Pagi indah yang sangat mendamaikan.Kicauan burung-burung riuh kedengaran bagaikan sedang menyambut mesra kedatangan sinar suria pagi ini.Mentari pagi yang menembus masuk melalui langsir dengan lembut menyentuh wajah kecil gadis yang sedang lena diulit mimpi.
Satu keluhan kecil kedengaran dari gadis tersebut.
"Sayang,wake up.Awak kena ke hospital sebelum pukul 8 tau.Bangun or you will be late at your first day".Laung Datin Alina dari tingkat bawah.
Ammara Eidrina atau lebih mesra dengan panggilan Ara merupakan anak tunggal kepada Dato' Ali Khair dan Datin Ayu Alina,usahawan terkenal di Singapura.Keluarga mewah ini terkenal dengan sifat mereka yang dermawan dan sangat peramah tidak mengira pangkat atau darjat.Sifat rendah diri ibubapa Ammara telah menjadikan Ammara Eidrina turut mendapatkan perhatian dan kasih sayang daripada keluarga dan sahabat.
Memiliki fizikal yang boleh dikatakan sempurna,dengan kulit putih kemerahan,anak mata bewarna coklat cair,bibir yang nipis,ketinggian yang sederhana dan wajah yang mulus menjadikan Ammara lebih disenangi ramai walaupun terkadang dirinya juga merasa rimas.
Ammara juga adalah seorang gadis bijak yang kini sedang melanjutkan pelajaran akhirnya dalam bidang perubatan.Hari ini merupakan hari pertamanya sebagai dokter pelatih di sebuah hospital di Singapura.
"Okay Mommy".Ammara membalas lemah panggilan ibunya.
Dia dengan perlahan melangkah turun dari katil empuknya lalu mengatur langkah lemah ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
"Sooo refreshing".Kata Ammara setelah selesai mandi.
Ammara berjalan sambil bernyanyi perlahan menuju ke meja solek mewah nya yang diperbuat daripada kayu jati itu.Wajahnya yang tiada cela hanya dioles dengan pelembab dan pelindung cahaya matahari serta sedikit bedak berjenama Dior.Bibirnya pula diwarnai dengan lipstik bewarna nude dan sedikit maskara telah menyempurnakan solekannya pada pagi ini.
"Oh yaa,a little cute blusher".Omel Ammara setelah memerhatikan wajahnya pada cermin masih tidak lengkap solekkannya.
"Yes,i'm done".Sambungnya lagi setelah pemerah pipi yang dikenakan pada pipinya sudah memadai.
Kemeja merah hati dan seluar slack hitam disarung ke badannya.Untuk melengkapkan lagi dirinya,dia memakai sepasang subang emas berbentuk hati dan seutas rantai halus berloket bunga di lehernya.Rambutnya yang cantik di ikat kemas supaya terlihat lebih rapi dan selesa ketika menjalankan tugasnya.
Setelah selesai,Ammara segera mengambil beg komputer ribanya yang berisi segala dokumen dan kertas kerja untuk dibawa ke hospital.Beg tangan bernama Charles & Keith juga tidak dilupakan.
Ammara melangkah laju turun dari bilik tidurnya yang berada di tingkat 2 itu lalu menuju ke dapur untuk sarapan.
"Morning daddy,morning mommy".Sapa Ammara lalu mengucup pipi kedua ibubapanya.
"Morning sayang".Jawab Dato' Ali Khair dan isterinya serentak.
"Cik Muda maunya roti bakar atau nasi goreng nya ya?".Tanya Bibik Anom,salah satu orang gaji lama yang bekerja di rumah mewah tersebut.
"Roti aja bik,perut Ara tu udah penuh sama kuihnya yang dibikin bibik semalam.Udah enggak bisa masuk lagi nasinya".Usik Ammara sambil ketawa.
Dato' Ali dan Datin Alina ketawa kecil melihat puteri tunggalnya yang sangat gemar mengusik Bibik Anom.Bibik Anom sudah dianggap seperti keluarga sendiri setelah 25 tahun berkhidmat di rumah mereka.Ammara juga sejak dari bayi sudah begitu rapat dengan Bibik Anom.Kasih sayangnya kepada Bibik Anom tidak dapat dipisahkan.Sehinggakan ketika Bibik Anom pulang ke Indonesia untuk menziarahi keluarganya,Ammara Eidrina mengalami demam yang teruk kerana merindukannya.
Sifat Ammara yang peramah dan manja itu menjadikan orang di sekelilingnya selesa untuk bergaul dan berkawan dengannya tidak kira usia.
"Ammara pergi dulu ya,takut jammed kalau lambat nanti.Wish me a luck,mummy,daddy.I love you.Bibik Anom,doakan aku ya."Ucap Ammara sambil bersalaman sebelum keluar menuju ke keretanya.
Ammara sibuk dengan tugasan nya pada hari pertama sehingga tidak sedar sudah hampir waktu pulang.
"Thank you to all of you for today.I hope all of you can adapt with our jobs and respect your senior as long as they treat you well.Anything you want to know,just ask me or you can see Dokter Fakish.Enjoy and don't be late for this 6 months.Thank you." Ucap Dokter Balkish kepada pelajar-pelajar intern yang berada di bawah pengawasannya.
"Ara,please check the schedule back.I think our group will be on duty at night next week.I'm just can't wait for it".Kata Jess kepada Ammara.
"Yaa,indeed.Three of us will be on duty at night,next week.Let's try to adapt with everything before that week."Balas Ammara dengan yakin.
Hari pertama bertugas sebagai dokter pelatih membuatkan Ammara berasa sedikit lelah.Namun cita-citanya sejak kecil ingin menjadi seorang dokter membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk berusaha keras sekaligus dapat membanggakan kedua orang tuanya.
Kasih sayang Ammara Eidrina kepada keluarganya begitu teguh.Ammara membesar hanya dengan kasih sayang daripada ibu ,ayah serta pembantu rumahnya.Ketika di berusia 15 tahun,dia pernah merasa kesunyian kerana tidak mempunyai adik beradik yang lain.Namun,ayah dan ibunya sering membawa Ammara untuk bercuti dan menziarahi saudara maranya yang berada di Malaysia.Lama kelamaan Ammara sudah terbiasa kerana dia percaya dan yakin akan perasaan kasih ibu dan ayahnya juga sangat utuh buat dirinya.
"Assalamualaikum,i'm home".Sapa Ammara setelah turun dari kereta BMW miliknya,hadiah daripada Dato' Khair pada ulang tahun kelahirannya tahun lepas.
Dato' dan Datin yang sedang bersantai di laman rumah banglo milik mereka,segera menoleh untuk membalas sapaan anak tunggal kesayangannya.
"Waalaikumussalam.Hai sayang".Balas Datin Alina.
"Waalaikumussalam.How's your first day Ara?".Tanya Dato' Khair teruja.
"Okay,sangat okay.Tapi Ara masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan kerja dan kawan-kawan baru.And yes,Ara will start on duty at night next week.Boleh kan mummy,daddy?".Terang Ammara panjang lebar.
"Yes,that's your job,so how can i stop you,right?".Balas daddy Ammara sambil ketawa kecil.
Mereka bertiga mula berborak-borak kosong sambil riuh dengan gelak tawa manja Ammara.
Setelah beberapa minit,susuk tubub Bibik Anom kelihatan bersama seorang lagi pembantu rumah,Bibik Yaya sedang bergerak ke arah majikannya sambil menatang dua bekas dulang yang berisi teko dan beberapa jenis kuih sebagai hidangan petang.
"Hidangan untuk petang ini ya tuan,puan."Kata Bibik Yaya sambil berhati-hati menuangkan kopi panas di dalam cawan seramik dari Itali itu.
"Gimana tuh hari pertama Cik Muda?Baik-baik saja ya?Kelihatannya sedikit capek ya Cik Muda?".Sapa Bibik Anom pula setelah selesai menghidangkan kuih di atas meja.
"Ya lumayan bik.Tapi seru jugak deh kerna ramai orang orang hebat tuh di sana.Aku tuh jadi semangat loh".Balas Ammara seronok.
"Syukur deh begitu.Bibik tuh senang mendengarnya".Balas Bibik Anom kembali.
"Kami permisi ya tuan,puan,cik muda.Nanti perlukan apa-apa,panggil aja saya ya."Balas pula Bibik Yaya sebelum bergerak mengikuti langkah Bibik Anom masuk ke rumah.
"Ya,makasih bik".Balas Datin Alina.
Jamuan petang yang dihidangkan pada petang ini terasa begitu lazat bagi Ammara.Mungkin kerana hidangan tersebut dijamah ketika hatinya gembira dan puas dengan hasil usahanya yang kini semakin hampir dengan cita-citanya.
Sedang leka menikmati hidangan,tiba-tiba telefon milik Dato' Khair berbunyi tanda ada panggilan masuk.
"Assalamualaikum Abang Ali.Khadeeja ni".Sapa Khadeeja dalam talian.
Khadeeja merupakan adik bongsu kepada Dato' Ali Khair dan merupakan ibu saudara kesayangan Ammara.Dato' Ali Khair mempunyai 4 orang adik beradik dan dia merupakan anak ketiga.Abang sulungnya,Ali Kamarul bertugas sebagai Profesor di sebuah universiti di Kuala Lumpur,kakak keduanya,Khaira Aaisya pula adalah seorang dokter pakar ortopedik di hospital swasta yang bertempat di Melaka.Manakala adik bongsunya pula,Khadeeja Aaisya merupakan seorang pereka fesyen yang di iktiraf kelulusannya dari Itali serta sedang bertugas di sebuah syarikat fesyen terkemuka di Sabah dan masih belum berkahwin.
Ibu dan ayah Dato' Ali Khair pula sudah lama meninggal dunia ketika Ammara masih kecil dan kedua-duanya meninggal kerana sakit tua.Kejayaan Dato' Khair dan adik beradiknya telah menjadi buah mulut orang-orang kampung dan menjadi contoh kepada anak-anak muda lain yang tinggal di kampung halamannya,Perak.
Talian di telefon dimatikan.
"Kenapa tu abang?".Tanya Datin Alina ingin tahu.
"Khadeeja call.Dia ada di rumah Abang Long.Katanya dia orang nak ke sini hujung bulan ini.Sambil sambil Abang long dan Kak Ngah nak bawa anak-anak dia bercuti ke Singapore.Nak menginap di rumah kita.Awak setuju ke?".Balas Dato' Khair.
"Yeke?Eh boleh sangat lah.Kita pun dah lama tak jumpa mereka.Abang tu lah selalu sangat dengan kerja.Tambah pula anak dara kita ni tengah practical,lagi susah saya nak jalan-jalan ke Malaysia tau.Saya setuju sangat".Balas Datin Alina seronok.
"Eh kita pula dia bebelkan".Gurau Dato' Khair sambil diikuti dengan ketawa riang.
"Daddy,anak saudara Pak Ngah tu ikut juga tak?" Tanya Ammara ingin tahu.
"Anak saudara Pak Ngah yang mana?Ariq ke?".Tanya Datin Alina kembali.
Ammara mengangguk sambil tersenyum.
"Daddy rasa dia ada lah kot.Kan dia memang duduk dengan Pak Ngah lepas mak ayah dia bercerai.Kalau tak silap daddy,dia sekarang manager di sebuah syarikat di Melaka.".Balas Daddy Ammara.
"Ohh okay lah macamtu".Balas Ammara kembali.
Datin Ayu Alina saling berpandangan dengan suaminya selepas melihat wajah anaknya yang sedikit kemerahan.Mereka hanya tersenyum tanda tiada bantahan sekiranya Ara menyukai Ariq.
Malam indah menjadi semakin dingin.
Ammara Eidrina sedang lena dibuai mimpi-mimpi indah sambil menunggu mentari pagi yang akan menerpa kembali.
Share this novel