Rate

BAB 4

Family Completed 439

25 OGOS 2017

Hari yang aku tunggu telah tiba. Sebelum tengah hari, aku sempat berbual
dengan Pak Kamis. Aku belikan dia laksa Sarawak yang aku beli di kedai
makan itu. Sengaja aku pergi lagi ke kedai makan itu untuk melihat wajah
manis gadis muda yang mengambil pesanan itu. Menurut Pak Kamis, masjid
India ini telah di bina pada tahun 1837 oleh orang India muslim dari
selatan India. Tapi yang aku hairan papan tanda di atas pintu masjid
tertera masjid Bandar Kuching. Rupanya nama asal masjid ini ialah masjid
India. Pada tahun 1960an barulah ditukar kepada masjid bandar Kuching.
Namun orang tempatan sini mengelarkannya sebagai “masjid tambi”. Banyak
betul sejarah tempat ini. Patutlah di sini masih mengekalkan seni bina
sejarah. Sarawak memang banyak sejarah dan rahsia yang perlu aku
rungkai. Selesai solat Jumaat, aku cuba mencari lelaki bertongkat yang
berumur lebih kurang seperti Tok Wan. Akhirnya aku menjumpai seorang
seperti fizikal Pak Jemat. Aku cepat-cepat pergi ke arah lelaki tua
bertongkat itu. Aku sentuh bahu kirinya sambil menyebut nama Pak Jemat.
Ternyata aku salah orang. Itu bukan Pak Jemat, tapi Pak Senin. Aku
mengomel dalam hati. Selepas ini apa pula? Pak Rabu atau Pak Sabtu? Apa
yang Tuhan cuba uji aku ini. Susah betul mencari Pak Jemat. Cari seorang
jemat yang aku jumpa senin dan kamis. Permintaan terakhir Tok Wan
seperti menyusahkan aku. Aku pergi ke arah Pak Kamis mengadu nasib aku.
Aku tak jumpa Pak Jemat. Adakah Pak Kamis menipu aku.

“Anak muda darahnya cepat betul panas. Kurang sabar.”

“Pak cik, saya esok dah nak balik KL. Saya bercuti sekejap sahaja
pak cik. Kerja saya makan gaji. Kerja dengan majikan cina susah betul
dapat cuti. Cuti pula di ambil untuk benda yang sia-sia ini. Permintaan
terakhir Tok Wan memang menyusahkan saya.”

Pak Kamis hanya tersenyum. Sesekali terlihat orang ramai yang lalu
lalang menghulurkan wang kertas seringit di dalam bekas yang dipegang
Pak Kamis. Tisu sejak dari hari itu masih sama banyak.

“Kau lagi buta dari Pak Cik.”

“Buta? Saya tak faham”.

“Boleh kau beritahu pak cik apa bayanganmu tentang Pak Jemat?”

“Pak cik kata dia bertongkat, umur macam Pak Cik.”

“Kulit dia?”

“Apa maksud pak cik? Sudah tentu seperti saya. Sawo matang. Melayu
kulitnya hampir sama.”

“Ternyata kau masih belum mengerti.”

“Semakin saya bercakap dengan pak cik semakin saya tidak faham.
Apa yang pak cik cuba sampaikan.” Aku terasa hendak marahkan Pak Kamis.
Tapi mengenangkan keadaan dia dan faktor umur, aku tahan kemarahanku.

“Kau tahu di mana dana masjid ni diperoleh? Masjid ini mendapat
dana untuk beroperasi dengan sewaan 23 unit deretan kedai yang
kebanyakannya disewa oleh india muslim. Ada juga orang cina yang menyewa
di sini. Masjid ini unik. Kau sendiri boleh lihat kan. Terletak di
tengah-tengah deretan kedai yang menjual rempah ratus dan barangan
muslim. Siapa menyangka masjid ini boleh memuatkan seribu orang untuk
solat jumaat. Nampak kecil di pandangan luar, tapi bila masuk dalam
rupanya besar.”

Aku mendengus mendengar perjelasan Pak Kamis. Aku tidak mahu
mendengar semua sejarah atau dana masjid ini. Aku hanya mahu mencari Pak
Jemat.

“Apa makna merdeka bagi kamu?”

“Merdeka maksudnya bebas. Ya bebas. seperti Malaysia, bebas dari
penjajahan.” Aku malas meneruskan penjelasan aku. Aku bukannya orang
yang bersemangat patriotik. Subjek sejarah pun aku tak suka.

“Jadi adakah pak cik ini merdeka bagi kamu apabila masih duduk di
lorong sempit ini dan tidak hiraukan dunia luar? Biar pak cik beritahu
kamu apa itu kemerdekaan. Kalau ikutkan kemerdekaan itu banyak
maksudnya. Tapi kita berpegang pada sudut Islam. Betul kata kamu,
merdeka ialah bebas. Kebebasan bagi seorang manusia untuk tunduk dan
beribadah kepada TuhanNya tanpa halangan dan memenuhi keperluan
fitrahnya serta membuat pilihan ke atas dirinya tanpa paksaan atau
tekanan daripada sesiapa. Hakikatnya kemerdekaan sebenar di sisi islam
ialah apabila kita berjaya menewaskan hawa nafsu dan menghalang perkara
yang boleh menganggu ibadat kita kepada Allah. Sudah lama ya kamu
meninggalkan solat Jumaat? Bagaimana dengan yang wajib? Apa kamu tunaikan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience