part 47

Thriller Completed 40541

SRI PETALING, KUALA LUMPUR
2014

FADZRUL merapikan diri dihadapan cermin. Rambut fade nya dikemaskan dengan sikat dan hair spray setelah digayakan dengan pomade. 'Fuh, kacak!' bisiknya. Sejurus itu Fadzrul mencapai kunci kereta dan beg pakaiannya. Niatnya mahu kerumah pakciknya untuk berjumpa Nenda. Sudah beberapa hari Nendanya pulang ke Malaysia, namun dia dan Tengku Ryan belum bersua muka dan bertanya khabar dengan Tunku Alliuddin Shah dan Che Puan Mawar Deanna. Fadzrul tersenyum sendiri. Nendanya hanya lah alasan dia mahu ke Vila Teratak Mawar, padahal Fadzrul mahu bertemu Harrienna. Rindu pada gadis itu bagaikan sudah berbulan tidak berjumpa, walhal baru semalam Harrienna bertolak ke Vila Teratak Mawar.

Tengku Ryan mengintai telatah abangnya dari daun pintu yang terbuka luas. Senyum sinisnya terukir. Spontan dia menggeleng beberapa kali. 'Bergaya macam nak jumpa girlfriend!' bisik Tengku Ryan apabila melihat Fadzrul masih lagi berdiri dihadapan cermin dan membetul-betulkan tshirt plain berwarna hitam dan jeans hitamnya. Memang warna itu sinonim dengan lelaki bernama Tengku Adrian Fadzrul.

"Cepatlah! Bersiap macam anak dara.." usik Tengku Ryan. Fadzrul mendengus seraya menjeling Tengku Ryan yang sudah bersedia dengan kunci kereta ditangan. Beg pakaiannya pula sudah dimasukkan kedalam boot kereta.

"Ray dah bagitau mummy ke nak datang?" soal Fadzrul setelah memasukkan bagasi kedalam boot kereta. Tengku Ryan mengangguk.

"Uncle nak pergi mana?!" dua suara kedengaran serentak dari arah muka pintu. Tengku Ryan menoleh. Dia tersenyum. Tengku Deanne Irdina dan Tengku Tengku Isyraq Idziyad Idziyad berlari mendapatkan Tengku Ryan dan Fadzrul. Sememangnya anak Tengku Luqman dan Tengku Aisar itu manja dengan mereka berdua.

"Uncle nak balik rumah Tok Ayah.. Nanti, Tengku Deanne Irdina dan Isy pergi dengan mummy daddy, tau..," Tengku Ryan bertinggung, menyamai ketinggian Tengku Deanne Irdina dan Tengku Tengku Isyraq Idziyad Idziyad. Fadzrul hanya tersenyum. Tok Ayah yang dimaksudkan Tengku Ryan adalah merujuk kepada Tan Sri Tengku Radzak Razlan.

"Alaaa nak ikut.." ucap Tengku Deanne Irdina yang berumur 6 tahun itu. Tengku Tengku Isyraq Idziyad Idziyad pula hanya mengangguk. Mereka sudah lama tidak berjumpa dengan dua pupu mereka iaitu Tengku Seth Iskandar Raykal dan Issabele - anak Tengku Rindu Salwani dan Tengku Iskandar.

"Tak boleh sayang.. Nanti mummy daddy marah," pujuk Fadzrul, lembut. Wajah lembut Tengku Deanne Irdina mula memuncung. Terbit air mata dari tubir matanya. Fadzrul mula salah tingkah. Dia memeluk tubuh montel Tengku Deanne Irdina.

"Kenapa tu..," suara Azira menjengah. Tengku Deanne Irdina berlari mendapatkan Mummynya. Azira mengangkat kening, memandang Tengku Ryan dan Fadzrul.

"Dia nak ikut balik rumah Ayah Ngah.." Tengku Ryan menjelaskan. Tangannya mengusap rambut Tengku Tengku Isyraq Idziyad Idziyad yang hanya diam. Perangainya sama dengan Tengku Luqman, pendiam. Azira hanya tersenyum dan menggeleng perlahan.

"Ermm Ray dan Fadzrul bawak sajalah diorang..," sampuk Tengku Luqman yang baru turun dari biliknya. Tengku Aisar menyusul.

"Lagipun Jumaat ni abang dah nak kesana..," putus Tengku Aisar pula. Tengku Luqman mengangguk.

"Yeayyyy!!" Tengku Deanne Irdina dan Tengku Tengku Isyraq Idziyad Idziyad bersorak gembira bila mummy dan daddy mereka memberi izin untuk ikut. Mereka menggeleng memandang keletah anak-anak itu.

JABATAN SIASATAN JENAYAH, BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR
2014

DR. KYLE mencatatkan sesuatu dalam dokumen autopsi Anaqi. Sementara itu dia menunggu laporan lengkap DNA yang diperolehi melalui gentian rambut ditempat kejadian semalam. Tiada apa yang pelik yang ditemui dalam tubuh mangsa kecuali sifat dan warna darah Anaqi yang tidak seperti manusia biasa. Masih bewarna merah tetapi agak gelap dan likat. Sama seperti keadaan darah Areesa tempoh hari. Dr. Kyle menyimpulkan bahawa Anaqi juga adalah bahan ujikaji The Greatest. 'Kajian yang hampir sempurna' getusnya. Dia membayangkan jika eksperimen The Greatest berjaya, pasti manusia diancam bahaya apabila dunia dikuasai oleh ciptaan separa manusia! Bila itu berlaku, tidak mustahil bakal tercetusnya perbalahan antara manusia dan golongan itu bagi merebut tampuk pemerintahan.
Ketua makmal forensik CID itu menggeleng, menghapuskan imaginasi yang baginya amat ngeri untuk dibayangkan. Memikirkan mungkin ramai lagi golongan seperti Anaqi dan Areesa diluar sana buatkan Dr. Kyle merinding. Spontan dia menoleh kearah mesin faks bila terdengar bunyi dokumen keluar. Laporan DNA. Dr. Kyke menarik kertas A4 itu, menelitinya sekilas dan terus dibawa kepada Steven yang menunggu di bilik taklimat ditingkat 3 bangunan itu.

"Hey!" spontan Steven mendongak. Dr. Kyle sudah pun duduk dihadapannya sambil menunjukkan laporan DNA kepada lelaki kacukan Cina Amerika itu.

"Bill Schawazer?! Salah seorang suspek The Greatest?" suara Steven sedikit terlonjak. Dr. Kyle mengangguk. Dia kemudian menyodorkan gambar tatoo dan nombor siri dipergelangan tangan Anaqi.

"Anaqi dan Areesa ialah subjek ujikaji yang sempurna dijalankan The Greatest. Tak ada cacat cela, sempurna hampir seratus peratus. Tapi kenapa mereka dilupuskan?"

"Mungkin ada yang khianat.. Sebelum ni, Areesa dibunuh dan beberapa hari lepas tu, Jenny Tan pulak. Areesa dipercayai subjek ujikaji Jenny Tan. Mungkin lepas Anaqi, ada lagi pembunuhan..," ulas Steven

"Maksudnya, jika subjek dihapuskan.. Yang mengkaji turut dibunuh juga?" soal Dr. Kyle. Steven mengangguk. Mungkin benar, mungkin juga salah tapi itulah teorinya setakat ini. Motif sebenar The Greatest menghapuskan subjek ujikajinya masih kabur. Dia perlu memaklumkan hal itu kepada Faizal. Sejurus mengucapkan terima kasih kepada Dr. Kyle, dia berlalu kepejabat Harrienna. Sidqi dan Sam sedang menunggu disitu.

VILA TERATAK MAWAR, PAHANG
2014

Harrienna leka menconteng sesuatu dimeja kopi ruang tamu tingkat 2 rumah mewah itu. Selepas Azhar balik ke Kuala Lumpur setengah jam lepas, Steven menghubunginya untuk memberitahu tentang perkembangan kes bunuh yang melibatkan Angel. Teori yang dikemukakan Steven semasa menghubunginya tadi dipindahkan dalam bentuk ilustrasi. Nama-nama suspek dan mangsa ditulis dan dipadankan dengan pengkaji dan subjek kajian. 'Bingo!' dia tersenyum bila nama itu selesai disuai padankan.
Faizal dan Mikhail hanya memerhati sahaja apa yang dilakukan sepupu mereka itu. Sejak Harrienna mula menyertai kes Angel, gadis itu kelihatan agak tertekan. Mereka membaca sekilas contengan Harrienna. Nama-nama suspek disusun bagaikan sebuah carta organisasi. Nama mangsa yang sudah dibunuh dipangkah dengan dakwat merah. Hanya beberapa nama sahaja yang tidak dipangkah termasuklah nama diatas nama Anaqi - Bill Schawazer. Nama itu dibulatkan Harrienna.

"Next target!" putus Harrienna. Faizal dan Mikhail merenung gadis itu, meminta perjelasan lanjut.

"Kalau kita tengok pattern pembunuhan, The Greatest akan menghapuskan subjek ujikaji terlebih dulu sebelum hapuskan pengkaji. Ikut apa yang korang cakap, The Greatest dibubarkan sebab menyebabkan kematian seorang subjek, right? So, mangsa pertama The Greatest ialah Karl Cairyl, subjek Kepada Akhira Tsukitade. Aku mintak laporan lama daripada Tuan Nizam dan Dr. Kyle. Lepas The Greatest beri misi untuk Akhira, Angel yang lain pula hapuskan Akhira. Penangkapan keatas Akhira sebelum ni juga sengaja dilakukan. Sengaja dijadikan sebab kenapa Akhira dibunuh! Kononnya Akhira gagal laksanakan misi yang diberi.

Kemudian subjek kedua, Areesa ditemui mati di basement parking. Jenny tan pula melarikan diri sebab tahu dia diburu untuk dibunuh selepas Areesa. Tapi beberapa hari lepas tu, dia turut ditemui mati. Aku yakin yang bunuh diorang ialah orang yang sama bunuh Akhira. Dan sekarang Anaqi. Pembunuh sengaja meletakkan sample DNA Bill Schawazer untuk memerangkap supaya pihak polis percaya dia yang lakukan pembunuhan tu. Bila polis tumpukan untuk tahan Bill, masa tu The Greatest akan lari keluar dari Malaysia. Bila semua ni dihapuskan.. Jadi yang tinggal cuma Anderson Takayama, Moran Keith, Hazril Izwan, Annaredza, dan Kelvin!"

Harrienna menerangkan apa yang disimpulkan kepada Faizal dan Mikhail. Suaranya sedikit merendah bila nama Izwan disebut. Kesal atas tindakan yang dilakukan lelaki itu. Sanggup menggadai nyawa demi dendam kepada keluarganya. Tidak menyangka lelaki itu boleh senekad itu demi melangsaikan hutangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience