prolog

Romance Completed 39747

KAKI yang goyah dipaksa berdiri, menongkat tubuh yang kian lemah. Darah mulai membuak keluar dari kesan bidikan dibahagian abdomen kiri. Air mata mengalir lesu tanpa tertahan. Matanya tajam memandang seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dan memakai topeng lilin berwarna hitam putih. Lelaki itu tersenyum sedikit melihat kepayahan musuhnya yang bersungguh mahu bertahan. Dia berjalan perlahan mendekati wanita itu. Sepantas kilat dia berpusing 360 darjah dan melepaskan tendangan padu, mengena tepat dibahagian perut yang cedera. Wanita itu tersungkur lagi.
“Lemah!” katanya, garau. Ketawa mengejek. Dia bertinggung, mendekati wanita itu. Perlakuannya sama persis seperti seorang psiko. Sebilah pisau berukir sayap angel, dikeluarkan. Tanpa belas, pisau itu dibenamkan kepaha wanita itu. Tawanya masih bersisa.
“Arghh!!” wanita itu terduduk. Matanya semakin kabur. Hades ketawa galak melihat kesakitan yang dialami musuhnya. Sekali lagi pisau berukuran 5 inci itu dibenamkan pada kesan luka tikaman yang sama. Wanita itu berteriak kesakitan. Entah mengapa, teriakan sakit itu bagaikan muzik merdu dipendengaran Hades.
Darah semakin banyak keluar. Wanita itu semakin lemah. Dia terbaring tidak berdaya. Hanya bola matanya bergerak-gerak memerhati tindakan Hades selanjutnya. Lelaki itu menunduk. Rambut wanita itu dibelai kasih. Matanya galak meratah wajah pucat wanita itu.
Bunyi derapan tapak kaki mematikan gerak jemarinya membelai wajah wanita itu. Hades mendengus kasar. Pisau yang masih terbenam dipaha kanan wanita yang terbaring, dicabut kasar. Ternganga mulut wanita itu menahan kesakitan.
“Au revoir mon amour! (Selamat tinggal, sayang!)” ucap Hades sebelum bergerak pantas keluar dari kawasan gudang lama. Sempat dia melemparkan sekeping besi nipis yang tajam berbentuk ‘H’. Senyuman sinis terukir dibalik topeng. Sebuah alat kawalan jauh ditekan. Satu-persatu tiang dalam gudang yang telah diletak bom kawalan jauh, meledak kuat sebelum terbakar.
Hades ketawa galak sebelum memanjat naik sebuah rover hitam dan berlalu dari situ. Asap tebal menyelubung persekitaran. Kedengaran suara jeritan dari arah belakang. Hades pasti, itu suara keluarga wanita itu.

PUAN Sri Zalya terduduk melihat gudang tinggal yang hangus terbakar. Beberapa orang pasukan bomba bersiaga sementara Unit Pemusnah Bom sedang memeriksa bangunan gudang yang tidak terjejas. Bimbang masih ada bom kawalan jauh yang tidak meletup.
“Team one, clear!” kedengaran suara dari walkie talkie Tuan Nizam. Lelaki itu angguk sebelum mengisyaratkan pasukan bomba memadam sisa kebakaran. Pasukan medik turut bersiap-sedia. Tuan Nizam menghampiri Tan Sri Radzak Razlan. Riak wajahnya kelihatan simpati. Melihat dari struktur kerosakan, peratus untuk Harrienna selamat sangat tipis.
“Tango wait!”
Bom! Sebuah letupan kuat mengejutkan Tuan Nizam.
Pantas dia menolak tubuh Tan Sri Radzak Razlan, meniarap ditanah. Terbuntang matanya melihat bahagian bangunan yang tidak meletup tadi, hancur sekelip mata. Dia bangun, berlari mahu menghampiri gudang namun lekas dihalang anggotanya.
“NO!” jerit Tuan Nizam. Jelas didepan mata, anggota Unit Pemusnah Bom dan anggota bomba tercampak akibat impak letupan tersebut. Ada yang terbaring kaku dengan kesan terbakar dan ada juga yang masih menjerit kesakitan. Perlahan-lahan dia jatuh melutut. Air matanya gugur.

HADES ketawa menyaksikan kejadian itu dari dalam rover. Sengaja dia menunggu untuk melihat letupan yang terakhir. Letupan yang dikhaskan untuk anggota CID. Setelah puas ketawa, wajahnya kembali beku. Mata tajamnya memandang kearah pasangan Tan Sri Radzak Razlan dan Puan Sri Zalya yang meraung, meratapi kematian anak mereka. ‘Rasakan pula kesakitan hilang orang yang tersayang!’ desisnya sebelum mengarahkan pemandu untuk meninggalkan kawasan gudang lama itu.

hai assalamualaikum readers.. author terpaksa upload semula BTJS ni sebab author buat penambahan chapter. maaf semua kalau terpaksa menunggu lama :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience