04 NANNY SEBENAR...

Horror & Thriller Completed 1341

MARISSA MARDIANA
Episod 4

"Malam ni aku nak ambil nyawa Marissa! Mardiana, kau ke tepi,"

Kata-kata Cik Mala menyebabkan aku naik meradang. Kalau aku terus diamkan diri, mereka berdua akan ambil kesempatan. Semakin melampau!

Bila orang yang aku sayang pula sedang menahan sakit di depan mata, tak akan ku biarkan orang lain memijak kepala Marissa sewenang-wenangnya.

Aku sekarang berhadapan dengan dua manusia mental berhati binatang. Walau pun nanny melayan aku dengan baik. Aku menolak kebaikannya kerana dia beri layanan buruk pada Marissa.

Bagaimana aku mampu duduk dengan tenang? Sehari pun aku tak sanggup menunggu. Akan ku fikirkan jalan untuk keluar. Tidak akan terhenti usaha ku selagi aku masih bernyawa.

“Mardiana pergi masuk bilik sebelah.“ keras nada suara nanny. Di tangannya tergenggam cemeti hitam berkilat.

Senyumnya menampakkan barisan gigi yang penuh. Sungguh sinis. Melihatkan Marissa mengengsot ke belakangku dan mengecilkan badannya, nanny mula ketawa bagai dirasuk syaitan.

“Nanny dah gila!“

“Ya! Aku gila. Kerana adik kau dengan mak bapak kaulah aku gila!"

Tersentak mendengar herdikan nanny. Marissa menggigil memeluk tubuh di belakangku.

"Apa salah Marissa pada nanny? Ibu ayah pun dah tak ada. Kenapa nanny nak mengungkit lagi?" Terketar-ketar juga suaraku bila berdepan dengan nanny.

Dia bukan seperti nannyku yang dulu. Suara nanny tak pernah meninggi dan kuat seperti guruh. Tenaga nanny paling kuat pun hanya mampu mengangkat segayung air.

Langkah nanny tak selaju ini, pergerakannya cukup pantas. Hamburan katanya juga tidak terketar-ketar. Bahkan suatu ketika dulu memarahi aku dan Marissa bergaduh pun nanny akan mengurut dada. Semput.

"Kau bukan nanny!" Dengan berani aku berkata begini.

Dia tersentak. Memandang wajah Cik Mala seketika.

"Nanny tak pernah membenci Marissa walau pun Marissa degil tak mendengar nasihatnya."

"Mardiana..., ini nanny sayangku." Tangannya dihulurkan supaya aku menyambutnya.

Aku tetap melutut di lantai sambil melindungi tubuh Marissa dari dijamah cemeti.

"Orang gila mana menyamar jadi nanny aku ni? Nanny tak akan panggil aku MARDIANA! Kau siapa?"

Sekali lagi dua perempuan tua di depan ini saling berpandangan.

"Budak bodoh!" Cik Mala pula menjerit ke arahku.

"Aku tak bodoh lagi. Nanny akan panggil aku Manja, Marissa dipanggil Sayang. Aku boleh ingat gigi nanny tak sepenuh gigi kau!"

“Mata tua nanny kuning berurat merah. Mata kau putih! Kau masih muda aku tahu, heh!!"

Hening seketika.

"Hahahaha.... budak belasan tahun berlagak pintar! Benih si bacul!" Berani Cik Mala menghina aku!

"Kau berdua adalah seseorang yang bencikan ibu ayah dan Marissa! Mungkin pelanggan Marissa ada kena mengena dengan hidup kau berdua!" Giliran aku pula ketawa.

"Nanny aku kidal. Tapi kau makan sup daging guna tangan kanan, haha...Aku yang bodoh atau kau yang tak bijak?"

"Ya, aku tak kenal pun siapa kau berdua. Tapi yang aku tahu nanny aku tak akan duduk di bilik bawah. Bilik itu dulunya gudang menyimpan beras dan gandum. Banyak tikus di situ sejak nanny kecil. Jadi, tak mungkin nanny nak tidur di bawah!"

"Nanny aku takut tikus. Jadi kau bukan nanny aku. Kau siapa?"

Helah 'Nanny' satu persatu ku bogelkan. Riak wajah 'Nanny' mula berubah.

Hampir juga hilang sabar bila kedua-duanya terdiam tidak menjawab soalanku. Apa lagi helah mereka selepas ini?

Akhirnya, di depan mataku Cik Mala mencabut rambut palsu di kepalanya. Pemandangan gondol di kepalanya bersama helaian rambut beruban yang boleh dikira dengan jari memeranjatkan aku.

Sebahagian dari kulit kepala itu bagai pernah disimbah asid. Cuping telinganya tiada. Kosong.

Siapakah perempuan ini? Pandangan mata yang tajam seakan mahu mengorek biji mataku. Aku tidak kenal perempuan sakit ini.

“Kau tahu juga rupanya. Bijak!“

Suara ’Nanny’ tidak lagi seperti perempuan tua yang ku dengari sejak memasuki rumah ini. Di balik wajah perempuan tua itu nadanya seperti seorang lelaki.

“Adik kau yang rosakkan rumahtangga mak aku! Memang benih anjing!“

“Mak kau? Siapa kau?“

Cik Mala pula tiba-tiba ketawa mengekek seperti hilang akal. Kepala didongakan dengan kedua mata terpejam. Meremang bulu roma tak dapat ku kawal.

Marissa memeluk erat pinggangku. Dia turut melihat kejadian di depan mata. Seorang perempuan hodoh bersama seorang lelaki yang menyamar menjadi nanny kami.

Perlahan-lahan lelaki itu melucutkan rambut palsu yang bersanggul dari kepalanya. Terserlah rambut hitam berkilat. Sahlah, dia lelaki muda.

“Kau nak tahu sangat siapa aku?“

Dalam ketakutan menahan gigil seluruh badan, aku angguk.

Kesemua jarinya mula merobek lapisan kulit muka plastik yang dilekat di wajahnya. Topeng?!

“Hai. Mardiana,“

BERSAMBUNG

#karyapanda

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience