Completed
40724
Ketabahan seorang anggota CID diuji dengan perjalanan percintaan yang terlalu berliku. Sebuah tragedi hitam meruntuhkan tembok persahabatan antara Azhar dan Harrienna, sekaligus membuka ruang persengketaan diatas tragedi tersebut. Banyak hati yang terluka. Ramai nyawa yang terkorban. “Janji itu terkadang untuk dimungkiri” ~ Azhar “Bukan semua yang dihajati akan termiliki” ~ Arrie Kemunculan pembunuh bersiri menyingkap sebuah rahsia besar. Antara pahitnya kebenaran dan saratnya dendam, membuatkan Hades keliru untuk apa dan siapa sebenarnya dia membalas dendam. “Au revoir mon amour!” ~ Hades Pertama kali dia melihat air mata seorang gadis yang beku, membuatkan hati Fadzrul tertaut pada sepupu sendiri. Perasaan itu hanya dikubur dalam-dalam kerana tahu, tidak mungkin dia dan Arrie dapat bersama. “Degil! Kalau sakit tu, buat cara sakit!” ~ Fadzrul
Update 06 December 2024