3

Romance Completed 40337

JABATAN SIASATAN JENAYAH, BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR
2012

LANGKAH diorak kearah pintu makmal. Pintu ditolak kasar. Dr. Kyle senyum melihat Harrienna. Dia kemudian tarik beberapa helai kertas dari mesin fax dan menyerahkannya pada Harrienna.
“Here the results. Tiada apa yang pelik pada tubuh mangsa kecuali.. tahap chemical yang sangat tinggi dalam darah,” ujar Dr. Kyle.
Harrienna meneliti laporan itu. Keningnya bertaut. ‘Toxin? Racun?’ “Just this?” Soalnya. Dr. Kyle angguk sebelum menyedari sesuatu.
“Oh, ya!” Harrienna mengekori langkah Dr. Kyle, berdiri disisi mayat yang terbaring diatas meja bedah – hanya dilitupi dengan kain putih dari paras dada hingga kelutut.
“Ini..,” Harrienna pandang Dr. Kyle. Lelaki itu mengangguk, mengiyakan tebakannya.
“Ya, kesan suntikan. Saiz jarum agak besar. Bukan satu. Tapi ada beberapa lagi kesan yang sama dibahagian kedua belah tangan mangsa. Nampak seperti mangsa menjalani beberapa rawatan sebelum mengalami kemalangan!” Terang Dr. Kyle lagi. Harrienna melihat kesan yang ditunjuk. Kesan lebam merah kebiruan. ‘Bukan kemalangan!’ bisik Harrienna, pasti.
“Keputusan darah macam mana?” Soal Harrienna. Dia keluarkan telefon bimbit dan menangkap gambar kesan suntikan dilengan mangsa dalam beberapa sudut sebelum menghantarnya pada Sidqi.
“Like what I said before, everything looks normal kecuali tahap kimia dalam darah. Semua I dah catat dalam laporan,” kata Dr. Kyle. Dia tersenyum.
“Baiklah, terima kasih,” ucap Harrienna sebelum keluar. Tangannya sibuk mendial nombor Sidqi. Laporan ditangan diperiksa buat sekelian kali.

KUALA LUMPUR
2012

TELEFON bimbit yang bergetar dalam poket slek hitam diambil. Nampak sahaja nama Harrienna, Sidqi terus menjauh sedikit dari anggotanya yang sedang memeriksa rakaman CCTV.
“Yes, Arrie?”
“It was a murdered! Kyle jumpa kesan suntikan syringe. Bukan satu, banyak. Dua-dua belah lengan. You’re right, something is fishy here! Got something there?” Kata Harrienna, selajur bertanya. Kedengaran jelas nada suaranya sedikit tegang.
“Erm nope! Semua CCTV record corrupted. Siapa pun yang buat ni, bukan calang-calang. Orang berpengaruh!” Balas Sidqi. Harrienna hela nafas berat. Spontan kening Sidqi terangkat.
Sidqi tertawa kecil, “Relax lah, kita baru mula. Jangan stress sangat,”
Harrienna terdiam. Beberapa saat, hanya deru nafas mereka sahaja yang kedengaran. Gadis itu mengeluh lagi.
“Jumpa dekat ofis,” kata Harrienna seraya menamatkan panggilan. Sidqi terpempan. Skrin telefon yang gelap ditenung. Dia menggeleng beberapa kali.
“Tuan!”
Sidqi menoleh. Dia mendekati anggota yang memanggilnya. Wajahnya sedikit berubah melihat video berdurasi 15 saat itu. ‘Semua corrupted but this?’
“Bagi saya semua salinan video rakaman sepanjang 18 hingga 20 hari bulan,” arah Sidqi. Lelaki itu angguk.
Sidqi periksa semula rakaman yang diberi. Terdapat 3 buah kenderaan yang terlibat. Matanya difokuskan pada bahagian pemanduan. Mangsa nampaknya sudah terkulai mati sebelum kemalangan berlaku.
Telefon bimbit dikeluarkan semula, menghubungi seseorang.
“Hey, its me. Aku nak minta tolong kau carikan info pasal plat number ni, I’ve sent the picture to you. As soon as possible! Thank you,”
Sejurus mengambil pemacu kilat yang terkandung salinan rakaman CCTV, Sidqi terus keluar dari situ.

KUALA LUMPUR
2012

TUAN Anderson berdiri, memerhatikan Subjek 111 yang sedang tidur dari sebalik cermin kaca pandang sehala. Senyuman bangga terhias dibibir tua itu.
Moran Keith berdehem sekali, sekadar mahu mneyatakan keberadaannya dibilik peribadi ketuanya. Dia kemudian berdiri disisi Tuan Anderson sebelum membisikkan sesuatu. Berubah riak wajah Tuan Anderson. Merah padam menahan amarah.
Tuan Anderson berpaling dan terus keluar dari bilik itu. Kakinya laju melangkah kearah ruangan tengah rumah agam ini. Moran Keith menyembunyikan senyuman sinisnya. Matanya galak terhala pada tubuh kekar lelaki yang sedang berbaring sebelum dia turut keluar.
“Bodoh! I gave you one simple task to do, itu pun kau tak boleh buat?!” suara tempikan Tuan Anderson memaksa Moran Keith mempercepatkan langkahnya.
Dilihatnya Anaqi dan Bill Schawazer sudah melutut, menunduk dihadapan Tuan Anderson. Lelaki tua itu tampak menyinga garang. Muka anak kedua anak buahnya itu berlumuran darah.
“I’m sorry, sir. It was my fault,” ucap Anaqi. Tanpa diduga, Tuan Anderson menyepak sisi muka Anaqi hingga lelaki itu rebah. Anaqi tidak melawan. Darah mula mengalir dari sudut bibirnya, hanya dibiarkan.
Bill Schawazer hanya membatukan diri. Bimbang mendapat habuan yang sama jika dia mula bersuara. Dia kenal ketegasan ketuanya ini.
“Moran! Fix this up,” arah Tuan Anderson. Moran Keith tidak menjawab, sekadar meleretkan bibirnya. ‘Show time!
“Can I use him?” soal Moran Keith, merujuk kepada Subjek 111.
“Just do it! And make sure, everything is clean,”
Tuan Anderson memanjat anak tangga, menuju kebiliknya.
“Kau sengaja?” Moran Keith berpaling kearah suara itu. Kelihatan Jenny Tan berdiri dimuka pintu. Masih berpakaian kebaya klasik merah dan bersanggul tinggi – pakaian sinonim wanita Cina ini.
“Aku cuma nak tengok sejauh mana eksperimen ini berkesan pada lelaki tu! Macam mana dengan Akhira?” sinis Moran Keith bertanya.
“Sudah diuruskan,” pendek sahaja jawapan Jenny Tan.
Akhira Tsukitade – lelaki yang bertanggungjawab untuk melaksanakan ujikaji pada Chairy – subjek 121. Namun lelaki itu sedang menghilangkan diri. Mengelak dari dikesan pihak berkuasa Singapura.
Moran Keith hanya mempamerkan wajah bersahaja. Faham dengan maksud Jenny Tan. Tidak mungkin Tuan Anderson akan membiarkan sahaja Akhira tertangkap. Itu pasti akan menjejaskan organisasi mereka.
“Bila lelaki tu sedar?”
“Mungkin dalam masa 24 jam lagi. Aku tak sangka dia boleh selamat. Serum tu terlalu kuat untuk manusia biasa,” kata Jenny Tan, sedikit kagum dengan kebolehtahanan tubuh Subjek 111.
Moran Keith tertawa angkuh, “Aku tak akan pilih dia kalau dia lemah!”
Jenny Tan hanya diam. Otaknya ligat berfikir apa sebenarnya rancangan dan muslihat lelaki Inggeris itu. Sepanjang beberapa tahun dia bersama organisasi yang dikenali sebagai The Greatest ini, Jenny Tan masih tidak faham dengan perangai Moran Keith yang dianggap terlalu sombong.
Dia tahu bahawa Moran Keith berasal dari sebuah keluarga berada. Tapi kenapa lelaki itu sanggup diperhambakan oleh Tuan Anderson? ‘Apa sebenarnya yang kau sembunyikan?’
Jenny Tan menyorot kereta Moran Keith yang menghilang disebalik pintu pagar besar sebelum kembali memandang kearah Anaqi dan Bill Schawazer.
“Clean the wounds,” ucapnya senada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience