5.Takdir Yang Merubah Segala

Drama Series 6124

Keriuhan kota Melaka masih tidak mampu membuat Ammara teruja.Pantai Klebang yang tiada ombak itulah yang ditatap Ammara sejak tadi.Kosong seperti hatinya.

Sudah dua bulan berlalu,namun Ammara masih tiada perubahan.Sejak kemalangan yang berlaku,Ammara menjadi seorang gadis yang sangat pendiam dan tidak suka bersosial.Dia hanya akan keluar dari rumah apabila diajak oleh Zulaika,Hayyat dan Ariq sahaja.Sahabat-sahabatnya di Singapura juga tidak pernah dia hubungi melainkan mereka sendiri yang akan menelefon Ammara untuk bertanya khabar.Namun,Ammara hanya akan bercakap di telefon kurang dari 15 minit dan akan segera mematikan panggilan tersebut.

Syukur kerana ahli keluarga Ammara tidak pernah sesekali berputus asa untuk mengembalikan senyuman Ammara.Walaupun tinggal bersama Makngah dan Pakngah nya namun Ali Kamarul dan Hajar sering membawa anak-anaknya ke Melaka untuk melawat Ammara.Mereka juga akan menginap di rumah Khadeeja pada setiap hari minggu demi bersama-sama melihat perkembangan Ammara Eidrina.Manakala,Encik Thomas,Puan Naima dan Layla pula sentiasa menghubungi Ammara melalui panggilan video untuk bertanya khabar.

Yang lebih baik lagi,Zulaika juga sudah semakin rapat dengan Ammara sehingga ke mana sahaja dia pergi pasti akan bersama Ammara.

Di bawah pohon..

Angin pantai bertiup lembut menyapa wajah Ammara.Ariq yang melihat Ammara hanya diam seribu bahasa sejak tadi terus berlari anak mendapatkan Ammara yang sedang duduk berpeluk tubuh di bawah pohon rendang menghadap pantai.Manakala Hayyat dan Zulaika pula sedang sibuk mencari makanan di sepanjang jalan berhampiran pantai tersebut.

Ariq Eidlan duduk bersila di sisi Ammara dengan beralaskan pasir pantai yang hangat.Dia menoleh sedikit untuk melihat raut wajah Ammara yang sudah sekian lama tidak mengukir senyuman.

"Ara..Are you okay?".Tanya Ariq,mematikan lamunan Ammara.

"Hmm yaa..Ara okay".Balas Ammara sepatah tanpa memandang wajah Ariq.

"Ara..Abang Riq nak....."

"ARIQ EIDLAN !!".Jerit seorang wanita.

Ariq tidak sempat memulakan kata-katanya kerana terkejut apabila namanya disergah dari belakang.Ammara yang sedari tadi termenung juga menoleh ke belakang kerana kaget.

"Apa yang you buat ni? I ajak you keluar,you bagi alasan kan.You cakap nak bawa Hayyat and your adik keluar.Ni apa benda yang you duduk berduaan dengan perempuan lain ni?Perempuan desperate mana yang you bawa ni haa?"Marah Syafiqah Qistina,kekasih kepada Ariq.

Syafiqah dan Ariq mula bercinta setelah Ariq pulang dari Singapura setahun lalu.Ariq tidak begitu yakin dengan keputusannya namun kerana dia tahu bahwa Ammara sudah mempunyai kekasih walhal tidak pernah bersua,dia tetap nekad untuk tidak menaruh perasaan kepada Ammara lagi walaupun sehingga kini dia masih tidak berjaya melupakan Ammara.Syafiqah Qistina pula merupakan seorang gadis cantik dan seksi yang juga merupakan seorang kenalan Ariq ketika di Universiti.Syafiqah sudah memendam perasaan suka kepada Ariq sejak 3 tahun yang lalu.Dan setelah berjaya menjadi seorang usahawan,barulah dia berani untuk meluahkan perasaannya kepada Ariq dan tidak disangka,Ariq menerima kehadirannya sebagai kekasih.

"Eh you cakap baik-baik sikit lah Syaf.Watch your mouth".Balas Ariq masih dengan nada yang dikawal.

"You nak suruh I cakap baik-baik macam mana? Tell me..Tell me !! ".

"Eh perempuan,you berdiri sekarang.Berdiri I cakap.Berdiri !".Marah Syafiqah sambil menarik kolar baju Ammara dengan kasar.

Ammara bangun lalu merentap kuat tangan Syafiqah yang menarik kolar bajunya.Dia membetulkan kolarnya dengan bersahaja lalu bersedia untuk melangkah pergi.

Syafiqah menghalang Ammara dengan berdiri di hadapannya.
Ariq yang melihat keadaan itu semakin gelisah.

"Eh Syaf.Stop it I said.Stop it.You dah salah faham ni.Jom ikut I.I explain everything".Celah Ariq lalu menarik tangan Syafiqah.

Syafiqah menolak.

"Kau nak pergi mana perempuan?Kau dah berduaan dengan boyfriend aku lepastu nak blah macam tu je ke?Macam mana eh Ariq boleh nak dekat you.Dengan selekeh.Baju ni,beli mana?Bundle ke?Hahahaha".Hina Syafiqah sambil memegang baju yang dipakai Ammara dengan hujung jari.

"Kau diam kenapa?Bisu ke?You suka perempuan bisu ke Ariq?Eh ke mak bapak perempuan ni pun bisu?".Marah Syafiqah sambil jari telunjuknya menolak-nolak bahu Ammara.

"You jangan nak melampau eh.You siapa nak menghina apa yang dia pakai and who are you nak menghina who is her parents?And you tak perlu nak tolak dia macam tu lah Syaf !!".Marah Ariq sudah tidak dapat ditahan.

"Oohh you backup si selekeh ni?Why?Fallen in love sangat dah ke?Taktau pula I yang selera you macam ni ya.Oohh sebab muka dia lawa jadi you tak kisah lah kalau selekeh,miskin pun.Am I right,wahai Ariq Eidlan? Do you love her? Do you Ariq ?!!".Syafiqah masih tidak mahu kalah.

"Eh selekeh.You hear me.You balik rumah,cermin diri you dulu and then ask your fucking father to buy you a new dress dulu baru lah datang goda Ariq.Faham?".

PAAANGGGGGG !!!

Syafiqah diam.Ariq juga membatu.Terkejut barangkali.

Darah merah mengalir di bibir Syafiqah.Pipinya yang cerah itu bertukar menjadi merah dan pejal.Disentuh pipinya dengan mata yang berkaca menahan amarah.

Ariq memandang Ammara Eidrina.Untuk pertama kali Ariq melihat wajahnya yang manja bertukar menjadi bengis dengan amarah.Mata Ammara juga sedang menakung airmata yang bila-bila sahaja akan jatuh.

"You nak hina I,yes its up to you.But don't you dare to said anything about my parents.Yes I selekeh tapi so far I rasa muka I lagi lawa pada you,right?Sebab tu you rasa tergugat kan?Oh ya you ingat you kaya sangat ke?Fyi,duit yang you ada belum tentu boleh kalahkan harta yang mak babak aku tinggalkan dekat aku.Jadi perempuan,please jaga maruah diri.Jangan meroyan macam orang mati laki.Semak".Kata-kata panas Ammara keluar tanpa perasaan.

Hayyat dan Zulaika yang mendengar kata-kata Ammara tersengih seperti kerang busuk.Mereka di situ sejak tadi apabila melihat Syafiqah laju berjalan menghampiri Ariq.Dua beradik ini juga tidak begitu menyukai Syafiqah kerana sikapnya yang belagak diva dan sombong.Justeru,kini mereka berpuas hati apabila melihat pipi Syafiqah merah ditampar Ammara.

"Ara 1,Syaf 0".Bisik Hayyat perlahan sambil ketawa di kerongkong.

Zulaika pula geli hati mendengar ejekan abangnya segera menekup mulut menahan diri agar ketawanya tidak pecah.

Ammara memandang Ariq Eidlan.

"Abang Riq,you deserves someone better.Abang baik and Ara rasa kat luar sana banyak perempuan baik.Biar tak tinggi ilmu,tapi tinggi adab.Ara minta maaf sebab dah keruhkan keadaan.Ara gerak dulu".Kata Ammara kepada Ariq lalu berjalan meninggalkan mereka berdua.

Airmatanya mengalir.Tidak dapat ditahan.Sakit kerana ibu dan ayahnya turut dihina.

"Berani dia nak hina mummy daddy.How dare her!!How dare!!Tak guna".Marah Ammara geram.

Hayyat dan Zulaika segera mengikut jejak Ammara beredar dari situ.Mereka mengejar langkah Ammara supaya dapat memujuknya.

Manakala di waktu lain,airmata Syafiqah mengalir namun diseka supaya tidak nampak lemah.Muka penuh kebencian itu menatap mata Ariq.Geram.

"You puas hati?Kenapa you langsung tak marah perempuan tak guna tu?She slapped me and you just quiet over here.".

"No.Syaf.You dengar dulu.You dah lukakan hati Ammara.You hina mak bapak dia.How can I backup you?Dah terang lagi bersuluh you salah.You tak nak dengar penjelasan I".Balas Ariq kembali.

"No.I don't want to hear anything from you.It's enough.Our relationship is over.I hate you Ariq Eidlan.You pengecut and dayus you know."Marah Syafiqah lalu segera meninggalkan Ariq seorang diri.

Ariq tidak mampu berkata-kata namun dia juga tidak merasa ingin memujuk Syafiqah.Bahkan hatinya berasa tenang apabila Syafiqah mengucapkan kata putus.Dia hanya memandang Syafiqah yang berjalan laju sehingga hilang dari pandangan.Ariq mengatur langkah perlahan mencari sepupu-sepupunya yang lain.

"Ariq".Panggil Hayyat sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Ariq.

"Ara mana?Dia okay ke?".Tanya Ariq setelah menghampiri Hayyat.

"Tadi dia menangis jugak.Puas jugak lah nak pujuk.Tapi ni dah okay kot tu."Terang Hayyat.

Ariq merasa terkilan dengan tindakan Syafiqah sebentar tadi.Hayyat yang memandang kekusutan Ariq segera mencari idea untuk mengusiknya.

"Eh kau ni.Confius lah aku.Ammara awek kau ke Syafiqah awek kau?Hahahaha".Balas Hayyat mengejek.

Ariq meluku kepala sepupunya merangkap abang dan sahabat baiknya itu.
Mereka ketawa terbahak-bahak sambil mengingati kejadian tadi.

"Aku memang tak sangka Ara boleh tampar dia.Tapi kesian juga.Tapi tu lah,Syaf pergi cakap yang bukan-bukan pasal arwah.Memang mengamuk lah Ara.Berdarah siot bibir Syaf".Tambah Hayyat lagi.

"Amboi amboi.Abang ni kalau mengata orang lain seronok sangat kan.Adik bagitau Papa nanti taulah".Celah Zulaika tiba-tiba.

Zulaika dan Ammara tiba dari membeli air minuman.
Ammara menyedut minuman di tangannya dengan wajah yang agak sedih dan hidungnya yang merah kerana menangis.

Hayyat,Ariq dan Zulaika memandang antara satu sama lain.

"Ara.Abang Riq minta maaf.Disebabkan Syafiqah,Ara sedih macam ni."Ariq menegur Ara.

"It's okay abang.Ara minta maaf juga sebab dah sakitkan girlfriend abang.Ara terlalu ikutkan perasaan."Balas Ammara sedikit sesal.

"Alahh,Ara tak salah pun.Kak Isya rasa memang patut pun.Boleh dia main hina-hina.Dia taktau ke baju Ara ni from New York,Nenek Naimah belikan.Tak moden lah awek Abang Riq ni".Omel Zulaika geram.

Hayyat mengekek ketawa mendengar omelan adiknya itu.

"Abang Riq pun marah juga bila dia cakap macam tu.Tapi memang macam tu lah perangai dia yang Abang Riq tak tahan.Kau pun tahu kan Yat..Dari zaman uni lagi dia memang suka bab-bab pandang rendah pada orang lain.Mujur dia dah putuskan hubungan dengan aku tadi".Kata Ariq selamba.

Mereka bertiga pula memandang Ariq.

"Abang Riq dah single lah ni?Hahahahaha."Ejek Zulaika.

"Seronok eh kenakan abang."Balas Ariq merajuk.

"Alah Riq.Kau tu muda lagi.Baru 28 tahun.Ada 2 tahun lagi nak cari isteri."Sakat Hayyat pula.

"Banyak lah kau punya muda.Ara yang 26 tahun pun ada boyfriend.Aku taknak lah sama-sama membujang macam korang berdua ni".Ariq balas ejekan kepada Hayyat dan Zulaika pula.

"Aik,sejak bila Ara ada bf ni?Kak Isya tak tau pun".Zulaika Delisya memandang Ara dengan tanda tanya.

"Emm tak ada pun.Haritu Ara saja je usik Abang Ariq sebab dia tanya kenapa Ara tak kahwin lagi.Ara cakap lah bf Ara taknak masuk meminang lagi.Ara mana pernah bercinta sejak sekolah lagi".Balas Ara meleraikan persoalan.

Ariq yang mendengar jawapan Ammara terkejut.Jantungnya berdegup kencang sehingga dia merasa panas di seluruh tubuhnya.

"Jadi maksud Ara,Ara single dari dulu ke?".Tanya Ariq ingin kepastian.

Ammara mengangguk.

"Nasib Abang Yat anggap Ara macam adik,kalau tak,Abang Yat pinang dah Ara".Sakat Hayyat sambil ketawa memandang reaksi Ariq.

"Taknak lah Ara dekat Abang Yat..Kalau Ara kahwin dengan abang,siapa nak jadi abang Ara kan?".Gurau Ara kembali.

Ammara memberikan senyuman kepada sepupu-sepupunya.Zulaika yang senang melihat perubahan Ammara segera memeluk erat bahu kecil itu.

Ariq turut mengukir senyuman.Namun dia memaki dirinya sendiri dalam hati kerana tidak pernah bertanya hal yang sebenar kepada Ammara.

"Stupid.Mesti kau tengah fikir yang kau stupid kan?Memang pun.Kau tu stupid 10/10."Hayyat berbisik di telinga Ariq perlahan lalu menghilang di dalam perut kereta BMW miliknya.

"Ah kau ni".Balas Ariq marah.

"Hahahahaha dah dah.Jom balik.Dah lewat ni.Kang mama papa bebel pula."Ajak Hayyat kepada Ariq,Zulaika dan Ammara.

Mereka masuk ke dalam kereta.Lalu kereta yang dipandu Hayyat meluncur di jalan raya dengan berhati-hati.

Jam menunjukkan 7.30 malam..

Tukkkk tukkk tukkk...
Pintu bilik tidur Ammara diketuk.
Daun pintunya dibuka.

"Makngah ganggu Ara solat ke?".Tanya Khadeeja setelah melihat Ara sedang mengusap wajah tanda usai berdoa.

"Taklah Makngah.Ara dah siap.Ada apa Makngah?".Tanya Ammara kembali.

"Alhamdulillah.Makngah nak bagitau,family Paklong dah sampai tu.Tengah tunggu Ara nak dinner sekali kat bawah.Jom sayang".Balas Khadeeja.

"Oh dah sampai ya.Baik Makngah.Kejap lagi Ara turun.Ara nak ikat rambut".Kata Ammara lalu segera menanggalkan telekungnya dan diletakkan diatas katil.

Khadeeja mengangguk dan berjalan meninggalkan Ammara sendirian.

Ammara melihat wajahnya di hadapan cermin,menyisir dan mengikat rambutnya yang lembut dan meneliti pakaiannya agar terlihat rapi.Baju tidur satin berwarna merah hati membuatkan Ammara nampak lebih berseri dengan kulitnya yang putih melepak itu.Bibirnya dioles dengan sedikit vaseline agar kelihatan tidak terlalu pucat.Setelah selesai,Ammara segera turun dari tingkat atas untuk berjumpa keluarga paklongnya.

Setibanya di dapur,Marissa mula menegur Ammara terlebih dahulu.

"Hai Kak Ara."Lambai Marissa yang sudah duduk di atas kerusi di meja makan.

Keluarganya yang lain segera menoleh memandang Ammara.
Ammara mengukir senyuman lalu bersalaman dengan paklong,maklong,Marissa dan Wardah.Raffin pula hanya memandang Ammara dan tersenyum kepadanya.

"Duduk sebelah Abang Fin lah Ara.Lama tak manja-manja dengan Ara".Gurau Raffin sengaja untuk menyakat Ariq selepas dia mendapat tahu cerita di Klebang tadi.

Ammara akur.Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di sebelah Raffin.Doa makan dibaca oleh Paklong Kamarul.

Hidangan nasi putih,ayam masak lemak,ikan talapia goreng berlada,dan ulaman menjadi menu makan malam yang sangat enak pada hari itu.Tidak lupa juga buah tembikai dan oren yang dibawa oleh Hajar sebagai buah tangan tadi turut terhidang.

Selesai makan malam,mereka sekeluarga menunaikan solat isyak berjemaah yang diimamkan oleh Ariq Eidlan..Damai..

Usai solat, Raffin,Hayyat dan Ariq mencari makanan ringan di dapur untuk dibawa ke laman rumah.Mereka bercadang untuk bersantai dan berborak di gazebo sehingga larut malam.Ketika mereka sedang sibuk menyediakan makanan,Ammara,Zulaika dan Wardah masuk ke dapur untuk menghidangkan juadah ringan buat orang tua mereka yang sedang berborak di ruang tamu.

"Woi,korang buat apa ni?".Tegur Wardah sambil jarinya mengambil sepotong kek coklat dalam pinggan yang dipegang Raffin.

"Eh dia ni.Along penat-penat potong,dia ambil pula.Dah kurang satu".Kata Raffin pura-pura merajuk.

Sepupunya yang lain hanya ketawa melihat telatah dua beradik ini.Manakala Ammara hanya diam sambil tangannya laju mengacau air kopi dalam teko kaca itu.

"Korang nak lepak-lepak ke?".Tanya Zulaika pula.

"Haah.Jom lah join."Pelawa Raffin.

"Jom.Jom".Ajak Hayyat pula.

Ariq pula masih fokus melihat Ammara yang sedang menyusun cawan di atas dulang.

Pakkkk..Bahunya ditepuk.

"Kau ni Riq..Ara..Jom join kita orang kat laman".Kata Raffin selepas tangannya menepuk kuat bahu Ariq.

Ariq mengeluh kesakitan namun senyuman di bibir masih terukir.

"Hmm tapi Ara...

"Takde tapi tapi..Jom kita hantar ni kat atas dulu lepastu kita join dia orang..Esok semua tak kerja,boleh lah tidur lambat".Celah Zulaika laju kerana dia tau Ammara pasti ingin menolak.

"Kita orang tunggu luar tau.Adik nanti bawa keluar air kosong ya".Balas Hayyat lalu berpesan kepada Zulaika.

Di gazebo...

"Serius lah Ara tampar Syaf? Berdarah ke?".Tanya Raffin teruja sambil mulutnya penuh dengan kerepek ubi kegemarannya.

"Betul lah.Aku nak tipu dapat apa?Siapa je tak marah kalau sampai tahap menghina orang yang kita sayang.Memang patut pun".Omel Hayyat pula.

"Dah kau ni kenapa Riq?Tersengih macam kerang bakar dah aku tengok".Raffin menegur Ariq yang mengelamun dari tadi.

"Kerang busuk.Kerang bakar otak kau".Balas Ariq sambil ketawa dengan kerenah Raffin.

"Aku tau lah.Saja nak test kau ni fokus ke tak.Punya lah aku dengan Hayyat dah macam makcik bawang,tapi kau boleh pulak tersengih-sengih kat situ.Bak share lah cerita tu".Balas Raffin kembali.

Ariq diam seketika untuk menyusun ayat.

"Tak.Macam ni guys..Aku rasa bodoh lah.Aku taktau pun yang Ara takde pakwe doo.Aku ingat dia memang dah berpunya sebab tu lah aku terima Syaf.Rupanya dia gurau je.Bodoh betul lah sebab aku tak tanya dia dulu."Terang Ariq perlahan.

Hayyat memandang Ariq lalu mengalihkan matanya ke wajah Raffin.Lalu memandang Ariq kembali.

"Kau tu pernah bijak ke?Aku dah cakap kau tu stupid 10/10 kan tadi".Usik Hayyat.

Raffin ketawa besar mendengar usikan Hayyat.

"Kau bagitau jela yang kau suka dia dari zaman remaja lagi.Aku pun rasa Ara tu syok kat kau dari dulu kan?Ke aku salah Fin?".Tanya Hayyat.

"Haah aku pun rasa gitu.Dari budak lagi aku tengok Ara tu suka sangat lepak dengan kau.Cara dia pandang kau pun lain.Kau cuba lah dulu.Aku pun setuju kalau kau jadian dengan Ara."Balas Raffin ikhlas.

"Betul.Aku pun percaya Ara boleh bahagia dengan kau Riq.Aku sayang Ara tu macam adik aku sendiri.Jadinya aku tak rela nak lepaskan dia dengan lelaki yang aku sendiri tak kenal."Kata Hayyat serius.

Ariq mengangguk tanda setuju.Hatinya semakin berdebar-debar dan tidak sabar untuk memulakan misi merebut hati Ammara Eidrina kembali.

Sedang leka berborak,mereka didatangi oleh Ammara,Zulaika dan Wardah.
Ammara duduk di atas kerusi batu panjang yang berada di hadapan gazebo tempat mereka bersantai.

Ariq menghulurkan kek coklat kepada Ammara.

"Thankyou".Balas Ammara lalu menyuapkan sedikit demi sedikit kek coklat itu ke dalam mulutnya.

Ariq bangun menghampiri Ammara lalu duduk di sampingnya.Rapat.

"Eh selamat pengantin baru,semoga kekal abadi,bahgiaa...".Nyanyian Raffin meletuskan ketawa mereka semua.

"Diam lah gila".Marah Ariq malu.

Ammara tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Eh korang,Isya nak teman Ara ke Singapore next week tau".Sampuk Zulaika ketika sedang rancak berborak.

"Wardah pun follow".Balas Wardah sambil mengangkat tangannya ke atas.

"Aik,korang nak bercuti ke?Papa mama kasi ke angah?".Tanya Raffin ingin tahu.

"Taklah Abang Fin.Ara konvo next week.Paklong dengan Pakngah nak ikut tapi Ara taknak susahkan dia orang.Jadinya Paklong and Pakngah suruh Kak Isya dan Wardah temankan Ara.Lagipun next week cuti sekolah,jadinya Kak Isya cuti.Wardah pun boleh ambik annual leave.Kita orang pergi 5 hari je.Friday to Tuesday on next week."Terang Ammara panjang lebar.

"Cunnnn..Abang Riq nak ikut".Celah Ariq tiba-tiba.

"Eh takde.Dah alang-alang kau nak pergi,aku pun nak pergi lah.Aku dah lama tak cuti ni".Kata Hayyat pula.

"Kalau korang berdua ikut,aku ikut jugak.Tak kira."Sambung Raffin taknak kalah.

Ammara tidak dapat menahan ketawanya.Kerenah sepupu-sepupunya membuatkan Ammara terhibur.Zulaika dan Wardah yang melihat Ammara ketawa,turut menghamburkan tawa mereka.Riuh di bawah langit yang gelap itu.

Di ruang tamu....

"Macam mana keadaan Ara?".Tanya Ali kepada Khaira.

"Alhamdulillah,angah tengok banyak perubahan dia.Dah nak senyum.Tadi balik dari pantai pun angah tengok Ara macam nampak lebih tenang."Terang Khaira kembali.

"Alhamdulillah syukur.Ara ada bagitau apa plan dia selepas konvo?".Tanya Ali lagi.

"Ada ada.Dia pun dah buat permohonan untuk mula bertugas di Hospital Melaka.Kita doakan jela ya.Semoga ada rezeki dia di sana."Balas Khaira.

"Syukur.Ammara tu bijak.Sayang kalau pendidikan dia terhenti di situ je kan.Kalau Ali dan Ayu Alina ada mesti dia orang nak anak dara dia tu berjaya".Kata Ali Kamarul sebak.Rindu akan adiknya.

"Betul long..Takpe.Kita doakan jela untuk anak kita tu.Saya yakin Ara takkan sia-siakan impian dia.Mungkin dah sampai masa dia mencari kebahagiaan dia.Mungkin keputusan dia untuk bekerja di hospital tu sudah dia pertimbangkan."Celah Sulaiman,suami Khaira.

Puan Hajar,isteri Ali Kamarul mengangguk tanda setuju.

Di laman pula,riuh rendah masih kedengaran...

Ariq memulai bicaranya dengan Ammara..

"Ara okay ke kalau abang ikut ke Singapore nanti?".Tanya Ariq sambil memandang wajah cantik Ammara.

"Emm Ara okay.Ramai-ramai pun best kan.Macam holiday."Balas Ara kembali.Malu kerana rasa dirinya diperhati sejak tadi.

Ariq Eidlan masih menatap wajah Ammara.Tidak jemu.

Aaahhhhhhh !!! Sedang asyik berborak,tiba-tiba Ammara menjerit terkejut.

Seekor katak benar-benar berada di sebelah kaki Ammara membuatkan dirinya terkejut.Geli dengan haiwan yang lembik dan sejuk itu.

Ariq yang berada di sebelah Ammara sudah menjadi seperti tembok apabila belakang badan Ammara sudah menempel di dada bidangnya.Tangannya lembut memegang lengan Ammara,berjaga-jaga kerana bimbang Ammara akan terjatuh kerana takutkan si katak.

Sepupunya yang lain pula sibuk mencari kayu untuk mengalihkan katak yang masih tidak berganjak dari sandal yang dipakai Ammara.

Aroma wangian rambut Ammara menusuk ke hidung mancung Ariq.

"Wanginya".Omel Ariq dalam hati sambil tersenyum.

Hayyat berjaya membuang katak tersebut ke luar pagar.Masing-masing memandang antara satu sama lain sebelum mereka melepaskan tawa yang besar.Wajah Ammara pula merah kerana malu dan masih menahan geli dengan haiwan tadi.

"Abang Fin baru tau Ara takut katak".Kata Raffin sambil menghabiskan sisa tawanya yang berbaki.

"Wardah pun terkejut.Tiba-tiba Ara jerit.Ingatkan Abang Ariq menggatal tadi.Nasib tak ketuk dia dengan jug air tu".Balas Wardah menyakat Ariq.

HAHAHAHAHAHAHAHAHA..Mereka sambung ketawa.

"Ingat Abang Riq ni lelaki mesum ke?Abang Riq masih ada iman tau".Balas Ariq dengan muka mengejek.

"Alahh iman apa kau tu?Tu tangan tu dari tadi kau pegang lengan Ara.Kau putera katak ke?".Celah Hayyat pula.

Ammara memandang Ariq segan.Ariq pula perlahan melepaskan tangannya dari lengan Ammara.

"Sorry Ara..Abang tak perasan.Kau pun Yat,sibuk jela nak tegur".Gurau Ariq kembali.

Ammara masih cuba untuk bertenang.Tidak mengerti kenapa jantungnya masih berdegup kencang selepas kejadian tadi.Mungkin takut dengan katak atau dia mula berasa gembira ??

Mereka semua masuk ke rumah ketika malam semakin larut.Jam 1.30 pagi dan masing-masing sudah mulai rasa mengantuk.

Ammara keluar dari bilik air yang terletak di dapur setelah membersihkan kaki dan wajahnya sebelum masuk ke bilik.Ariq yang sedang minum pula hanya tersenyum melihat wajah Ara yang tiada secalit solekan atau pelembab bibir itu.

"Ara..."Panggil Ariq perlahan.

Ammara menoleh.

"Takdir tak selalu memihak pada manusia.Tapi takdir mengajar manusia untuk menjadi kuat atau semakin lemah.Allah tak pernah tinggalkan hamba dia.Ara berhak bahagia and abang yakin mummy daddy pun nak Ara teruskan hidup Ara dengan bahagia."Lembut tutur kata Ariq.

Mata Ammara berkaca.Airmata perlahan mengalir.Setiap bait-bait kata Ariq disimpan kemas dalam hatinya.
Ariq menghampiri Ammara.Jarinya lembut mengelap airmata yang sudah mulai membasahi pipi merah Ammara.

"Ara bagi peluang untuk abang bahagiakan Ara,boleh?Bagi peluang untuk abang jaga dan sayang Ara juga".Tambah Ariq lagi.

"Kehadiran abang dan sepupu kita yang lain cukup membahagiakan Ara.Abang jangan kasihan kan Ara.Ara taknak susahkan sesiapa lagi".Balas Ara dalam esak tangisan.

"No..It's not about kasihan or simpati wahai Ammara Eidrina binti Ali Khair..It's about love".Balas Ariq tersenyum lalu mencuit hidung Ammara.

Ammara binggung.

"Jumpa pagi nanti sayang !!".Usik Ariq lalu pergi meninggalkan Ammara.

"Jangan perasan Ammara.Jangan perasan.Dia gurau je tu..Haishhh".Marah Ammara kepada dirinya.

Ammara turut berjalan laju meninggalkan dapur dan masuk ke bilik untuk tidur.

Dingin..Malam yang indah,dingin dengan kenangan dan takdirlah yang merubah segalanya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience