Hai, Mardiana.“
“Kau?“
Setelah dibuang topeng wajah nenek tua, terpampang wajah lelaki yang Mardiana sangat kenali.
IRFAN GHADAFI!
Renungan mata setajam mata anak panah. Senyuman sinis disulami tawa kecil namun bunyinya sangat menyakitkan hati.
“Kenapa? Terkejut?“
Kini dua manusia di depan mereka sedang beradu gelak yang menjengkelkan. Seronok melihat Mardiana dan Marissa terkaku dengan mata tak berkedip.
“Auntie Shamila?“ Marissa bersuara.
“Ya, bodoh! Inilah isteri Dato’ Rizman yang kau tiduri sejak kau masih sekolah !“ jerit Irfan Ghadafi pada Marissa.
“Sebab Marissa anak anjing inilah mama aku selalu dipukul bapak tak berhati perut tu. Cuma Marissa, Marissa, Marissa yang jantan tua tu gilakan!“
Sebelum Shamila mengalami tekanan jiwa, satu pergaduhan besar berlaku antara mereka tiga beranak. Irfan Ghadafi tetap pertahankan Shamila. Namun Dato’ Rizman tidak membiarkan anak dan isterinya biadab terhadapnya.
Suatu malam ketika Shamila sedang bersendirian di dalam lif di kondominium mereka, Dato’ Rizman telah mengupah orang untuk menyimbah asid ke muka Shamila.
Sempat Shamila menutup mukanya dengan beg tangan besarnya. Sejak itu jiwa Shamila semakin tertekan. Keadaan dirinya yang semakin hodoh menjadi bahan ejekan Dato’ Rizman.
Hari berganti hari, Shamila gagal mengawal perasaannya. Apa lagi bila Dato’ Rizman telah menceraikan dia dan menghalau Shamila dan Irfan Ghadafi keluar dari rumah.
Akhirnya Shamila gila.
Sewaktu Shamila dihantar ke hospital Tanjung Rambutan, Irfan Ghadafi membawa diri ke Singapura. Bekerja seketika di sana.
Perginya membawa dendam membara di hati. Ibu dikasihi tidak lagi bersikap waras. Ketawa dan menangis bersilih ganti tak mengira waktu.
"Tunggulah anak mama balas dendam untuk mama."
Sejak merantau ke negara orang, Irfan Ghadafi tidak berhenti berhubung melalui whatsapp dengan Mardiana. Dia akan pegang gadis ini sebagai umpannya.
Dendam harus dibalas. Tapi bukan dengan cara melulu tanpa jerat yang disusun rapi. Selagi Shamila masih di wad sakit mental, Irfan Ghadafi akan bersabar untuk menjerat keluarga dua gadis ini.
Setelah setahun berada di Singapura, Irfan Ghadafi pulang semula kerana keadaan Shamila bertambah baik. Melonjak kegirangan hatinya bila doktor pakar sakit mental menyatakan keadaan Shamila telah kembali normal.
“Ibu kamu dibenarkan keluar,“
Itulah kata-kata yang memberi semangat untuk Irfan Ghadafi kembali menjaga Shamila. Dia berjanji pada Shamila akan mendapatkan keadilan untuk ibunya.
“Mama rindu papa. Kenapa papa tak rindukan mama?“
"Sabarlah, ma. Kita kena hapuskan keluarga perempuan tak guna tu dulu, ma. Sabar ye?"
Begitulah keadaan Shamila yang setiap masa bersedih merindui suami yang telah buang jauh dirinya. Selalu memikirkan nasib malangnya membuatkan dia terus tertekan.
"Nanny aku mana?" Mardiana mula terbayangkan sesuatu yang buruk telah berlaku pada nanny.
"Perempuan tua yang dibuang mak bapak kau tu? Aku dah bunuh! Mayat dia ada aku simenkan bawah bilik stor."
"Kejamnya kau, Irfan. Aku sangkakan kau baik," Mardiana memeluk Marissa sambil menangis teresak-esak. Nanny yang mereka sayangi rupa-rupanya telah tiada di dunia ini.
"Selama ni kau mengambil berat pada aku, silap diri aku percayakan lakonan kau. Aku sangkakan kau di Singapura,"
"Kau percayakan nombor aku tu masih aktif? Lemah! Aku cuma kekalkan nombor lama tu untuk berwhatsapp dengan kau. Pernah kau cuba call aku? Masuk? Tidak kan? Hahahahahaha...."
Baru Mardiana sedar kini, dia telah ditipu hidup-hidup. Patutlah selalu nampak Irfan Ghadafi dalam talian di applilasi whatsapp, dalam masa yang sama bila dihubungi langsung tidak dapat, kecuali kalau membuat panggilan whatsapp.
Irfan Ghadafi bercerita lagi.
Shamila berpura-pura meminta kerja sebagai orang gaji di rumah nanny. Dalam masa seminggu tinggal di rumah itu, dia mula mengikuti rancangan jahat anaknya.
"Nenek kau dah pesan jangan datang. Kau yang degil. Malam itulah aku hentak kepala nenek kau dengan batu. Dasar keturunan anjing!!"
Nanny...sebak hati Marissa dan Mardiana mengenangkan nasib nanny. Kerana anak cucu nany pula
Yang menjadi mangsa. Tiada guna menangis hiba kerana tak mampu menghidupkan nanny semula.
"Irfan. Aku mohon beri peluang malam ni aku nak habiskan masa dengan Marissa. Tolonglah, Irfan."
Marissa tersentak. Irfan dan Shamila berpandangan.
"Kalau kau nak bunuh adik aku, kau bunuhlah. Aku juga sakit hati dengan layanan ibu dan ayah selama ni. Mungkin ini saja cara Marissa menebus semua kesalahan dia," aku tenang ketika ini.
"Kak, tak sangka akak pun..."
"Kakak relakan Irfan buat apa saja pada kau, dik. Ingat, setiap kejahatan itu pasti ada balasannya."
Mardiana menolak badan Marissa. Seakan dia juga ingin melepaskan apa yang terbuku di hatinya.
Irfan terdiam lama. Memandang wajah Shamila berulang kali.
"Biarlah malam ini aku lepaskan apa yang aku pendam selama ni pada Marissa. Lama aku terseksa. Lama aku menderita sebab dia,"
Tangisan Marissa semakin kuat. Ketika tangannya mula memukul bahu Mardiana dengan lemah dan terketar-ketar, Mardiana menolaknya.
Shamila mula ketawa, seronok melihat Marissa menangis meraung. Rayuannya tidak Mardiana pedulikan.
"Baiklah, malam ni kau ceritalah puas-puas. Esok awal pagi aku nak simenkan perempuan murahan perosak rumahtangga orang ni."
Angguk. Mardiana tidak lagi berkata-kata. Dibiarkan Marissa terus menangis menjerit histeria.
"Aku harap kau bersama aku dan mama. Kita bina hidup baru, Mardiana." Irfan Ghadafi memegang pipi Mardiana yang basah dengan airmata.
"Sudah lama aku ingin hidup bahagia," balasan yang Mardiana berikan membuat Irfan Ghadafi tersenyum dengan hati memekar bahagia.
"Kakak zalim! Sanggup buat macam ni..,"
"Memang bahagian kau!"
Shamila dan Irfan Ghadafi meninggalkan bilik itu dengan rasa puas. Marissa tetap akan mereka hapuskan seperti mana yang mereka janjikan sebelum ini.
Selagi tidak dilenyapkan dari dunia ini, segala dendam di hati tidak akan terpadam.
"Kenapa kakak sanggup buat adik macam ni?" sikap Mardiana membuatkan hatinya luka.
"Sebab kau jahat! Sebab kaulah keluarga Irfan hancur! Kau masih nak kakak bela diri kau?"
“Selama ni pernah kau hormat aku? Kau jadikan aku orang gaji kau!“
Meledak kemarahan Mardiana lepaskan pada Marissa. Tidak sedar dua pasang telinga sedang mendengar di balik pintu. Lalu Irfan dan Shamila saling tersenyum. Berlalu dengan kepuasan di hati.
Bagi mereka dua beranak ini, mereka telah menang. Akhirnya Mardiana bersama mereka nanti. Dan, akhirnya Marissa akan menjejaki nanny, kedua ibu dan ayah mereka.
““““““““““““““““““““““““““““““““
Di dalam kepekatan malam, dua sosok tubuh sedang meredah malam bersama ketakutan bercampur kedinginan yang menyucuk seluruh badan.
“Kakak! Kaki adik sakit...,“
“Cepat, dik. Kita lari sejauh yang boleh,“
“Ke mana?“ kakinya tidak mampu dihayun lagi. Langkah Marissa terhenti.
“Ke mana saje asalkan pergi jauh dari dua beranak iblis tu,“
Nafas Mardiana dan Marissa tercungap-cungap. Telah jauh mereka berlari meninggalkan banglo usang yang sedang marak apinya.
Sesekali menoleh ke belakang, langit menjadi merah bagai lahar sedang memuntah keluar dari bumbung banglo nanny.
Ikhtiar terakhir Mardiana selepas hampir sejam berpura-pura memaki hamun adiknya, dia mengikat kain cadar dan selimut agar menjadi tali untuk mereka meloloskan diri melalui tingkap.
Ketika dia bisikan di telinga Marissa menyatakan usahanya untuk menyelamatkan diri mereka berdua, Marissa tersedu sedan memeluk kakaknya. Tidak disangka Mardiana masih sayangkan dirinya.
“Sekarang tinggal kita berdua. Kaulah satu-satunya darah dagingku,"
Sebelum melarikan diri, Mardiana telah memasang mangga di pintu bilik Shamila dan pintu bilik Irfan Ghadafi. Segala pintu telah dikunci dan dibawa kuncinya bersama.
Setelah pasti semuanya telah dikunci, Mardiana menuang minyak tanah di tangga menuju ke bilik Irfan Ghadafi. Kemudian giliran pintu bilik Shamila pula. Selebihnya dia biarkan api terus menyambar lantai dan tangga dari tingkat atas menuju ke ruang tamu.
Jeritan Irfan Ghadafi dan Shamila dibiarkan. Manusia sebegitu seharusnya mati. Setelah berjaya turun dari tingkap bilik di tingkat atas, mereka berlari masuk ke arah kawasan berpokok.
"Terima kasih kerana tak tinggalkan adik,"
Mardiana hanya tersenyum dan terus menarik tangan Marissa mengikut ke mana saje langkah kakinya.
"Mati juga akhirnya! Padan muka mak dengan anak iblis tu! Tergamak bunuh nanny dengan ibu ayah kita," Mardiana tak dapat menahan sakit di hati.
Setelah penat menyusuri jalan hutan, Mardiana menarik adiknya mengikuti jalan besar. Jika mereka bertahan, tidak lama lagi akan tiba di deretan kedai tempat Saifudin berhenti membeli makanan dan minuman.
"Sampai luar nanti kita minta bantuan,"
Marissa mengangguk. Rasa tenang bila Mardiana tidak tinggalkan dia seorang diri. Walau pun Mardiana mempunyai pilihan untuk hidup bahagia bersama Irfan Ghadafi.
Dari jauh mereka melihat cahaya lampu kereta bergerak perlahan dan menghampiri mereka. Hati Mardiana mula bimbang. Tak mungkin kereta peronda.
Ternyata kereta itu datang ke arah mereka.
“Kakak, itu...,“
Setelah cermin kereta diturunkan. Terpampang wajah seseorang yang baru mereka kenali.
“Marissa, Mardiana. Naiklah cepat!“
Saifudin membuka pintu hadapan.
Ada sinar harapan untuk mereka kali ini. Mardiana memeluk adiknya seketika lalu disuruh duduk di bahagian depan.
“Nasib baik abang sampai,“ Marissa melonjak kegirangan. Seakan-akan hilang semua sakit di badannya.
Mardiana duduk di belakang Saifudin. Lega hatinya berjumpa dengan lelaki yang baik ini.
“Maaflah, abang baru baca mesej Mardiana. Baru nak ke banglo nanny tengok keadaan kamu...,“
“Tak perlu ke sana lagi. Saya dah bakar dua manusia jahat tu,“
Kereta terhenti di tengah jalan. Mardiana dan Marissa tersengguk ke hadapan. Kepala Marissa hampir terhantuk ke cermin.
“Maaf. Abang terpaksa tekan brek. Ada biawak melintas,“
Marissa tersenyum. Manakala Mardiana hanya mendiamkan diri.
“Nasib baiklah kamu berdua sempat selamatkan diri. Kalau terlambat tadi mungkin dah jadi mangsa Irfan dengan mak dia,“
Suara Saifudin sedikit bergetar.
“Nak ke mana ni?“ soalnya.
“Balai polis. Tapi sebelum tu, boleh tak singgah di 7eleven? Kami lapar,“
Saifudin mengangguk. Dia mulai tidak bersuara.
Suasana sepi sesepi malam yang dingin dan kelam.
Mardiana cuma ingin selamatkan dirinya dengan Marissa. Walau pun dia tahu besar kesalahannya membunuh Irfan dan Shamila. Dia tiada pilihan lain.
Tidak lama kemudian, kereta berhenti tidak jauh dari deretan kedai. Hanya 7eleven yang beroperasi ketika itu.
“Calpis anggur jangan lupa,“ riang nada suara Marissa.
Saifudin tertunduk meraba koceknya mencari sesuatu. Rambut panjang melepas bahu berkilau diterangi cahaya lampu dalam kereta.
“Arghhhhh!! Mar..kau!!!“
Sebilah gunting hitam berkilat Mardiana tusuk sekuat hatinya ke pangkal leher Saifudin. Darah hangat memancut keluar tanpa henti.
Jeritan Saifudin tidak diendahkan. Dia meronta dan cuba memusingkan badan ke belakang. Gunting masih di tangan Mardiana bersama wajah separuh gilanya.
“Perempuan sial!“ Saifudin mula naik gila.
“Kakak! Kenapa..,“ Marissa panik melihat keadaan Saifudin.
Dengan kekuatan yang masih tersisa, Saifudin memusingkan badannya dan cuba menerkam Mardiana.
“Mampuslah kau!“ Mardiana tidak mengalah walau pun tangan lelaki ini telah mencekik lehernya.
Satu tusukan menembusi perut Saifudin. Membuak-buak darah keluar membasahi tangan Mardiana. Kemudian satu lagi tusukan Mardiana benamkan di kerongkong Saifudin.
Mereka bertentangan mata seketika. Saifudin tidak berdaya melawan. Nyawanya semakin tipis. Tidak terduga dia akan mati di tangan seorang gadis berusia 19 tahun.
“Aku tak bagitahu pun siapa dalam rumah tu. Macam mana kau boleh tahu ada Irfan? Sebenarnya kau adalah Irfan!“
“Pandai kau menyamar. Tak sia-sia kau masuk kelas teater dan lakonan di Singapura. Aku jumpa gambar-gambar kau dengan berbagai rupa bentuk dan pakaian mengikut watak. Kau nak psiko aku?“
Topi di kepala Irfan Ghadafi terlucut bersama rambut palsu berkilat. Hanya suara mengerang kesakitan yang keluar dari mulutnya. Mata Irfan Ghadafi semakin bergaris rapat dalam menahan sakit.
“Setakat cerah dan gelapkan kulit kau, tambah kening dan misai palsu kau ni, aku tak bodoh lagilah!"
"Apa lagi dengan rambut palsu macam ni berlambak dalam bilik solek Marissa. Kau ubah nada suara kau macam mana pun tak dapat menipu aku, Irfan!“
"Selamat jalan, Irfan. Pergi mati dengan mak kau sana, hahahahahahahah.."
Tubuh Irfan Ghadafi terkulai rebah di seat kereta pemandu. Puas hati Mardiana. Lelaki yang telah bunuh nanny kesayangannya serta kedua ibu bapa mereka kini telah mati di dalam tangannya.
Cahaya biru semakin menghampiri kereta mereka.
"Kakak, kereta polis makin dekat. Kita nak buat apa ni?" menggigil tubuh Marissa melihat kereta peronda mendekati mereka.
"Adik, kita ada rekod mental dan anxiety. kita teruskan jadi orang mental dalam setahun dua ni," tenang suara Mardiana.
"Maksud kakak?"
"Kalau kita gila, kita dimasukan ke wad sakit jiwa. Dua tahun tak lama Sayang. Duduk diam-diam dalam tu. Dah bosan nanti kita keluarlah. Sekarang pun kita tak ada hala tuju. Ikut pesan kakak kalau tak nak masuk penjara,"
Marissa semakin faham maksud Mardiana. Dunia luar lebih kejam dari dunia terselindung di hospital sakit mental. Apa lagi penjara. Marissa angguk tanda faham apa yang Mardiana maksudkan.
"Asalkan kita tetap bersama, kakak sanggup jadi orang gila. Selama ini pun ibu ayah sudah cukup buat akak sakit mental,"
"Maafkan adikmu, kak"
Airmata mengalir jua. Mardiana menjerit sekuat hati bila melihat dua anggota polis turun dari kereta. Jeritannya didengari oleh kedua anggota tersebut.
Tiba-tiba Marissa pula ketawa mengilai dalam tangisan. Kedua anggota polis yang membuka pintu depan terkejut melihat keadaan hiruk-pikuk dua gadis kembar ini bersama mayat seorang lelaki.
"Cik?"
"Bangunlah abang! Tadi ajak pergi beli calpis anggur, hahahaha..bangunlah. Nak air sedap...abang!"
Marissa menggoyangkan bahu irfan Ghadafi yang tidak bernafas lagi. Hilaian ketawa berselang seli dengan tangisan sungguh menakutkan.
Mardiana pula menjerit meraung memegang gunting di tangan yang sedang menggeletar kuat.
"Letakkan gunting itu, cik"
"Tak mahu! Di..dia nak rogol saya! Dia nak bunuh saya , saya takut!! Saya suruh dia tidur dulu, encik. Tengok ni..dia dah tidur," Mardiana menepuk belakang bahu Irfan Ghadafi sambil ketawa.
Malam itu, Marissa dan Mardiana dibawa ke balai polis. kelakuan mereka tetap seperti mula-mula ditemui. Setelah penat ketawa dan menangis, mereka berpelukan menyanyikan lagu-lagu yang biasa nanny dodoikan sewaktu kecil.
Pelukan hangat itu seakan tidak mahu terlerai.
****************
Berita Tempatan.
Jumaat
21 November 20XX
Sepasang adik-beradik kembar bebas dari tuduhan membunuh lelaki bernama Irfan Ghadafi kerana kedua-duanya mempunyai rekod masalah mental. Mereka kini dimasukkan ke hospital sakit jiwa untuk pemantauan doktor pakar.
***************
"Kali ni kau berdua terlepas. Tunggu aku datang. Aku juga sakit jwa macam kau berdua! Tapi aku kena hapuskan Rizman dulu,"
Di bawah terik matahari, sekujur tubuh kurus dibaluti jubah dan wajah yang ditutupi purdah sedang menghampiri tong sampah. keratan suratkhabar tadi disimpan dalam beg. Lalu disumbat naskah suratkhabar ke dalam tong sampah.
"Kau bertiga akan mati tersiksa macam yang anak aku rasa."
"Irfan, tunggu mama di syurga."
#karyapanda
Share this novel