakcik tu lagi!!! Tak boleh! Tak boleh!! Never!!!

Walaupun hati memberontak, tak boleh... tak boleh... kalau dah situasi yang temukannya dengan pakcik entah datang dari celah mana tu, apa yang dia boleh buat? Nak katakan takdir, terlalu mewah sangat perkataan itu untuk pakcik tu. 'Tak ada istilah takdir dengan pakcik itu!' bangkang Sayang Seroja dalam hati kerasnya.

Sayang Seroja telah duduk di kerusi, menarik laci meja pelajar. Di dalam situlah tersimpan sapu tangan milik pakcik yang dijumpai lagi dan lagi.

Pada saat terakhir dia jumpa pakcik itu sempat berpesan walaupun telah dimalukan olehnya, “jangan ponteng sekolah dan jangan buang masa macam ni. Seroja perlu ulangkaji pelajaran kerana masa depan terlepak pada ilmu yang kita ceduk setiap saat sekarang ni. Ingat cakap saya, ilmu itu keutamaan Seroja untuk menjadi manusia yang berakal waras agar dapat memilik di antara dua jalan yang paling tepat untuk diri Seroja."

Selepas pakcik itu berlalu bersama kawan dia yang juga tanpa rasa bersalah ketawakan pakcik itu kerana kena prank, ketika itulah dia mengutip sapu tangan milik pakcik yang tidak diketahui nama dan simpan dalam almari. Rupanya dia juga simpan kata-kata pakcik itu dalam kotak fikirannya.

Cuma untuk kali ni harapannya tinggi agar dia dan pakcik itu tidak bersua empat mata lagi. Cukuplah pakcik itu dah tahu tahap mana busuknya angin yang telah dilepaskan. Shit!!!

Taknak fikir... taknak fikir... langsung laci ditolak kasar tertutup rapat dan sketchbook amat disayanginya dah ibarat kembar siam disambar. Helaian diselak lebih berhati-hati agar tidak berkedut kertasnya dan lebih ngeri direntap koyak. Jangan buat pasal ya!

Pensel telah dilayang-layang di atas kertas separuh siap lakaran, disambung membentuk lakaran baju. Tapi hayunan tangannya tidak selancar selalu gara-gara teringatkan rentetan babak-babak pertemuan mereka. Langsung pensel dituju masuk ke dalam bakul pensel. Ditutup semula sketchbook. Dari dia merosakkan terus design baju tu, lebih baik dia kemas apa yang patut.

Lampu atas meja belajar telah dipadamkan. Mesin jahit terletak di sebelah juga menutup dengan sarung khas dibuat dari kain berbulu warna hitam. Mesin jahit ni ibarat asetnya yang dibeli dengan hasil titik peluknya sendiri.

Smartphone cap apple dibuka playlist song kesukaannya. Sambil bersenandung mengikut rentak ke udara sedikit kuat di segenap ruang, dress hitam berbalut plastik dikeluarkannya. Antara baju yang dibuat sendiri untuk dirinya pasti sesuai digayakan malam ini. Metaltag S bercantum S terbalik tanda baju buatan tangan dan design sepenuhnya by Sayang Seroja cantik melekat di hujung dress.

Sambil-sambil memilih akseseri yang sesuai dan melipat baju cukup teliti agar tidak berkedut teruk mulut mula menyanyi,

"You are beautiful, like a dream come alive, incredible
A centerfold miracle, lyrical,
You saved my life again,
And I want you to know, baby,
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby"

Knock... knock... bunyi ketukan pintu.

“Anak ibu... tutup lagi lagu tu. Dah masuk maghrib ni. Kejap lagi dah nak azan.”

Pantas Sayang Seroja menekan ikon stop di skrin phone. Sunyi suasana beberapa saat, benar kata Puan Sayang Melur, azan Maghrib berkumandang. Yang pastinya semua barang telah bersedia.


•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Ting....

Isya! pesanan dibuka Sayang Seroja, 'Aku dah sampai ni...'

“Ok... ok..." rakam suara menghantar pesanan.

Terhendap-hendap biji mata Sayang Seroja di balik pintu bilik telah dibuka sedikit. Seperti biasa ibu pasti melekat depan televisyen waktu-waktu gini. Apa lagi, nak menonton siaran langsung berita terkini yang terjadi di dalam dan luar Malaysia sambil tangan ligat menjahit mata ikan di leher baju kurung.

Semua ready, let’s go! Tarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu kemudian barulah batang kaki melangkah penuh sopan sambil beg galas telah dikendong kemas. Ini barulah namanya terpijak semut pun tak mati.

“Ibu...” berlagu Sayang Seroja tegur Puan Sayang Melur, langsung duduk merapat di sebelah cukup sopan tingkah lakunya.

“Nak ke mana lagi anak ibu ni? Tak melekat dekat rumah langsung.” Menepuk paha yang mengenakan seluar track bottom.

“Eh.. ibu ni. Buat-buat lupa pula. Macam mana Seroja nak melekat kat rumah dah kalau petang tadi kita keluar tiga beranak. Ibu pun tahukan Seroja nak pergi mana malam ni. Rumah Isya aje pun. Kawan-kawan Seroja nak sambut birthday Seroja. Bolehkan ibu?” Terkelip-kelip matanya di bahu ibu. “Bolehkan... bolehkan?" Memujuk guna suara manja pula dan memeluk tangan ibu ektra melentok di bahu ibu. Haaa... macam ginilah baru namanya pujuk bersungguh.

“Okey... ibu benarkan."

Badan ibu disambar Sayang Seroja. Bukan setakat memeluk erat, bibirnya juga telah melekat-lekat ke pipi gebu insan yang bertahta dalam hatinya. Bau ibu sangat wangi. Dia sangat sukakan bau ibu.

“Tapi... jangan balik lewat sangat. Bahaya balik lewat malam sorang-sorang.” Wajah Puan Sayang Melur kerisauan. Walaupun anaknya cukup power dalam seni mempertahankan diri, dia tetap risau. Sudah namanya anak.

“Don’t worry ibu. Isya hantar balik nanti.”

“Kesian pula kat Isya nak balik ke rumah dia sorang-sorang.” Keselamatan anak orang juga perlu diambil kira.

“Ala... ibu ni macam tak biasa. Abang isya kan ada. Abang isya yang bawa kereta. Isya dengan Seroja duduk belakang macam mem besar. So ibu tak perlu risau sangat, okey. Seroja janji jaga diri." Siap mengangkat sumpah tangan tanda janji.

“Mahu tak risau. Seroja anak ibu...” sambil mengusap rambut anaknya telah ditocang kebelakang.

“Iya ibu... Seroja ingat, Seroja anak ibu. Seroja pun sayang sangat-sangat kat ibu. So Seroja tak mahu ibu risau lebih-lebih. Lagi pun Seroja kan dah cukup dewasa.”

“Dewasa? Mana cukup lagi. Anak ibu ni kecik lagi, tak matang pula tu. Selagi seroja tak kahwin, ibu kena selalu risaukan Seroja.” Bukan saja Sayang Seroja. Kerisauan dan kasih sayangnya sama rata pada Sayang Dahlia juga.

“Kahwin??? Euuuu... Never...” Sayang Seroja buat muka paling kelat dan menggeleng laju. Jauh lagi perjalanannya. Perlu ke ibu ingatkan tentang kahwin. “Okeylah ibuku sayang. Seroja pergi dulu. Nanti lama pula si Isya tu tunggu kat luar."

“Kahwinkan saja ibu. Nak katakan minat belajar pun tak juga...”

Dengar suara busuk mencelah, panahan mata tepat pada susuk tubuh melintas dari bilik masuk ke dapur dan muncul semula dengan mug jinjing di tangan.

“Hey... hey... hey... mana hadiah untuk kakak?” sepantas kilat belakang baju mulut busuk ditarik. Dia tahu rantai pemberian ibu siang hari tadi sebenarnya ibu sengaja tambah adiknya. Sekarang dia nak tuntut hadiah sebenar daripada adiknya.

Sayang Dahlia menyabung kerlingan lebih tajam. “Hadiah?” Sempat lagi bibir tersengih sinis. “Dari buang duit belikan hadiah untuk kakak, lebih baik adik simpan duit untuk masuk universiti. Membazir saja bagi kat kakak.” Menjelir lidah, itulah hadiah untuk kakaknya sebelum menutup pintu rapat. Juga kedengaran kunci dari dalam.

Amboi! Penumbuk padu melayang ke udara, cuma terhenti di situ saja. Nasib baik kenangkan adik. Tidak, mahu makan bubur seminggu. Mulut adiknya memang pedas mengalahkan cili-cili yang terpedas di dunia. Asal buka mulut ada saja perkataan sinis atau perli nak dilemparkan. Tapi sikit pun dia tak ambil hati. Begitulah dia dan adiknya bermesra. Dalam layanan tidak berapa mesra, jauh di sudut hatinya dia amat menyayangi Sayang Dahlia.

“Hey... tak ada hadiah sekurang-kurangnya wish la... pakai air liur aje pun. Takkan air liur pun kedekut.” Pekik di muka pintu.

“Happy birthday...” Laungan dari dalam bilik menimbulkan senyuman paling lebar di bibir Sayang Seroja. Adiknya itu lebih suka terperap dalam bilik bersama buku-buku. Antisosial! Mungkin sebab itu adiknya lebih bijak daripadanya.

“Alamak...” Jam tangan pintar jenama Apple dipandang sekilas. “Dah lambat. Seroja pergi dulu ibu...” disambar tangan ibu sebelum menghilangkan diri sekelip mata.

“Seroja... jangan lupa pesan ibu. Jangan balik lewat sangat. Dengar tak?”

Sayang Seroja dengar dan dia juga cukup hafal apa yang hari-hari dipesan ibu tapi kaki lebih luas menjangkang keluar dari rumah teres kos rendah. Kiri dan kanan rumah sudah diubah suai hingga makan jalan raya, hanya rumahnya satu-satu rumah yang masih kekal dengan reka bentuk asal.

Kereta Mercedes A-class berwarna hitam telah lama berhenti di hadapan rumah Sayang Seroja.

“Hai Isya..." Tegur Sayang Seroja yang telah menarik pintu tempat duduk belakang. Tapi kosong. Mana pergi orangnya?

“Seroja... depanlah..."

Gerangan yang dicari rupanya duduk di kerusi pemandu.

“Lekas duduk depan..." ajak Isya.

“Serius la kau drive kereta ni?" Seroja mengerling sekitar seat yang ada. “Kau pandu sorang-sorang? Mana abang kau? Selalunya abang kau takkan benarkan kau drive sorang-sorang?" Bertubi-tubi soalan Sayang Seroja yang telah duduk di kerusi penumpang bahagian depan.

“Nak mampos kalau abang aku tahu kita nak ke mana malam ni? Lagi pun abang aku dah tak ada. Dia dah balik uni. Mestilah parents aku pun tak ada. Itu yang lepas aku bawa kereta ni." Itu situasi sebenarnya.

“Ooo...." Kepala Sayang Seroja mengangguk faham.

“Seriuslah... kau pakai t-shirt saja? Aku ingatkan kau lambat keluar, kau dah siap cun-cun, make up lawa-lawa, dah set rambut bagai."

“Ala... macam biasa la." Malas Sayang Seroja nak komen lebih.

“Okeylah. Apa-apa pun... happy birthday Sayang Seroja." Laung Isya kuat walaupun duduk di sebelah saja langsung memeluk tubuh kawan terbaiknya dan cukup teruja mengeluarkan kotak hadiah di hadapan Sayang Seroja.

“Apa pula ni, Isya. Tahun lepas kau dah bagi iphone ni. Tahun ni tak payah bagi apa-apa pun. Cukup kau wish aje." Kotak putih dipulangkan semula. Kalau boleh dia tak mahu terima hadiah mewah lagi.

“Ala... ambillah." Kotak hadiah diletakkan dalam ganggaman Sayang Seroja.

Berat hati nak terima tetap membuka kotak. Tengok cop di luar kotak sudah tahu apa isi dalamnya.

Gelang pendora gold dipasang ke tangan kanan Sayang Seroja dan Isya juga menayangkan gelang yang sama di tangan kirinya. Tak cukup smartphone sama, kini gelang emas pula. Semestinya lebih mahal.

“Tak suka ke?" Soal Isya tak nampak senyuman yang diharapkan terbit di bibir Sayang Seroja.

“Bukan... too expensive, Isya. Aku tak boleh terima ni. Nanti apa pula parents kau kata. Aku kikis duit kau pula." Laju Seroja cuba tanggalkan.

“Eh... jangan!" Halang tangan Isya telah menggenggam lengan Sayang Seroja. “Kalau kau sayang aku, kau anggap aku kawan paling baik kau, kau kena pakai." Kali ni mata Isya tepat memandang mata Sayang Seroja. “Kau pun tahu, parents aku tak perdulikan aku. Yang mereka lebihkan abang aku. So tak ada istilah kikis duit. Kau insan yang banyak bersama aku time aku sunyi. Ini tanda terima kasih aku dan aku sayangkan kau Seroja."

Badannya ditarik sekali lagi dalam rangkulan Isya. Ayat itu yang buat dirinya lemah pada Isya.

“Baiklah... aku terima." Senyuman paling lebar sebagai tanda penghargaan. Janji Isya gembira dia juga gembira.

“Janji... jangan tanggalkan melainkan ke sekolah boleh tanggalkan. Tapi lepas tu, pakai balik. Okey..."

“Okey..." Tidak tahulah arahan atau pujukan, yang pastinya Sayang Seroja cukup faham kenapa Isya bertindak begitu dan kadang-kadang nampak terdesak. Kerana Isya kekurangan kasih sayang keluarga.

“Kita pergi sekarang okey..." Isya telah memasukkan gear, stanby...

“Selamat ke ni?" Cuak juga takutkan Isya bawa kereta tanpa abangnya. Semestinya Isya masih tiada lesen kereta lagi.

Berdesup Isya membawa kereta tanpa lesen.


•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

BADAN langsing bersarung dress hitam bukan saja tidak berlengan malah lurah Sayang Seroja juga lebih terdedah. Rambut melengkuk-lengkuk sekata menutupi dada cukup menampakkan wajahnya lebih matang dan menawan dengan solekan lebih berat seperti matanya dipasang double eyelashes lebih galak mata Sayang Seroja.

Lampu pelbagai warna pelangi kejap-kejap terpadam mengikut rentak lagu tetap menonjolkan kecantikan Sayang Seroja menarik pasang-pasang mata memandang sejak melangkah ke dalam kelab malam.
Macam mana Sayang Seroja and the geng boleh menerobos pintu utama dalam keadaan tidak cukup umur? Haaa... semestinya Sarra salah seorang bff Sayang Seroja membantu hingga mereka berjaya menyucuk bintang dan bulan di kala hati nak bersantai atau melepaskan tekanan dan juga meraikan hari-hari special seperti hari ini.

“Happy birthday Sayang Seroja...”

Melaung mereka sekawan berlaga gelas berisi soft drink dan meneguk membasahkan tekak sebagai permulaan malam ini.

“Wah... kau Seroja betul-betul nampak cantik malam ni. Tak nampak macam umur sebenar kita. Tengoklah, bukan main banyak lagi mata-mata pandang kau. Silap-silap malam ni kau tak balik rumah ahhhh.” Laung Rania memuji mengatasi bunyi bising muzik.

“Eh... choiiii!" pangkah tuan badan. “Ingat senang ke nak pikat aku. Tak mudah-mudah boleh dapat, okey." Tambah Sayang Seroja turut tersengih sombong. Isya di sebelah mengangguk setuju sangat.

“Rasanya memang tak ada sesiapa dapat bawa Seroja dah. Seroja kita ni dah ada yang cop tauuu." Balas Balqis teringatkan sesuatu.

“Seroja... bakal suami kau tak bagi hadiah birthday ke?" Makin laju Rania menyambung.

Terkeluar laser Seroja memandang Rania tak suka diungkit kejadian itu. Tahulah mulut-mulut mengusik ni, antara mata yang menjadi saksi.

“Iyalah... mana tahu bakal suami kau yang kau rangkul tu muncul lagi malam ni." Tambah Balqis pula.

“Apa cerita?" Celah Sarra tak tahu apa-apa cerita yang digembar-gembur kini. Macam seronok aje. Sementara menunggu mana-mana mulut bercerita, rokok telah diselit ke celah bibir, dicucuh api kemudian menghembuskan asap ke muka Isya di sebelah.

“Kau ingat Faris?"

Laju mengangguk Sarra.

“Entah apa angin si Seroja ni nak tolong Faris buat content channel YouTube sendu dia tu. So Seroja bagi idea buat prank. Ada beberapa orang dah terkena. Yang kelakarnya, mangsa terakhirlah. Orang lain yang target jadi mangsa, orang lain plak yang tiba-tiba datang macam hero..." Balqis telah berdiri membuat lakonan semula, “jangan berani pegang dia? I warn you! Sayang Seroja ni... bakal isteri saya. Jangan berani lagi datang dekat. Kalau tak, I'll see you in court!" dengan suara garau juga diajuknya.

“Kami yang masing-masing jadi jurukamera ni, ternganga jugalah." Tayang mulut melopong sama seperti saat itu. “Tiba-tiba ada yang datang nak jadi hero macam drama Korea. Muka pun boleh tahan handsome... no.. no... seksi lebih tepat walaupun penampilan dia dari hujung rambut hingga hujung kaki sangat-sangat, sangat bergaya." Ambik kau, triple 'sangat' diberi Rania.

Beria Sarra ketawa kerana sketsa rakan baiknya sangat cemerlang dan mengulangi menyedut putung rokok dan sekali lagi hembus ke muka Isya.

Di mata Sayang Seroja berbulu tengok adegan berulang-ulang lebih over acting dari yang asal. Ni namanya cerita yang dah jadi pirate!

“Tak habis kat situ lagi..." makin bersemangat Balqis sambung bercerita, “Lelaki tu tarik Seroja keluar restaurant. Takkan kami nak tunggu. Apa lagi semua melekat kat dinding kaca restaurant tu. Entah apa yang Seroja maki sampai lelaki tu undur ke belakang nak terjatuh tapi Seroja juga yang pegang tangan dan rangkul pinggang lelaki. Macam gini..." Balqis menarik Rania berdiri. “Buat la jatuh-jatuh!" Arah Balqis.

Rania ikutkan juga rentak Balqis nak ketawa beberapa kali mencuba cara nak jatuh dan Balqis merangkul pinggang Rania sama seperti apa yang tertayang pada hari kejadian.

“Fuiyoiii... dah macam filem romance." Sokong Sarra juga ketawa terbahak-bahak dan sekali lagi menyedut putung rokok. Kali ni hembusan asap tidak kena muka Isya kerana gerangan telah beredar ke lantai tari.

“Ishhh... tak habis lagi tu." Balas Rania pula.

“Ada lagi?" Terbeliak mata Sarra memandang Sayang Seroja. Hebat juga penangan bff nya itu. Rugi dia tak ada masa tu.

“Ha... part ni win juga. Seroja tak pegang lama, dia lepaskan lelaki tu, terjatuhlah, terjelupuklah macam nangka busuk." Lebih terbahak-bahak ketawa mulut yang bercerita sama naik dengan mulut yang mendengar melepaskan geli hati.

Mengecil mata Sayang Seroja memandang muka seorang demi seorang sakan ketawa. Entah apa yang gelikan hati sangat. Baginya adegan itu hanya mencemarkan memori dalam hidupnya saja. Apa tidaknya! Tak pernah dibuat orang, selalunya lelaki yang selamatkan perempuan, merangkul perempuan agar tak terjatuh. Ini lain pula kisah dalam hidupnya.

Dia pun tak bermaksud nak buat adegan romantik tu. Niat hati nak menolong saja tapi pakcik tu berani pula memerhati matanya buat apa? Itu yang dia lepaskan saja. Bila melihat wajah pakcik jatuh ke lantai laluan, kesianlah juga. Siapa suruh tak tentu pasal tarik tangannya keluar restaurant ketika tengah pengambaran.

Berani mati pula mengaku dirinya bakal isteri dia! Kenal pun tidak, datang mananya bakal isteri! Sekarang, dia pula dapat bahana kena bahan. Agaknya telinganya dah menanah pun, diorang ni seronok lagi membahan.
“Hoi... jauh mengelamun." Sergah Sarra. “Teringatkan bakal suami ke?" Bergayut senyuman Sarra telah mematikan api rokok.

“Banyaklah kau..." Acuh tak acuh menjawab.

“Kau tak payah nak stress-stress Seroja. Ni haa... aku belanja malam ni barang baik punya. Special untuk kita malam ni. Limited edition tau for free.” Sarra mempamerkan seplastik kecil mengandungi pil-pil pelbagai warna di atas meja.

“Uikkk... giler ahh... sure cucuk bintang kita malam ni?” Rania menyambar plastik kecil.

“Dan yang ini khas untuk kau, Seroja. Dah kalau kau tak suka dengan bakal suami kau tu, kau try benda ni. It's not sure, but for sure kau dapat lupakan terus bakal suami kau tu dan cari bidadara kayangan." Serbuk putih padat dalam bekas sebesar batang lidi mancis, ditayang di hadapan Sayang Seroja. “ Ni sebagai hadiah birthday kau. Mahal ni, barang baik." Dimasukkan ke dalam tas tangan Sayang Seroja.

“Aku taknak la..." Tolak Seroja. Barang terlarang itu cuba dikeluarkan dari tas tangan dihalang.

“Aku ikhlas. Kalau taknak, kau simpan saja. Mana tahu satu hari nanti berguna. Simpan aje. Stok baik, susah nak dapat tau." Pujuk Sarra lembut.

Sarra yang telah dibuang sekolah beberapa bulan lalu kini sedang hangat berpacaran dengan tokey kelab malam ini. Dari situ Sarra mudah mendapat stok barang-barang terlarang ni. Dia dan rakan-rakannya lepas masuk ke kelab malam ini pun kerana boyfriend Sarra.

“Baik... aku terima barang kau ni, tapi dengan syarat." Pil warna warni telah dibuka plastiknya dan hampir masuk ke mulut Rania dirampas Sayang Seroja, diberikan semula ke tangan Sarra. “Simpan... aku tak nak malam birthday aku ada yang laloq atau mati over dos. Aku nak kita masuk sini waras, keluar dari sini pun waras. Bukan hari ni Sarra. Simpan..." Arah Seroja juga lembut walaupun tegas dengan apa yang dijelaskan tadi.

“Fine... dah birthday girl cakap macam tu, aku respect terpaksa simpan. Sorry girls....” Sarra menyimpan dalam tas tangannya semula.

“Eh... korang tengok habuan aku ni.” Muncul semula Isya mencelah menunjukkan dompet yang dicurinya dipenuhi kepingan duit RM50. Itulah kehebatan Isya yang selalu dibuatnya untuk menarik perhatian walaupun duit itu bukan diambil pun.

“Fuiyooo... tebalnya bertingkat-tingkat. Kau paling win dalam bab menyeluk saku ni Isya." Puji Balqis telah mengeluarkan duit dari dompet untuk mengira. Mahu beribu ni. Bersinar matanya melihat kepingan-kepingan itu.

“Kau ambillah duit tu. Ikut suka kau nak buat apa.” Beginilah cara dia melepaskan tekanan, menyeluk saku dompet yang dipenuhi duit. Perasaan kepuasan dan gembira tu hanya dia saja yang tahu.

Sekali lagi Sayang Seroja merampas duit serta dompet dan disimpan ke tempat asal. “Isya.. pergi pulangkan semula pada tuan dia.” Dompet telah dirampas Sayang Seroja, diselit ke tangan Isya dan menolak lembut Isya agar pulangkan. Sayang Seroja memerhatikan Isya memulangkan sebagai orang yang menjumpai dompet.
“Seroja... rugi la aku. Banyak duit tu.” celah Balqis hampir meleleh air liurnya. “Macam-macam aku boleh beli dengan duit tu.” Balqis berjaya menarik tiga keping Rm50 tadi, telah diselit awal-awal lagi di bawah punggung tanpa pengetahuan Sayang Seroja.

“Aku kata no, no.”

Semua senyap. Pelik sungguh dengan perubahan Sayang Seroja malam ni. Selalunya tak pernah nak melarang apakan lagi membantah apa saja mereka mahu buat.

“Patutlah kau tak ikut aku ponteng hari ni. Rupanya kau jadi baik hari ni. Kau nak jadi baik untuk hari ni saja atau kau nak jadi baik terus selepas ni?” Soal Balqis menduga.

Masing-masing menunggu jawapan Sayang Seroja yang hanya diam seribu bahasa. Sememangnya dia tidak mahu kawan-kawannya berbuat jahat hari ni.

“Tapi ada satu aku nak buat. Kita... cucuk... bintang..." Jerit Sayang Seroja melawan muzik rancak.

“Yeyyy...." Sorak Rania menarik Sayang Seroja dan Balqis menarik Isya ke pentas tari. Sarra turut mengikut di belakang, lengkap mereka berlima sekawan rapat sejak beberapa tahun lalu menari mengikut rentak makin rancak. Cukup cantik pergerakan tarian mereka berlima pada mana-mana mata memandang , habis satu lagu terdiam muzik.

“Hello semua... pada hari ni salah seorang daripada kita menyambut ulangtahun kelahiran. Siapa?" Jerit DJ melaung berselang remix CD.

“Sayang Seroja..." Jerit empat sekawan.

“Siapa?" DJ menyoal sekali lagi, microphone disua ke lantai tari dipenuhi manusia.

“Sayang Seroja..." Lebih ramai yang menjerit kali ni.

“Siapa?" Masih melaung kuat.

“Sayang Seroja...." Kali ni semua mulut termasuk mulut DJ bersorak nama dirai dengan penuh semangat.

Lagu birthday remix ke udara, semua yang berada dalam kelab malam itu menyanyikan untuk Sayang Seroja dan berakhir dengan letupan asap dan dihujani rainbow confetti.

Seroja ternganga terima sambutan yang sangat menakjubkan. Tidak pernah terbayangkan dia akan dirai segah begitu.

Lagu rancak kambali memenuhi ruang, melompat-lompat lima sekawan sambung mencucuk bintang semula seketika sebelum Isya menarik tangan Seroja ke meja mereka semula untuk membasahkan tekak.

Tapi... ada sesuatu di tempat duduk mereka tidak seperti ditinggalkan tadi. Kini terhidang sebulat kek, beberapa desert, sandwich dan chicken wings serta belon hilium terhias di tempat mereka.

“Wah... cantiknya Seroja..." Kagum Isya melihat hiasan. Air tersedia diteguk Isya dan menelan tart cheese yang terhidang.

“Wow Seroja..." Sampuk Balqis dan Rania telah mengambil tempat duduk juga menelan mini creampuff dan mini pavlova.

Seroja masih tergamam berdiri kaku melihat apa yang tertayang, ditarik Isya duduk di sebelahnya.

“Nah..." Pisau kek diselit ke tangan Seroja. “Potong la." pujuk Isya.

“Potong keknya... potong keknya..." tak reti kering tekak mereka berempat ni, bersorak untuk kali ke berapa kawan-kawan baik Sayang Seroja.

Mereka menikmati semua makanan yang ada. Masing-masing tidak curiga siapa gerangan yang sediakan kejutan hebat itu. Semestinya Balqis, Rania dan Sarra beranggapan Isya yang buat semua tu. Tapi pada Isya, Sarra orang paling tepat menyediakan sambutan sebegitu mewah. Jadi siapa?

“Happy Birthday Seroja..." Tiba-tiba mencelah di hadapan meja dengan jambangan bunga.

“Faris..." Sayang Seroja memerhati Faris dan jambangan bunga silih berganti. Aduh... nak kena terima juga ke? Lambat Seroja sambut jambangan bunga Ros merah tiga kuntum.

Tak sempat Seroja meletakkan jambangan bunga, tangannya lebih cepat disambar Faris menarik ke lantai tari untuk menari slow dance.

“Lepaslah... aku tak nak menari." Tangan ditarik hingga terlepas. Tapi tangannya direntap lebih kuat hingga menarik badannya melekat ke badan Faris.

“Aku taknaklah! Tak faham ke?" Membuang ke belakang kaki Sayang Seroja.

“Saya tak kira. Malam ni saya nak menari dengan awak juga." Sekali lagi menarik tangan Sayang Seroja.

Haihh... memang nak merasa juga Faris malam ni. Sayang Seroja telah menggenggam buku lima cukup padu, baru nak hayut melekat ke muka Faris, ada tangan lain menyilang tangan Faris yang masih tak lepaskan tangan Seroja.

“Kan aku dah warning, jangan sentuh Sayang Seroja!Kau memang nak jumpa aku di mahkamah ke atas pertuduhan gangguan seksual? Boleh.. kalau itu yang kau willing kan."

Again! Tergamam Sayang Seroja melihat rupa gerangan yang tiba-tiba mencelah di tengah-tengah. Faris pula lebih laju melepaskan tangan Sayang Seroja telah kecut perut. Mata-mata lain yang mengenali wajah Daniel Hakim juga tercengang.

“Siapa tu?" Soal Sarra yang tidak mengenali susuk wajah itu.

“Dia tulah bakal suami Seroja..." Bisik Rania.

Kini Sarra pula terkedu melihat lelaki tidak dikenali, membawa Sayang Seroja ke luar kelab malam.

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-10-01 20:18:24 

ok done read...

DHIA AMIRA
2022-10-01 20:13:51 

mst pki cable hihihi ....


NovelPlus Premium

The best ads free experience