02 MARDIANA BAWA MARISSA PERGI.

Horror & Thriller Completed 1340

MARISSA MARDIANA
Episod 2

Sekelip mata Allah tarik nyawa kedua orang tuaku. Mereka tak pernah sakit. Sekelip mata juga aku terlepas dari kurungan mereka. Dalam kesedihan kehilangan mereka, aku syukur kerana aku kini BEBAS.

Mereka sangat menjaga kesihatan diri dengan pelbagai supplement yang ditelan. Badan sihat tiptop sentiasa. Sentiasa nampak muda jauh dari usia sebenar.

Aku sangkakan mereka akan hidup lebih lama dari orang tua lain. Nanny juga sudah lewat 70. Mungkin ayah dan ibu boleh capai 90 ke 100. Hahaha ! Sangkaanku meleset.

Benarlah nyawa hanya satu pinjaman. Tidak lambat dan tidak cepat walau sesaat pun. Pergi sudah insan yang merungut kerana melahirkan aku.
IBU DAN AYAH MATI
Pergi sudah lelaki yang membesarkan aku dengan makian berbakul-bakul. Lelaki yang tak pernah mengajar aku erti lasih sayang.

Bukan tidak redha. Aku cuma dibelenggu dengan persoalan demi persoalan. Kematian tragis ibu dan ayahku, menjadi tanda tanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan. Bukan kerana kemalangan biasa, mereka dibunuh ketika nyawa masih melekat dalam jasad.

Marissa pula traumanya mengubahkan diri dia menjadi bingung dan dungu. Tidak bercakap, tidak mahu berjumpa sesiapa. Meracau setiap kali tidur. Bercakap seorang diri di tepi jendela.

Sakit hatiku melihat kembarku begini. Bilakah Marissa akan sembuh? Aku cuma ada dia. Darah dagingku.

Selepas kemalangan yang disengajakan itu, sebulan lamanya Marissa ditahan di hospital bawah pemantauan pakar sakit jiwa. Hari ini Marissa dibenarkan pulang. Aku memeluk sepuas hatiku.

"Jangan tinggalkan kakak," aku merintih.

Marissa membalas pelukanku. Suaranya masih terkunci. Cuma mengeratkan lagi pelukannya. Pelukan hangat inilah yang aku rindukan selama ini.

"Kita balik. Kakak masakkan olio aglio untuk adik," aku rindukan kau, Marissa. Hatiku berbisik.

Rambut yang jatuh menutupi sebelah matanya, aku selitkan ke belakang telinganya. Dia mengangguk lemah bersama mata memandang ke bawah.

Hari-hari seterusnya aku tidak dapat menahan sabar lagi tinggal di rumah kami. Satu demi satu masalah timbul.

Tiga bulan lebih pemergian ibu dan ayah. Kami dikejar oleh pemungut hutang. Bukan sahaja dari pihak bank yang menghantar surat amaran menuntut bayaran untuk rumah besar ini, kemudian tiga kereta mewah yang ayah guna bersilih ganti.

Dato' Rizman berulang kali menelefon Marissa minta ditunaikan janji. Habuan telah diterima, Marissa kenalah penuhi permintaan sugardaddy muka seperti serombong kapal tak siap.

Puas aku minta Dato' Rizman beri masa untuk Marissa pulih seperti dulu. Ini bukan masa untuk adikku menjadi hamba pemuas nafsunya. Marissa sedang sakit menelan ubat penenang setiap hari.

"Kau ganti balik duit aku. 30ribu. Kalau tak dapat dalam masa seminggu, aku jual adik kau!"

Amaran keras dari lelaki tua gemuk penuh uban lagi hodoh tak sedar diri.

Bercakap seperti tiada undang-undang di negara kita. Cuma tahu pakai undang-undang hidung belang dia. Dasar lelaki busuk!

Malam itu sebelum aku melelapkan mata, Irfan Ghadafi menghubungiku.

"Mardiana, aku dengar berita uncle dengan auntie dah tak ada." Suara Irfan Ghadafi sedikit cemas.

Aku mengiyakan.

"Salam takziah dari aku. Kau kena kuat macam aku. Ok tak ni?" Nada suaranya bertukar sedikit ceria.

Terima kasih, Irfan. Aku tahu kau tidak mahu aku jatuh lemah dengan semua ujian dari Tuhan. Hanya kaulah sahabat yang aku ada.

"Kau ada masalah apa? Jangan sorok dari akulah,"

Pada mulanya aku cuba berlagak kuat. Tidak mahu dia tahu yang hati aku sekarang ini hampir lebur dan tidak dapat bertahan lagi dengan desakan dari pelbagai pihak. Marissa pula cuma tahu menangis dan menangis. Ada kalanya ketawa dan menyumpah seranah sendirian.

"Aku tak kuat tengok Marissa jadi macam tu, Irfan. Kalau boleh aku nak dia tabah terima hakikat. Memang pahit, aku pun terpaksa telan."

"Dengar cakap aku, Mardiana. Pergi jauh dari rumah itu. Semakin kau bertahan semakin kau penat seorang diri."

???????????????

Keesokannya, aku berfikir semula apa yang Irfan Ghadafi nasihat padaku. Benar kata-kata Irfan Ghadafi, aku kena keluar dari rumah ini.

Dengan kekusutan di kepala yang makin memberat, desakan dari pihak bank dan kuncu-kuncu upahan Dato’ Rizman punca aku terpaksa memikirkan jalan untuk keluar dari sini.

Tak perlu menunggu esok atau lusa, belum tentu ada yang dapat membantu aku dan Marissa. Kami seharusnya lari sekarang. Hati aku kuat mengatakan bahawa kami sedang diancam.

Biarlah kereta dan rumah dirampas pihak bank. Aku akan mula dari bawah untuk menyara Marissa. Kerja basuh pinggan di kedai makan pun aku sanggup buat.

Sekitar jam 11 malam aku mengajak Marissa keluar dari rumah kami. Walau tiada arah tujuan, tidak tahu di mana hentian kami. Aku harus pergi bersama Marissa.

Wajah Marissa jelas menunjukkan dia dalam kebingungan. Gadis yang tak pernah merasa kesusahan sebelum ini terpaksa menapak meredah malam yang pekat menuju ke destinasi yang tidak pasti.

Telefonku berbunyi.

“Mardiana, kau ok tak? Marissa mana?“

“Aku ok. Marissa ada dengan aku, Irfan.“

Hanya kaulah manusia di muka bumi ini mahu bertanya khabar aku dan Marissa. Biarpun kau jauh di Singapura mengejar impianmu. Kau tetap mengambil berat tentang kami.

Suara Irfan Ghadafi seperti baru melakukan senaman, bunyi nafasnya sangat kuat. Tidak kedengaran suara orang lain kecuali dia.

“Kau di mana, Irfan? Sunyi semacam je,“
“Memanglah sunyi, ramai dah tidur. Esok semua kerja awal pagi,“

Seperti sentap dengan soalanku bertanyakan kenapa sunyi sepi di tempatnya. Tapi hanya sekejap dia merungut, kemudian dia mula mengambil berat lagi.

“Ke mana kau nak bawa Marissa?“

“Entahlah, Irfan. Aku cuba menumpang mana-mana kereta yang sudi tumpangkan kami ke....,“

Jeda. Bungkam dengan kata-kata yang tiada arah tuju.

“Macam ni lah. Pergi cari nanny kau. Itu saja saudara yang kau dan Marissa ada,“

Nanny?

Ya, kenapa aku tak terfikirkan nanny?

“Tapi, nanny tak benarkan aku cari dia.“

“Jangan ambil hati cakap orang tua nyanyuk. Aku suruh Saifudin jemput kau dengan Marissa. Bagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience