Rate

BAB 3

Family Completed 438

“Pak cik nama apa?” Soal aku. Sengaja aku tanya untuk mulakan misi
pencarian aku.

“Kamis”.Aku hampir tergelak mendengar jawapan Pak Cik buta ini.

“Tok Wan cakap kalau sini sebut Jumaat dengan sebutan Jemat. Jadi
nama pak cik, Kamis.Orang dulu-dulu suka betul bagi nama anak guna nama
hari. Teringat pulak saya dengan Tok Wan yang pernah kata dengan saya
dia ada kawan nama Jemat di Kuching ini.” Sengaja aku pancing untuk
perbualan seterusnya.

“Jemat.”Sebut Pak Kamis sambil tersenyum dan menggelengkan kepala.

“Kenapa pak cik? Apa pak cik kenal orang yang bernama Jemat ini?”

“Jemat dia akan datang pada hari jumaat nanti. Bukan hari ini.”
Aku pelik dengan jawapan pak cik ini. Apa dia bergurau dengan aku. Jadi
aku nak gelak ke tak ni atau aku nak layan lawak dia ke apa.

“Maksud pak cik apa?”

“Ada seorang lelaki bertongkat. Selalu solat Jumaat di Masjid
India ni.”

“Bagaimana pak cik boleh tahu dia bertongkat. Pak cik kan..emm
maksud saya”

“Buta?.Nak, buta pak cik pada zahirnya, kamu lihat pak cik buta.
Tapi Allah dan bagi pakcik keupayaan yang lain. Pak cik boleh mendengar
dan menghidu dengan baik. Lebih baik daripada kamu yang celik
penglihatan. Macam kamu berdiri sebelah pak cik ni dari tadi pun pak cik
tahu. Walaupun kamu senyap sahaja.”

“Jadi saya datang salah hari ni ye pak cik. Lusa hari Jumaat.
Jumaat nanti saya ke sini.”

Aku berlalu pergi meninggalkan pak cik buta tadi. Aku berjalan menuju ke
waterfront. Kali ini aku berjalan kaki ke sana. Menurut Pak Cik Cina
yang menjual longan yang aku tanya sebentar tadi, dia kata tidak jauh
dari sini. Ya memang tidak jauh. Aku duduk di kerusi yang di seberang
sungai hadapanku tersergam indah bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Teringat Tok Wan sebelum menghembuskan nafas terakhir. Dia hanya berikan
aku gambar lorong ini dan nama Pak Jemat. Mujur dia sempat memberitahu
lorong ini berada di Kuching. Kalau tidak jenuh pula aku mencari di
merata negeri. Cumanya tok wan tidak sempat menceritakan yang
selebihnya. Dia hanya minta aku mencari Pak Jemat. Sejak sebulan yang
lalu nama Pak Jemat sentiasa dalam fikiran aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience