EPISOD AKHIR

Horror & Thriller Completed 1340

Ending.

“Kita jangan terpisah walau apa pun yang terjadi,“ ucap Mardiana lembut.

Marissa terbaring di atas ribaan Mardiana. Perlahan-lahan diusap rambut adiknya. Sesekali mereka ketawa mengilai, ada masanya pura-pura mengamuk minta dilepaskan.

Tidak bertindak ganas, cukuplah hanya mengaburi mata orang normal di sekeliling. Mereka tidaklah sukar dijaga. Kerana Marissa dan Mardiana hanya ingin berteduh sementara di situ.

2 tahun berlalu.
Kini Marissa dan Mardiana telah berusia 21 tahun. Dua tahun dihabiskan di dalam hospital sakit jiwa. Mereka sudah bosan dengan kehidupan bagai di dalam penjara.

“Kita cari kerja. Apa pun kakak sanggup untuk adik baby ku sayang,“ Mardiana membisikan isi hatinya.

"Janji jangan pergi jauh," Marissa memegang tangan kakaknya.

"Kakak janji,"

Selama tiga bulan mereka berkelakuan baik dan seperti orang yang normal dibandingkan dengan pesakit lain. Para doktor pakar juga gembira dengan perkembangan mereka berdua.

"Kalau dibenarkan keluar, apa kamu akan lakukan?" Soal Dr.Norudin kepada Mardiana dan Marissa.

"Saya nak kerja. Nak bina hidup baru dengan adik saya. Sambil bekerja saya nak ambil kelas buat kek," Jawab Mardiana dengan yakin. Senyumannya mempamerkan kebahagiaan yang dia rasa.

"Saya nak kerja juga. Kumpul duit nak pergi travel dengan kakak. Nak habiskan masa dengan dia," Marissa juga tidak mahu kalah.

Mereka saling bepandangan lalu ketawa kecil. Dr.Norudin ikut gembira.

Dari sehari ke sehari mereka nampak semakin positif.

Seperti yang diimpikan. Kini, Marissa dan Mardiana telah berdiri di luar pagar hospital. Dengan sedikit wang saku yang dibekalkan oleh Dr.Norudin, mereka nekad akan mencari kerja.

Mardiana telah berkira-kira nanti mereka tidak lagi risau makan apakah demi kelangsungan hidup? Lebih bagus jika disediakan tempat tinggal.

Setelah menaiki sebuah grab, mereka menuju ke pusat bandar. Atas permintaan Marissa dia ingin mencuba nasib di sebuah cafe terkenal.

"Tempat tinggal staf disediakan. Makan sehari tiga kali boss tanggung, kak. Selesa rumah sewa boss bagi. Jomlah,"

Riang benar Marissa bila bercerita sehingga Mardiana tidak mampu menolak langsung.

Dave Cafe.

Mereka berdiri di depan cafe yang tersergam indah. Setelah masuk ke dalam cafe, Marissa ditegur beberapa orang staf. Nampaknya mereka sudah kenal dengan Marissa.

"Marissa, lama tak nampak you, mana pergi?" Seorang wanita cantik dalam lingkungan 30an datang memeluk Marissa.

"Kami balik kampung. Ini kakak i, Mardiana."

Wanita itu merenung Mardiana dari atas kepala hingga ke bawah. Senyuman melerek tidak lekang dari bibirnya.

"Esok boleh mula kerja dari 7 pagi sampai 12 malam. Ikut Nadia pergi apartment. Ada bilik kosong. Gaji 2k seorang, cukup?"

"Cukup, Angie. Cukup sangat, muahhh!!" Marissa memeluk Angie sambil mencium pipi wanita cantik itu.

Mardiana berasa syukur sangat bila ada insan menerima mereka berdua dengan senang hati. Gaji pun lumayan, walau pun masa kerja agak panjang, Mardiana tetap gembira.

"Nadia dengan Helmy akan bergilir-gilir uruskan jemput dan hantar kamu. Pergilah berehat dulu di apartment. Ada enam staf lain duduk sekali."

"Terima kasih kerana menerima kami kerja di sini." Ucap Mardiana. Angie membalas dengan senyuman manis.

Sebelum Angie berlalu pergi, dia mengenyitkan mata pada Marissa, lalu disambut dengan senyum seribu makna dari Marissa.

Ketika kaki mereka melangkah keluar dari Dave Cafe, ada sepasang mata memerhati tidak jauh dari mereka.

"Sudah ku agak kau akan ke sini. Pelacur!" Getus hati Shamila.

Selama dua tahun ini, Shamila tidak pernah pergi jauh. Dia yakin Marissa akan datang mencari Angie si ibu ayam yang rapat dengan keluarganya, kecuali Mardiana yang tidak tahu apa-apa.

"Kau berdua akan ku tikam sampai mati! Irfan tunggu mama balas dendam untuk kau, nak."

Terimbas kembali saat rumah terbakar, dia menyelamatkan diri mengunakan tangga di luar biliknya. Ketika berjaya keluar dari api yang semakin marak, Irfan Ghadafi pula berlari datang memeluk dirinya.

"Mama, nasib baik mama selamat. Mari Irfan bawa mama berteduh di pondok tepi sungai. Sana selamat,"

"Tak sangka pandai budak Mardiana tu tipu kita, nak. Jangan lepaskan budak dua tu."

"Baik, mama. Apa saja untuk mama Irfan akan buat,"

Mereka berpelukan seketika sewaktu Irfan Ghadafi menghantar Shamila memasuki pondok kecil yang dibina oleh keluarga nanny untuk beristirehat di tepi sungai.

Tidak diduga oleh Shamila bahawa pelukan yang tidak melebihi sepuluh saat itu adalah pelukan terakhir dari anaknya.

Tidak sedar bahawa matanya mula berkaca. Pipinya mulai basah.

Sudah dua tahun pemilik restoran sebelah Dave Cafe mengambil dia bekerja di situ sebagai cleaner. Setiap hari dia memasang mata.

Sesekali akan muncul lelaki paling dibencinya, lelaki tua yang masih berjiwa muda. Berjalan ke sana sini merangkul pinggang Angie tanpa rasa malu.

"Dasar jantan tak guna! Perempuan murahan juga yang kau cari!!"

"Hei, Mek Lah! Masuk dalam. Bersihkan tandas dulu, ada budak muntah."Shamila tersentak mendengar suara majikannya memanggil.

Mek Lah. Sengaja dia menyamar berasal dari pantai timur ketika ditemuduga. Dengan berniqab Dato' Rizman tak akan mengenalinya.

"Iya, baik Puan Rosy." Sepantas angin dia berlari masuk ke dalam restoran.

Dia kini sedang berkira-kira apa yang patut dilakukan seterusnya?

Dua pembunuh Irfan Ghadafi telah muncul. Bayangan wajah Irfan Ghadafi sering muncul dengan merayu supaya Shamila membalas dendam untuknya.

“Irfan sakit, mama. Tolonglah. Tempat ini gelap, sejuk, takut Irfan duduk seorang.“

Suara Irfan Ghadafi melolong di tengah malam penyebab Shamila semakin tertekan. Dia kasihan melihat anaknya menderita. Shamila berjanji akan penuhi permintaan anaknya.

**************

Tiga hari berlalu.

Mardiana gembira setelah mula bekerja di cafe milik Angie. Waktu kerja yang panjang tidak mematahkan semangatnya langsung.

Cuma dia hairan. Angie kerap mengajak Marissa keluar menemani dia di waktu kerja. Dengan alasan Marissa akan bantu dia membawa barang.

Di sebalik itu ada perkara yang tidak diketahui Mardiana. Sebenarnya Marissa telah kembali melakukan perkara jahat. Angie telah menemukan dia dengan lelaki-lelaki hidung belang semata-mata untuk memenuhi impian Marissa untuk hidup mewah.

“Tak lama lagi Rizman mesti cari ke sini, Angie. Risau i..“

“Jangan risau. Hutang you i dah bayar semua. Kalau dia datang pun dia akan tabur duit atas badan you,“ Angie tertawa.

Terkesima Marissa mendengar kata-kata Angie. Dia mulai merasa lega. Kerana tidak perlu risau kalau Dato' Rizman datang mengganggu dirinya.

“Haa, baru sebut dia dah call i.“ Angie mengangkat kening sambil menjawab panggilan.

Berdebar juga hati Marissa bila Dato’ Rizman mencarinya. Bagaimana jika dia bertanya tentang Irfan Ghadafi dan Shamila?

“Baby. Malam nanti Rizman ambil you. Esok malam baru you balik. Faham?“

Marissa tercengang.

“Jangan fikir lagi. Kita pergi shopping baju baru you. Biar nampak lebih cantik mempersonakan,“

“Tapi kakak i tu?“ Marissa mulai risau kalau Mardiana mengesyaki dia.

"Rizman bayar mahal. Rugi you lepaskan peluang. I pun nak duit i balik, you bayar sikit-sikit."

Sesaat berlalu. Marissa laju mengangguk. Tiada pilihan lain. Itu jalan terbaik untuk dia menikmati kemewahan hidup seperti dulu.

12.30 malam.
Mardiana mengatur langkahnya memasuki lif setelah bunyi kereta Nadia berlalu pergi dengan pantas. Di dalam lif berdiri sesosok tubuh wanita berpurdah. Badannya lebih kecil dari Mardiana.

Untuk sampai ke tingkat 15, Mardiana sempat membaca pesanan dari Marissa. Malam ini Marissa tidak akan balik kerana dia kepenatan mengikut Angie seharian.

Satu pesanan suara dihantar oleh Mardiana kerana risaukan adiknya.

“Kalau boleh balik adik baliklah, kakak risau adik menumpang rumah Cik Angie. Jangan menyusahkan orang, baliklah. Kakak tunggu,“

Mardiana tidak betah membiarkan adiknya rapat dengan sesiapa buat masa sekarang. Bimbang perkara buruk berlaku. Kerana Marissa orangnya mudah percayakan sesiapa pun yang baik dengannya.

“Cik, baru pindah sini?“ suara wanita berpurdah menegur Mardiana perlahan.

“Ya. Baru tiga hari,“

“Hati-hatilah, cik. Kawasan ni ramai ibu ayam," suaranya perlahan tapi sedikit sinis nadanya.

Mardiana diam tak memberi apa-apa reaksi. Di dalam hatinya mulai berasa pelik. Apa kena mengena ibu ayam dengan diri dia?

"Saya cuma nak pesan."

Ting.
Tingkat 12. Perempuan itu terus keluar dari lif. Tinggallah Mardiana terpinga-pinga.

Keesokan paginya ketika menunggu pintu lif dibuka, Mardiana cuba hubungi Marissa. Tetapi gagal dihubungi. Satu demi satu pesanan dihantar.

Tiba di tingkat 12, perempuan berpurdah sekali lagi ditemuinya. Mardiana hanya mengangguk memberi hormat.

“Marissa cuba jawab soalan kakak ni. Satu malam tak balik. Kakak pesan jangan tidur rumah orang kenapa degil ni?“

Mendidih pula hati Mardiana bila Marissa matikan telefon pintarnya dari semalam petang.

“Marissa yang selalu ikut Cik Angie tu ke?“

Mardiana terkejut. Bagaimana dia tahu?

“Usah ditanya ke mana. Nampaknya sudah terlambat,“

“Kenapa?"

"Kalau ikut ibu ayam tu faham-fahamlah dibawa ke mana," setelah menamatkan butir bicaranya, perempuan itu meninggalkan Mardiana.

Ibu ayam?

Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, Mardiana tidak dapat duduk dengan tenteram. Sesekali Nadia mengerling juga ke cermin pandang belakang.

“Kau ni kenapa?“

“Risau Marissa tak balik,“

“kau tak tahu Marissa ke mana?“

Mardiana menggelengkan kepala.

“Dia ikut Dato’ Rizman. Aku fikir kau dah tahu sebab kau biarkan je Cik Angie jumpa dato dengan sugardaddy,“

Terus mengembang rasa kepalanya, darah hangat seakan naik berkumpul di kepala. Hati mula rasa terbakar. Kenapa Marissa terjebak dengan perkara tak bermoral itu lagi?

Tidak percaya Marissa membelakangkan dirinya. Mardiana mula menangis tanpa rasa segan silu pada Nadia.

“Bukan dari dulu ke Marissa buat kerja macam tu? Kau kakak dia tak mungkin kau tak tahu,“

Mardiana cuma menggelengkan kepala. Dato’ Rizman memang perosak! Akhirnya Marissa kembali pada orang tua gemuk itu semula. Tidak dapat menahan rasa sakit hatinya, Mardiana tidak mahu masuk kerja.

“Aku tak ingin kerja dengan ibu ayam!“

Beberapa kali Nadia memanggil, dia tetap tidak berpaling.

Mardiana terduduk di tepi tembok restoran sebelah Dave Cafe. Menangis semahu-mahunya.

Tidak disedari, Shamila sedang mengintainya di celah cermin kaca yang sedang dilap tidak jauh dari tempat Mardiana.

“Hello, kenapa lambat on handphone? Kakak penat fikirkan kau tahu tak? Pergi mana?“

Diam seketika. Shamila mendekatkan telinganya cuba mendengar perbualan seterusnya.

“Pergi mana ni? Rumah Cik Angie? Kakak nampak dia datang cafe. Jangan tipu kakak! Apa? Kau berdua dengan Dato’ Rizman dalam rumah Cik Angie?! Melampau!!“

“Kakak ke sana. Kau jangan ke mana-mana! Nak jumpa Cik Angie dulu. Kerja gila betul ni!!“

Talian diputuskan. Mardiana berlari ke Dave Cafe. Dia akan bersemuka dengan Angie. Tak akan biarkan Angie mengambil kesempatan ke atas adiknya.

“Budak mentah! Tunggu kau selesaikan masalah? Rizman hilang dulu,“

“Puan Rosy, saya terpaksa ambil cuti. Hari ni saya kena jumpa pakar. Maaf, sudah ditangguh dua bulan.“ muka kesian Shamila dikerling Puan Rosy.

“Pergilah. Saya bagi cuti hari ni,“

Langsung tidak bertanya jumpa pakar apa, mudah ditipu kau ni! Hahaha...

Tidak berlengah lagi, setelah mengucapkan terima kasih, Shamila terus keluar menahan sebuah teksi. Sudah lama dia tahu di mana tempat tinggal Angie.

Sudah kerap Dato’ Rizman ikut balik ke rumah Angie. Sudah lama Shamila berdendam.

“Kedai Floramantik Seksyen 13 encik,“

“Baik,“ pemandu teksi membalas dengan hormat.

*****************

Ding dong...

Ding dong....

Marissa yang baru keluar dari dapur mula berdebar kerana bimbang Mardiana akan mengamuk melihat Dato’ Rizman ada di bilik.

Pintu papan dibuka perlahan. Tidak dikuak terlalu luas.

“Selamat pagi, Cik Marissa. Ada kiriman bunga untuk Cik Marissa yang cantik,“

Wajah Marissa terukir senyuman indah.

“Pandainya darling buat surprise,“ mukanya berpaling ke arah bilik. Tersenyum melihat Dato’ Rizman yang sedang berdengkur.

“Maafkan saya, Cik. Harga sebenar bunga ni terpaksa kami tambah lagi RM50. Sebab kami pilih gred yang lebih bagus dari semalam. Sampaikan ucapan maaf dari pihak Floramantik untuk Dato’,“

“Ehh, tak mengapa sis. Mahal lagi bagus, sesuai dengan saya yang cantik ni,hehe.." Marissa berseloroh lalu membuka pintu seluasnya.

"Tunggu ya, saya ambil duit."

Sebelum bunga bertukar tangan, Marissa menuju ke meja telefon untuk mengambil duit dari dompet Dato' Rizman.

Tidak langsung diduga di sebalik wanita berpurdah itu sebenarnya adalah Shamila. Wanita yang telah lama menunggu masa untuk mencabut nyawa Marissa dan Dato' Rizman.

"Haa, ini RM100 saya bagi tips untuk awak. RM50 bayar duit bunga,"

Tiga keping note 50 dihulurkan. Jambangan bunga cuba disambut dengan perasaan manis di hati.

Zassss !!!!

Satu tusukan pisau menembusi abdoman Marissa.

"Kau...???"

Zassss!!!

Bilah pisau kedua terbenam di leher Marissa. Tiada butir kata yang mampu Marissa lontarkan. Darah membuak-buak keluar. Anak matanya semakin mengecil.

Lantai telah dibasahi darah segar.Tubuh Marissa menggelupur seperti ayam disembelih.

"Ini balasan untuk kau yang suka melayan suami orang!!"

"Selamat tinggal perempuan jijik! Sebab kau juga Irfan mati!!"

Kedua bilah pisau dicabutnya satu persatu. Kemudian ditusuk sekuat hati kedua belah mata Marissa.

Tubuh Marissa hanya menggelitik seketika. Lalu terdiam kaku. Shamila tersenyum puas. Mencabut kedua belah pisau dengan serentak.

Kepalanya berpaling ke arah bilik yang ternganga pintunya. Sekujur tubuh lelaki tua dan gemuk sedang lena meniarap di atas katil.

"Lena tidur kau ye, Rizman? Kalau dengan aku kau kata rimas! Panas! Busuk!!"

Shamila melangkah perlahan ke dalam bilik. Telah lama dia tidak menatap wajah lelaki itu ketika tidur lena. Bangkit perasaan rindu, sebak yang tak tertahan.

"Kalau aku tak mampu membuat kau bahagia, biarlah aku buat kau mati, Rizman!!!"

Zass Zasss Zassss...

"Huwarghhhhh....sii siapa kau!?"

Tiga tikaman dibenam ke tengkuk dan pinggang Dato' Rizman. Tanpa sedikit belas kasihan. Tiada langsung perasaan sayang lagi.

"Aku Shamila! Perempuan malang yang kau buang!!" Shamila terjerit histeria di depan lelaki yang dulunya sangat dicintai.

"Hidup aku musnah, aku masih boleh sabar....anak aku mati, kau tahu tak anak aku mati sebab kau?!"

"Mila...aku minta maaf, arghhhh! Lepaskan aku Milaaa...to..long," Dato’ Rizman memusingkan badannya dengan seribu kesakitan.

Anak mata pisau tidak mengenal sesiapa, Shamila mengangkat tinggi kedua tangannya. Lalu ditusuk halkum Dato' Rizman dengan dua bilah pisau.

Shamila melepaskan tangannya. Dibiarkan pisau terbenam di situ. Biar dendamnya pergi bersama ajal Dato' Rizman.

"Padan muka kau, Rizman! Pergi minta maaf dengan Irfan, pergi!!"

Dato' Rizman tidak bernafas lagi, hanya matanya masih terbeliak luas. Shamila terduduk di atas lantai, lantai yang merah dibasahi darah Dato' Rizman.

"Tinggal seorang lagi. Mardiana! Aku nak hapuskan semua baka Adnan dan Rohaila. Baka busuk! Jahat!!“

Debukkk!!!

Satu benda keras menghentam kepala Shamila dari belakang. Bersepai kepala Shamila sehingga terkeluar isi otak dan biji matanya. Bersemburan darah merah pekat. Menggelupur tidak lama. Kini tak bernyawa lagi.

“Marissa baka busuk. Aku baik, hahahahahahah.....“

“Selamat tinggal semua manusia bangsat!“

“Terima kasih Cik Mila tolong bunuhkan Marissa manusia paling aku benci. Senang kerja aku,“

Sebuah patung kayu seberat 10 kilogram jatuh terlepas dari kedua tangannya.

***************

Sewaktu jam menghampiri 10 pagi, Nadia berasa hairan kerana majikannya Angie tidak keluar langsung dari pejabatnya. Sepatutnya dari jam 8 lagi Angie akan memesan sarapan pagi dari stafnya.

Setelah masuk ke pejabat Angie, didapati Angie sedang terbaring di atas lantai dengan keadaan kepalanya pecah. Sebatang kayu besbol yang mempunyai kesan darah berada tidak jauh dari mayat Angie.

“Mardiana. Dia orang terakhir masuk jumpa Cik Angie!“ jerit Nadia.

Setengah jam kemudian.

Kediaman Angie diserbu sepasukan polis. Pintu kondo tersebut ternganga luas. Kelihatan mayat Marissa di ruang tamu.

Anggota polis terlihat mayat Dato’ Rizman pula sudah kaku di atas katil.

“Kenapa? Kenapa? Kenapa bunuh adik aku, huwuwuwuuuu....,“

Suara Mardiana menangis mendayu-dayu menggoncang bahu Shamila yang tiada bernafas lagi. Perkataan yang sama diulang-ulang.

**********

Kini, langkah kaki Mardiana kembali ke hospital pesakit mental. Di bibirnya tidak henti menyebut nama Marissa. Tidak henti bertanya kenapa bunuh adiknya.

Kerana ada rekod mengalamai sakit jiwa sebelum ini, maka terlepaslah Mardiana dari hukuman gantung.

“Bosan nanti aku keluarlah dari sangkar batu ini, hehehehehehe.......“

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience