Rate

BAB 5

Family Completed 438

Aku tersentak dengan soalan Pak Kamis. Bagaimana dia tahu betapa
jahilnya aku. Pak Kamis memang buta. Tapi dia seperti dapat melihat apa
yang sedang berlaku dalam kehidupan aku. Mungkin kerana aku terlalu
mengagungkan hedonisme sehingga melupakan budaya timur dan nilai islam
dalam diri.

“Ramai yang seolah-olah mengerti merdeka itu maknanya apa. Tapi
berapa ramai yang melaluinya. Kau sendiri masih belum merdeka. Masih
belum bebas dari perkara yang menghalang kau untuk mentaati Allah. Tahun
ini sangat istimewa. Apabila sambutan hari kemerdekaan dan hari raya
aidiladha berlaku dalam minggu yang sama. Minggu depan kita akan
mennyambut kemerdekaan. 1 September pula kita akan menyambut raya
aidiladha. Ye betul. Pak cik buta. Tapi kamu lagi buta sebenarnya. Kau
tahu nama penuh pak cik apa?”

Pak Kamis berdiri dan mengambil tongkat di bawah kerusinya.
Sebelum berlalu pergi dia sempat berkata,

“Nama penuh pak cik ialah Kamisah Jemat bin Dollah dan pak cik
keturunan India Muslim.”

Aku hanya berdiri kaku melihat Pak Kamis atau Pak Jemat pergi
meninggalkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience