1

Romance Completed 39746

JABATAN SIASATAN JENAYAH, BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR
2012

HARRIENNA bergegas naik ketingkat 4. Matanya menelek jam dipergelangan tangan, masih sempat untuk menyertai mesyuarat tergempar ini. Tombol pintu dipulas. Kaget semua yang berada dibilik taklimat itu. Tuan Nizam tersenyum dan mengangguk padanya, membenarkan Harrienna masuk. Wanita berambut pendek boyish cut itu masuk dan duduk disebelah Sidqi. Tidak dihiraukan pandangan penuh tanda tanya lelaki itu.
“Kita boleh mulakan sekarang. Faizal,” Tuan Nizam pandang lelaki yang berdiri disebelah papan kaca yang terpampang maklumat dan beberapa keping gambar yang diambil ditempat kejadian.
“Dua pembunuhan dalam masa hanya selang sehari. Kedua-dua mangsa adalah warganegara Malaysia yang juga ahli perniagaan yang ternama,” Faizal memulakan mukadimah. Tangannya menekan alat kawalan jauh tayangan slide. Dua keping gambar terpampang, “Mr. Yap David, 51 tahun dan Dato’ Hendra Kumar, 54 tahun. Ditemui mati dalam keadaan yang sama. Iaitu, dikelar dibeberapa bahagian sendi tubuh dan ditembak dikepala. Pihak polis Thai dan Singapore mendapati organ dalaman mangsa turut hilang. Motif masih kabur namun mereka percaya ia ada kaitan dengan sindiket penjualan organ,” sambung Faizal lagi. Harrienna mengerutkan dahi, melihat sekeping besi nipis ber-initial ‘H’ yang diukir.
“Besi tu dijumpai ditempat kejadian,” ujar Sidqi, perlahan. Bagaikan tahu apa yang difikirkan Harrienna. Gadis itu menoleh, “Killer signature!”
“Senjata? Saksi?” Sidqi menggeleng. Dia pandang Harrienna. Air mukanya keruh dan sedikit cengkung. “Kita dah check pangkalan data airport, tiada siapa yang mencurigakan,”
“Oleh sebab dua mangsa pembunuhan ini ialah warga Malaysia dan ahli korporat ternama, kerajaan Malaysia mengarahkan untuk kita ambil alih siasatan. Sid, you incharge! Harrienna will be your partner as usual,” Tuan Nizam menyerahkan dua fail pada Sidqi dan Harrienna. serentak mereka berdua angguk faham. Sejurus itu, Tuan Nizam keluar dari bilik taklimat. Faizal mendekati Harrienna. Dia tarik kerusi dan duduk dihadapan sepupunya itu. Mikhail dan Shahrul turut duduk berdekatan.
“Kau ok?” soal Faizal. Harrienna hanya angguk. Dia senyum segarit. Tawar.
Faizal hela nafas. Dia tahu Harrienna masih bersedih atas kematian kawan baiknya, Hazrin 3 bulan lalu. Belum habis kejutan atas kematian Hazrin, timbul pula hal yang lebih membuatkan Harrienna murung. Dia dipaksa bertunang dengan Azhar, anak kawan baik keluarga Tan Sri Radzak Razlan. Mereka sedia maklum bahawa Azhar ialah kekasih Hazrin yang juga kawan baik Harrienna.
“Betul ke ok? Muka tu pucat.. cengkung, dah macam seminggu tak makan,” kata Sidqi, selamba. Dia tidak memandang Harrienna, malah sibuk meneliti fail ditangan. Faizal, Mikhail dan Shahrul angguk mengiyakan. Wajah mereka risau.
Harrienna hempas keluhan berat. Dia diam. Tidak langsung mahu membalas kata-kata Sidqi. Dia kemudian bangun dan meninggalkan mereka. Sidqi menoleh. Dia turut bangun, mahu mengejar langkah Harrienna.

SIDQI tersenyum dan menggeleng melihat Harrienna yang duduk ditembok diatas bumbung bangunan CID ini. Kepalanya tertunduk. Perlahan-lahan Sidqi menghampiri, tidak mahu mengejutkan Harrienna.
“Just cry.. let it go. Don’t bottled up your feeling, Arrie,” ujarnya. Dia usap bahu Harrienna.
“Siapa menangis? I cuma nak tenangkan fikiran dekat atas ni,” bidas Harrienna. Dia kerling Sidqi yang berpeluk tubuh disisinya. Kedengaran lelaki itu tertawa kecil.
“I tahu. Tapi, perlu ke you macam ni? Arrie yang I kenal bukan lemah macam ni. You kena reda. Kalau you tak lepaskan dia, tak tenang dia dekat sana tau,” pujuk Sidqi, lembut. Harrienna hanya diam. Matanya diarahkan pada kaki langit.
“Macam mana rasa jadi tunangan orang?” Soal Sidqi lagi bila Harrienna hanya mendiamkan diri. Gadis itu tarik nafas dalam sebelum memandangnya.
“Not that bad.. I’m still survive,” balas Harrienna. Dia melompat turun dari tembok.
“Lets get to work!” ujarnya sebelum berjalan kepintu keluar. Sidqi tersenyum sinis. Pandai betul alih topik! “Wait!” Sidqi berlari mendapatkan Harrienna sebelum mereka bersaing turun dari bumbung.

KUALA LUMPUR
2012

SENYUMAN sinis melebar dibibir melihat makmal bawah tanah yang sudah siap. Terdapat dua orang yang dijadikan bahan ujikaji terbaring diatas meja besi yang dilitupi gelungan kaca, seperti keranda tembus pandang. Tubuh manusia itu berselirat dengan pelbagai wayar. Warna kulit mereka agak kebiruan kerana terlalu lama berada dalam kaca itu. Seorang wanita berbaju kebaya nyonya berwarna merah dan bersanggul tinggi mendekati lelaki tua itu.
“Semua sudah siap. Permission to proceed?” Soal wanita Cina itu. Lelaki tua yang hanya dikenali sebagai Tuan Anderson mengangguk, membenarkan Jenny Tan untuk meneruskan ujikaji terakhir.
Selajur Tuan Anderson mengangguk, Jenny Tan menyuruh pembantunya untuk menekan suis yang menyambungkan dengan wayar yang berselirat diatas tubuh dua orang lelaki didalam gelung kaca. Serentak itu, tubuh mereka menggelupur bagaikan ada arus elektrik. Mata salah seorang lelaki itu terbeliak. Jemarinya turut bergerak, cuba untuk mencabut wayar yang melekat ditubuh dan kepala. Sakitnya tidak terhingga bila cecair yang disuntik kedalam tubuhnya menjalar keurat darah.
Tuan Anderson mengangkat tangan. Mengisyaratkan supaya Jenny Tan berhenti. Pantas pembantu wanita itu menutup tombol suis. Lelaki yang ditanda sebagai Subjek 111 tadi tercungap-cungap meraih nafas manakala Subjek 121 sudah tidak bergerak. Mulutnya berbuih dan mata hitam sudah tidak kelihatan. Tubuhnya kaku. Mati!
“I know that you gonna make it!” bisik Tuan Anderson. Matanya memandang tepat kearah Lelaki separa bogel yang sudah terbaring tidak sedarkan diri. Dadanya berombak kencang.
“Subjek 111 berjaya!” putus Jenny Tan. Dia menulis sesuatu pada fail ditangan.
“Hapuskan mayat 121,” arah Tuan Anderson, tanpa perasaan sebelum keluar dari makmal itu. Dua orang pengawalnya yang menunggu dipintu, masuk membawa beg mayat.
Seketika kemudian, Bill Schawazer dan Anaqi keluar sambil membawa mayat Subjek 121. Jenny Tan dan Anisa hanya memerhati. Mereka tahu kemana mayat itu akan dibawa.
“Just make sure it must appear like an accident!” pesan Jenny Tan. Dua orang lelaki itu angguk dan terus berjalan kearah pintu belakang yang menyambungkan garaj belakang.

KERETA milik Chairyl ditolak jatuh kedalam gaung. Bill Schawazer dan Anaqi hanya memandang kereta sedan Volvo itu terbalik sebelum terhumban kedalam gaung yang agak dalam dari atas bukit. Terdengar hentaman yang kuat dari arah gaung. Anaqi mengintai sedikit, namun tiada apa yang kelihatan. Gelap. Setelah pasti tiada bukti yang tertinggal, mereka berlari kearah kereta yang sedang menunggu mereka. Sarung tangan hitam ditanggal. Anaqi mengeluarkan telefonnya dan menghubungi Jenny Tan.
“All done!” Anaqi terus menamatkan talian setelah memberitahu Jenny Tan. Dia angguk pada pemandu, mengisyaratkan supaya meninggalkan kawasan bukit itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience