2

Romance Completed 40337

KUALA LUMPUR
2012

AZHAR duduk dibirai katil. Bingkai gambar diatas meja sisi dicapai. Gambar bersama arwah Hazrin semasa majlis konvokesyen gadis itu. Dadanya terasa sesak dek sebak yang tiba-tiba datang. Puas dipujuk hatinya supaya menerima qada’ dan qadar Tuhan, namun berat. Sangat berat untuk dia akur pada takdir bahawa gadis kesayangannya sudah tiada. Setitik air jernih jatuh pada kaca bingkai. Pantas dia seka air mata yang entah bila membasahi pipinya. Azhar letakkan kembali bingkai gambar itu diatas meja.
Pintu biliknya diketuk. Puan Ameena masuk sambil membawa baju yang sudah berlipat. Azhar hanya tersenyum pahit, menyapa ibu saudaranya itu. Puan Ameena mendekati Azhar. Dia letak baju milik Azhar diatas katil.
“Kenapa susah-susah bawa naik? Zhar boleh ambil sendiri,” ujar Azhar. Puan Ameena tersenyum. Dia berasa kasihan pada Azhar yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
“Ibu nak cakap sikit boleh?” Azhar angguk. Puan Ameena tarik nafas sebelum menyambung ayat.
“Ibu tahu, Zhar tak ada sekelumit perasaan pun pada Arrie. Ibu juga tahu yang Zhar sukakan orang lain. Tapi Zhar, orang yang kamu sayang tu dah pergi. Kita yang masih ada ni kena teruskan hidup walau sakit macam mana pun. Orang yang pergi, tetap akan pergi dan tak mungkin kembali. Yang ada ni, kita kena hargai. Zhar faham kan maksud ibu?” Bahu Azhar diusap lembut. Azhar menunduk.
“Zhar tengah cuba untuk reda, bu. Tapi entah, rasa berat nak lepaskan dia. Hazrin pergi terlalu tiba-tiba. Tak sempat Zhar nak jumpa dia buat kali terakhir,” kata Azhar, perlahan.
“Ibu faham.. ibu juga pernah rasa benda yang sama waktu arwah ayah pergi. Tapi Zhar, tak baik sedih berlama-lama. Tak tenang arwah tu nanti. Kalau Hazrin nampak Zhar macam hilang semangat nak hidup macam ni, mesti dia sedih. Kami masih ada untuk Zhar,” lembut sahaja nada suara Puan Ameena. Dia bangun, hendak meletakkan baju Azhar kedalam almari, “Zhar dah call Arrie?” Soal Puan Ameena. Dia menutup pintu almari dan berpaling. Dia terpandang bingkai gambar yang ada dimeja sisi. Spontan Puan Ameena tersenyum.
“Dah, Arrie tak angkat. Mungkin dia sibuk,” jawab Azhar. Puan Ameena mengangguk faham.
“Simpanlah gambar tu, Zhar. Kalau Arrie nampak, apa pula kata dia. Ibu keluar dulu. Jangan lupa turun makan,” sempat Puan Ameena berpesan sebelum menutup pintu. Azhar pandang bingkai gambar.
“Arrie akan faham. Malah hanya dia seorang yang faham aku,” bisik Azhar.
Teringat akan Harrienna, hati Azhar jadi rawan. Sudah hampir sebulan mereka ditunangkan, namun Harrienna masih tidak mahu bercakap atau berjumpa dengannya. Segala pesanan ringkas sekadar dibaca tanpa berbalas. Telefon bimbit yang diletakkan disebelah bantal dicapai, hendak menghubungi Harrienna.
Talian berdengung, namun tidak diangkat. Azhar mengeluh. Dia mencuba lagi namun masih sama. Akhirnya, telefon itu diletakkan semula ditepi bantal. Tubuhnya direbahkan seraya memejamkan mata. Sekilas wajah Hazrin terlintas dibenak sebelum wajah mendung Harrienna menyapa. Azhar hela nafas berat.

KUALA LUMPUR
2012

KELUHAN halus terhembus dari rengkungan apabila melihat deretan pesanan ringkas dan panggilan tidak berjawab dari Azhar. Telefon bimbit disimpan kedalam poket jaket kulitnya dan terus berlari mendapatkan Sidqi yang sudah berdiri ditepi tebing, meninjau kebawah. Pasukan mereka digemparkan dengan panggilan dari seorang pengguna jalanraya disini yang mengatakan ada sebuah kenderaan terlibat dalam kemalangan. Harrienna pandang kakinya. Terdapat serpihan lampu kenderaan dan kaca bertaburan.
Beberapa orang anggota sudah berada dibawah dan bersiaga untuk membawa naik kenderaan terbabit. Sidqi mengisyaratkan supaya kereta itu dibawa naik. Tidak lama kemudian, kereta jenis sedan Volvo yang kelihatan sudah terlalu remuk dibawa naik menggunakan kren. Kening Harrienna bertaut. Dia dan Sidqi berpandangan.
“Cuma satu?”
“Mungkin langgar lari,” getus Sidqi.
“Tuan! Ada mayat!” jerit salah seorang anggotanya. Lekas Sidqi dan Harrienna mendekati anggota itu. Harrienna menyarungkan sarung tangan getah sebelum mencapai lampu suluh yang disua anggota bawahannya. Berkerut keningnya melihat mayat seorang lelaki yang sudah tidak berupa manusia. Wajahnya bengkak-bengkak dan tubuhnya mengembung. Terdapat lendir kekuningan disekitar mulut dan hidung selain darah yang menyeruak pada stereng dan cermin hadapan. Dia meneliti keadaan kereta. Kering. Bermakna tiada air dibawah. Tapi kenapa begini sangat rupanya? Harrienna kerling Sidqi. Lelaki itu juga memikirkan perkara yang sama.
“Siapkan lampu. Saya nak turun kebawah,” arah Sidqi. Seorang anggotanya mengangguk dan terus menuju kearah kereta. Menyiapkan peralatan khas untuk turun kedalam gaung.
Harrienna pula sudah mula meneliti sekeliling kereta jenis lama itu. Bunga tayarnya dibelek sebelum berlari keseberang jalan. Kesan tayar yang dia nampak tadi diperiksa semula. Membandingkan dengan jenis tayar yang digunakan kereta itu. Sidqi menghampirinya.
“Ada kereta lain yang terlibat,” kata Harrienna, ringkas. Dia menunjukkan kesan geseran tayar kepada Sidqi.
“Ranger or maybe a truck. Hilux?” tebak Harrienna, sendiri.
“Ford!” kata Sidqi pula. Harrienna pandang lelaki itu yang tampak sangat yakin. Dia kemudian memandang sekeliling. Sebuah kamera litar tertutup menarik minatnya. Dia menggamit seorang anggota.
“Dapatkan saya semua rakaman CCTV sepanjang jalan. Saya tak nak ada satu pun yang terlepas!”

SIDQI memegang erat tali yang bersambung dengan takal. Perlahan-lahan dia menggelongsor turun. Lampu LED yang terpasang pada topi yang dipakai, menyuluh jalannya. Dua orang anggota turut turun bersama Sidqi. Harrienna pula memeriksa dari dalam skrin komputer yang berhubung dengan kamera kecil yang disisipkan kebaju Sidqi. Jurang gaung agak dalam dan curam. Hampir 10 minit juga untuk Sidqi sampai ketanah.
“I’m in,” kedengaran suara Sidqi dari corong earphone yang disumbat ketelinga Harrienna.
“Careful,” pesan Harrienna. Dia dapat melihat dengan jelas keadaan kawasan kemalangan melalui kamera. Kelihatan pokok kecil yang tumbang mungkin akibat hentaman kuat kereta yang menjunam laju.
“You see that?” Sidqi menarik kamera yang tersisip dan dihalakan kekawasan kereta itu terjunam. Semak-samun kelihatan merata.
“Sid.. depan you,” arah Harrienna. Sidqi akur. Dia berjalan terus kehadapannya dan mengutip sesuatu. Dompet berwarna hitam dibuka. Wang ringgit yang beratus tidak diusik sebaliknya terus mengeluarkan Mykad.
“Chairyl Chen@Chen Zee-Li,” Sidqi membaca nama yang tertera pada kad pengenalan. Dia kemudian menyuluh lampu kehadapan, menapak beberapa langkah dan memerhatikan kawasan kemalangan. Tiada apa yang mencurigakan.
“I naik sekarang,” putus Sidqi sebelum memegang tali takal, memanjat naik keatas semula.

HARRIENNA menerpa Sidqi yang baru sahaja menanggalkan peralatan mendaki. Dompet kulit yang sudah dimasukkan kedalam plastik jernih dan dilabel sebagai bahan bukti dicapai.
“Chairyl Chen?” nama itu disebut lagi. Dahinya berkerut, berfikir dimana dia pernah mendengar nama itu. Sidqi pandang Harrienna, “Why?”
“Tak silap I, mangsa adalah rekrut Tentera Udara Amerika Syarikat yang disahkan hilang 3 bulan lepas!” Harrienna kembali berlari mendapatkan mayat yang sudah dialihkan kedalam beg mayat.
Sarung tangan getah disarung. Zip beg mayat diturunkan. Harrienna memeriksa leher mangsa. Dapat sahaja dia dog tag yang tersarung dileher, segera ditarik. Wajahnya berkerut. Kepingan teg nama itu seakan sengaja ditebuk. Dia pandang Sidqi sebelum memandang kearah mayat lelaki yang dipercayai Chairyl Chen itu.
“Kita tunggu keputusan forensik. Ini bukan kemalangan biasa!” putus Sidqi. Harrienna angguk. sejurus itu mereka mengarahkan supaya mayat dibawa kemakmal forensik oleh koroner. Sidqi lihat pada kamera litar tertutup pada deretan tiang lampu. Dia pasti, pihaknya akan dapat sesuatu dari pita CCTV itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience