Rate

BAB 1

Family Completed 438

22 OGOS 2017

Perjalanan dari lapangan terbang Kuching ke hotel Riverside Majestic
hanya mengambil masa kira-kira 20 minit sahaja. Jalan raya di sini tidak
sesak, tidak jem dan berjalan lancar. Teringat dengan omongan kawan aku
yang berasal dari Kuching semasa aku dalam pengajian ijazah sarjana aku
dulu di University of Southampton United Kingdom, di sini tiada bunyi
hon. Di sini bandarnya bersih. Aku hanya mengiyakan sahaja omongannya.
Ya, biasalah masing-masing mahu menangkan negeri sendiri. Begitu juga
kawanku Kelantan. Berpegang pada semangat Kelantannya - Budu, supek,
tubik. Aku langsung tidak faham maksud perkataan yang dia sebut. Sebab
itu aku jarang dengan mereka biarpun kami lahir di negara yang sama. Aku
lebih selesa berkawan dengan mat saleh dan minah saleh. Nilai melayu
semakin kurang dalam diri aku. Mungkin sejak di Malaysia lagi mama dan
papa aku sudah terapkan aku dengan budaya barat. Wang aku hulurkan
kepada pemandu uber. Setiba sahaja di bilik hotel, aku cuba merehatkan
badan. Esok ada perkara perlu aku selesaikan. Aku perlukan banyak tenaga
untuk itu. Gambar sebuah lorong aku amati lagi. Kata Tok Wan, aku perlu
cari Pak Jemat di lorong ini. Lorong ini terletak di Kuching. Tapi
tidakkah Tok Wan ini gila, Kuching kan besar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience