Tiga minggu kemudian....
Yeah,you can be the greatest,
You can be the best,
You can be the king kong,bangin' on your chest,
You can beat the world,
You can beat the war....
Lirik lagu "Hall of Fame" bermain-main di bibir Ammara.Hari minggu merupakan hari cuti baginya.Suasana pagi yang cerah dan nyaman membuatkan Ammara merasa lebih senang ketika berjoging di taman.Sudah hampir satu jam dia berlari-lari anak,akhirnya Ammara berhenti berehat di sebuah bangku yang disediakan menghadap tasik buatan yang sangat indah.
Kawasan taman rekreasi ini tidaklah jauh dari kawasan rumahnya.Hanya mengambil masa 15 minit jika menaiki kereta.Dan begitulah rutin Ammara setiap kali dia mempunyai masa terluang.Selain berada di bilik menyiapkan assingment,dia juga akan bersiar-siar di taman untuk menghirup udara segar.
Manakala di rumahnya..
Bunyi deruman tayar kereta semakin kuat menghampiri kawasan rumah Ammara.Saudaranya dari Malaysia kelihatan sudah tiba di perkarangan rumah Dato' Khair dan Datin Alina.
"Assalamualaikum Ali,Ayu".Sapa abang sulung kepada ayah Ammara,Ali Kamarul.
"Waalaikumussalam abanglong."Balas Dato' Khair dan Datin Ayu Alina sambil tersenyum gembira.
Mereka bersalaman dan berpeluk erat antara satu sama lain.Gelak tawa mereka pecah dengan gurauan daripada anak-anak saudara yang sudah semakin dewasa.
"Pak Uda,mana Kak Ara?Marissa tak nampak pun dari tadi."Tanya Marissa,anak buah Dato' Khair,anak dari kakak keduanya.
"Ohh Kak Ara dekat taman rekreasi.Kejap lagi balik lah tu dia."Balas Dato'Khair.
"Mari masuk,jemput masuk semua ya".Celah Datin Ayu Alina setelah merasa lama berbual di laman.
Ketika tetamu lain sedang berjalan memasuki pintu utama rumah Ammara,seorang lelaki tampan mula menegur Dato' Khair dengan silu.
"Pak Uda,Ariq nak ke taman rekreasi tu,boleh tak?".Tanya Ariq perlahan.Risau jika pertanyaannya akan dijadikan bahan jenaka sepupu-sepupunya.
"Yes,of course.Sekalian suruh Ara pulang ya.Hahahaha...Oh by the way,Ariq keluar je simpang rumah Pak Uda ni,ambil simpang kanan,lepas tu terus je.Nanti nampak lah taman tu.Dekat sangat".Balas Dato' Khair.
"Okay.Baik Pak Uda.Terima kasih.Ariq minta diri kejap ya".Balas Ariq Eidlan.
Ammara masih leka menikmati pemandangan yang terbentang luas di hadapannya.Angin yang bertiup sekali sekala seperti sengaja mengurai rambut-rambutnya sehingga menutupi wajah.Ammara dengan lembut meleraikan ikatan rambutnya dan mengikatnya kembali supaya lebih kemas.
Setelah merasa segar,Ammara bangun untuk menyambung lariannya.Ketika berlari anak,matanya tertumpu kepada sepasang kekasih yang sedang berseronok memberi makan kepada burung-burung merpati yang berada di kawasan tasik itu.Belum jauh meninggalkan bangku tadi,tiba-tiba Ammara melanggar badan seseorang sehingga menyebabkan tubuhnya hampir rebah ke tanah.Mujur tindakan lelaki itu merangkul pinggang Ammara dengan laju menyelamatkan dia daripada tersungkur.
Mata mereka bertentangan.Senyuman manis terukir di wajah lelaki tersebut.Ammara yang merasa tidak selesa dengan serta merta menolak tubuh lelaki tersebut dan menjarakkan dirinya.
"I'm really sorry.I didn't see you there,i'm careless.I'm really sorry".Ucap Ammara serius.
"Takpe.Saya okay.Awak okay ke?"Balas lelaki tadi.
"Oh ya.Saya okay.Sorry saya tak nampak tadi.By the way,terima kasih juga".Balas Ammara semula.
Lelaki tadi cuba menghulurkan tangan untuk berkenalan dan bersalaman dengan Ammara.Namun.........
"Saya gerak dulu ya.Dah nak masuk kerja.Bye".Ucap Ammara lalu berlari ke arah keretanya.
"Ishh geli lah.Ingat kalau dia handsome,dia boleh suka-suka ke nak salam,nak pegang-pegang.Geli betul lah".Omel Ammara selepas masuk ke dalam badan keretanya.
Ammara menghidupkan enjin keretanya lalu meluncur laju ke arah jalan untuk pulang.
Setibanya di rumah,dia kaget melihat beberapa buah kenderaan sudah memenuhi perkarangan rumahnya.
"Eh aku lupa.Harini kan paklong,makngah dan maksu datang.Aduh,aku dah lah comot berpeluh-peluh ni".Keluh Ammara sendirian.
"Cik Muda udah pulang ya?Mari bibik ambilin barang-barangnya ya".Tegur Bibik Yaya sopan.
"Bik,ramai ya di dalamnya?Ara tuh malu sih.Bibik jalannya sama Ara aja ya.Temani Ara ya sampek ke Mummy".Balas Ammara meminta simpati.
"Ya ramai dong Cik Muda.Seru bangat deh lihatnya.Mereka tu gak berhenti ketawa sejak tadi loh.Itu masih di ruang keluarga.Mari bibik temanin Cik Muda ke kamar ya".Balas Bibik Yaya kembali.
Ammara mengikuti langkah Bibik Yaya perlahan-lahan.Segan untuk menyapa saudara maranya yang sudah lama tidak bersua.
"Assalamualaikum".Sapa Ammara malu.
"Haa tu dah balik dah".Tegur Datin Alina.
"Ya Allah,Ammara ke ni?Cantiknya sayang maksu ni".Tegur Khadeeja teruja melihat kecantikkan anak buahnya.
"Haah lah.Makin lawa anak Uda sorang ni ya.Lamanya Mak Ngah tak jumpa Ara."Balas Mak Ngah Khaira nya pula.
Ammara yang tersenyum malu hanya diam dan meneruskan langkah untuk bersalaman dengan saudara maranya.
"Ara,you ingat I lagi tak?".Tanya salah seorang sepupu yang sebaya dengannya.
"Eii ingatlah.Wardah kan.Si cute ni Marissa kan."Balas Ammara senang sambil mencuit pipi Marissa Dania adik kepada Wardah Suraya,anak Paklong Kamarul.
"Abang Raffin,Abang Hayyat tak datang ke?".Tanya Ammara lagi.
"Eh ada ada.Dia orang tadi katanya nak mandi,tu dalam bilik lah kot tu."Balas Pakngah Sulaiman,suami kepada Makngah.
"Ara sekarang dokter pelatih ya sayang?".Tanya Maklong Hajar,isteri Paklong Kamarul.
"Haah betul Maklong.Tapi baru sebulan."Balas Ammara.
"Alhamdulillah,jadi dokter lah anak buah maksu lepasni kan".Celah Khadeeja bangga.
Ammara hanya tersenyum dan mengangguk sahaja.Malu kerana merasa dirinya masih banyak kekurangan.
"Eh Ammara.Pergi mana tadi?"Sapa Raffin,anak sulung kepada Ali Kamarul.
"Haah lah.Abang Yat tak nampak pun Ara tadi.Baru balik ke?Lawa betul ya sekarang.Hahahaha".Sampuk Hayyat pula setelah melihat Ammara berada di situ.
Hayyat Tirmizi ialah anak sulung kepada Makngah Khaira Aaisya
dan umurnya adalah sebaya dengan Khaliq Raffin serta merupakan sepupu dan sahabat rapat kepada Ariq Eidlan.
Kedua abang sepupunya ini sangat rapat dengan Ammara dan menyayangi Ammara seperti adik kandungnya sendiri.
Sudah hampir 4 tahun mereka tidak bertemu semenjak Ammara sambung belajar dan mula sibuk dengan kelas serta assingmentnya.Namun ingatan mereka kepada Ammara masih utuh.Tambahan pula apabila Datin Alina sering berkongsi gambar Ammara di dalam "group whatsapp family" yang ditubuh oleh Paklongnya sejak dulu lagi.Keakraban mereka sebagai keluarga sangat kukuh sejak kecil lagi.
"Ara minta diri kejap ya.Nak bersihkan diri dulu.Nanti makan tengahari Ara turun."Izin Ammara sebelum bangun meninggalkan tetamu bersama ibu bapanya.
"Okay,okay.Pergi lah."Balas Makngah Khaira.
Ammara yang sedang berjalan meniti anak tangga berhenti apabila mendengar namanya dipanggil kasar.
"Ammara."Jerit Zulaika Delisya.
"Eh Kak Isya ada.Ingatkan akak tak datang sebab tak nampak sejak tadi."Balas Ammara lalu turun untuk bersalaman.
Zulaika Delisya adalah adik kepada Hayyat Tirmizi.Dia berbeza umur 2 tahun dari Ammara dan sikapnya terhadap Ammara dingin sejak kecil lagi.
"Kak Isya kat dapur tadi.Sombong ya kau sekarang".Balas Zulaika.
"Haa eh tak lah kak.Ara tadi...."Belum sempat menghabiskan ayatnya,Zulaika sudah berjalan meninggalkan Ammara dan menuju ke ruang keluarga.
Ammara yang merasakan sikap sepupunya yang semakin dingin itu hanya diam seribu bahasa.Dia mula berjalan meniti kembali anak tangganya lalu menghilang di sebalik pintu bilik tidurnya.
Selesai membersihkan diri,Ammara mengambil masa untuk berehat sebentar sementara menunggu makan siang.
Jam sudah menunjukkan 12.30 tengahari.Ammara ketiduran.
Bunyi pintu diketuk beberapa kali namun Ammara masih belum terjaga.
"Ara sayang...Ara..Bangun.Jom lunch".Kejut Maksu nya perlahan sambil menepuk bahu Ammara dengan lembut.
"Eh Maksu.Ara tertidur lah Maksu.Sorry,sorry.Ara cuci muka kejap.Maksu tunggu Ara.Jangan turun lagi."Balas Ammara sambil berlari menuju ke bilik air.
Khadeeja hanya tergelak kecil melihat telatah manja anak saudaranya itu.
Beberapa minit kemudian,Ammara dan Khadeeja berjalan menuruni anak tangga untuk ke dapur.Ammara yang leka berborak dengan Maksu nya tidak memandang ke arah depan ketika berjalan menyebabkan dia terlanggar dengan seseorang lagi.
"Eh Ara..Apalah Ara ni.Jalan tu jangan pandang Maksu je.Nasib tak jatuh tangga tu."Tegur Hayyat dengan risau.
Ara yang dipegang lengannya oleh seseorang,segera menoleh ke arah tuan empunya badan.Matanya membulat apabila melihat susuk tubuh yang dikenalinya.
Segera tangannya ditepis kerana terkejut.
"Eh ni bukan ke yang dekat taman tadi.Awak buat apa pula dekat sini?Pekerja daddy ke apa ni"?.Tanya Ammara dengan hairan.
Khadeeja dan Hayyat ketawa besar mendengar soalan daripada Ammara.
"Ya tahu dah lama tak tengok.Tapi takkan lah langsung tak cam.Ni anak saudara Pak Ngah.Eh bukan bukan.Ini anak Pak Ngah,Mak Ngah juga lah.Ariq."Balas Khadeeja sambil tahan ketawa kerana melihat wajah lucu Ammara.
Khadeeja dan Hayyat yang terhibur melihat telatah Ammara hanya menggelengkan kepala lalu berjalan menuju ke dapur.Ammara yang masih terkejut ditinggalkan sendirian bersama Ariq.
"Ohh tadi cakap nak masuk kerja kan?Ni dah balik kerja ke?".Sakat Ariq Eidlan kepada Ammara.
Wajah Ammara merah menahan malu.
Ariq yang melihat wajah Ammara kemerahan merasa puas hati.
Hidung Ammara dicuit oleh Ariq sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Ammara sendirian.Ketawa kecil kedengaran.
Jam telah menunjukkan jam 1 tengahari.Seluruh anggota keluarga telah berkumpul di ruang makan untuk menjamu selera.
"Riq,bacakan doa makan ya".Pinta Pakngah Sulaiman,ayah saudara kepada Ariq.
"Baik papa".Balas Ariq kepada bapa saudaranya yang sudah dianggap sebagai ayah kerana telah menjaganya sejak kecil.
Doa makan dibaca tertib oleh Ariq Eidlan.
Masing-masing berselera menjamu hidangan yang tersedia.
Ariq yang duduk di hadapan Ammara curi-curi melirik wajah Ammara dengan berhati-hati.Bimbang jika kelakuannya dapat dihidu oleh saudara yang lain.
"Cantiknya".Puji Ariq dalam hati.
"Ehemm ehemm..Ara,hulurkan Abang Raffin air.Pedas lah sambal udang ni.Kan Yat?".Tanya Raffin kepada Hayyat sengaja untuk mengusik Ariq.
Hayyat yang memahami maksud Raffin segera membalas usikan tersebut.
"Haah Fin.Tak berkelip mata aku tahan pedas."
Raffin dan Hayyat hanya tersenyum lebar antara satu sama lain sambil memandang ke arah Ariq.Rupanya tingkah laku Ariq sudah diperhatikan lama oleh mereka.
Ammara yang melihat mereka masih tidak dapat menangkap apa yang sedang mereka bualkan.
Melihat wajah Ammara yang penuh persoalan menyebabkan ketawa Raffin meletus,diikuti dengan ketawa Hayyat.
"Ehh Finn,Hayyat.Dah jenaka apa pula kamu berdua ni sampai mengekek ni?Tersedak nanti".Tegur Dato' Khair.
"Sorry Pak Uda.Hayyat ni kelakar".Balas Raffin tahan ketawa.
Ibu bapa mereka hanya menggeleng kepala melihat kenakalan anak-anaknya lalu mula berborak kembali menghiraukan kekecohan tadi.
Zulaika yang sedar akan tingkah laku Ariq,memandang dengan wajah yang mencuka.
"Zulaika dah siap makan".Celah Zulaika selepas menghabiskan suapan terakhirnya lalu segera bangun meninggalkan meja makan.
Ammara yang merasa dirinya diperhatikan sudah tidak senang duduk.Kejadian siang tadi di taman,masih membuatkan dirinya merasa malu ditambah pula dengan kejadian di tangga sebentar tadi.
"Ammara,Ammara.Memang cuai kau ni kan".Bisik Ammara kesal dalam hati.
Makan malam hari ini menjadi kenangan yang indah bagi keluarga Ammara.Alhamdulillah.
Share this novel