3.Perasaan Bercelaru

Drama Series 6124

"Cantiknya !!!".Guman Marissa dan Wardah serentak.

Keindahan Gardens by the Bay merupakan tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Singapura.Bangunan yang unik berbentuk cengkerang,bertambah dengan kehijauan flora di dalam nya serta gemerlapan lampu-lampu neon menjadi pilihan tempat Ammara membawa saudaranya berkunjung pada malam ini.

"Ara selalu ke datang ke sini?"Tanya Hayyat.

"Tak juga Abang Yat.Ara datang time dengan kawan-kawan je.Tapi tu pun setahun sekali je agaknya".Balas Ammara sambil tersenyum.

"Rugi lah Ara.Banyak tempat cantik tapi tak jejalan."Balas Raffin.

"Itulah Fin.Anak Pak Uda ni suka berkurung dekat rumah kalau takde kerja.Takut sangat mummy daddy dia lari.Hahahha".Sampuk Dato' Khair sambil ketawa mengusik puteri kesayangannya.

"Daddy......"Rungut Ammara manja.

Zulaika yang berada di situ turut kagum dengan keindahan tempat ini.Sedang asyik menikmati kehijauan flora,anak mata Zulaika tertumpu pada Ariq yang baru selesai berbicara di telefon.Kakinya segera melangkah untuk mendapatkan Ariq.

"Abang Riq.."Sapa Zulaika.

"Eh Isya..Terkejut abang.Isya tak join dia orang ke?"Balas Ariq kembali.

"Malas lah abang.Abang buat apa kat sini sorang-sorang?Siapa call tadi?Girlfriend eh?".

"Ish mana lah abang ada girlfriend."Balas Ariq.

"Ara bukan girlfriend abang ke?".Tanya Zulaika ingin tahu.

Ketawa Ariq Eidlan pecah.

"Not yet".Balas Ariq perlahan.

"Apa dia bang?".

"Maksud abang,bukan.Ara bukan girlfriend abang.Ara tu macam puteri raja.Dari parents yang baik,dia sendiri pun baik,bijak,sopan,cantik.Takkan lah dia pandang abang yang serba kurang ni kan".Balas Ariq sambil menatap Zulaika.

"Hmm abang pun baik juga.But its fine.You deserve someone better than her".Kata Zulaika sambil berjalan meninggalkan Ariq.

"Hoi Riq.Kau buat apa dekat situ?Jom bergambar".Panggil Hayyat.

Ariq berjalan menuju ke arah ahli keluarga yang sedang menunggu untuk bergambar.

Dia berdiri tepat di belakang Ammara sambil mengangkat jarinya menunjukkan "peace".

"Peace".Sebut Ariq kuat sengaja ingin mengusik Ammara.

Ammara yang terkejut segera berpaling ke belakang.Mata mereka bertatapan.Ariq tersenyum melihat wajah Ammara yang semakin kemerahan.

"Dokter Ammara".Sapa seorang lelaki berkulit putih dan agak kacak.

Ammara segera mengalihkan pandangan matanya dari Ariq dan mencari empunya suara yang memanggilnya.

"Eh Rizki..No.Don't call me like that.I'm still a student."Balas Ammara malu.

"Oh by the way..Mummy Daddy..Ini Rizki Attar..Kawan Ara di hospital and he's my senior."Bagitau Ara kepada ibu bapanya.

"Assalamualaikum uncle,aunty.I'm Rizki.Nice to meet you".Sapa Rizki lalu bersalaman dengan ayah Ammara dan saudara mara lelaki Ammara yang turut berada di sana.

"Waalaikumussalam.Nice to meet you too Rizqi.Are you from Malaysia?".Balas Dato' Khair mesra.

"No uncle.I'm from Indonesia.Ayah saya kelahiran Singapore,ibu saya pula darinya Jakarta sih."Balas Rizki dengan slang Indonesia nya.

"Oh begitu.Kamu dokter atau masih pelatih ya"? Tanya Dato' Khair sekadar ingin tahu.

"Saya udah habis kuliahnya dua tahun lepas sih.Jadi sekarang tu udah bergelar dokter tapi masih baru juga.Saya tuh ketua di dalam group Ammara sepanjang Ammara di sana".Balas Rizki tenang.

"Oh i see..Okay okay.Minta perhatiin anak uncle ya.Itu sulit bangat untuk di jaga".Gurau Dato' Khair.

Rizki dan saudara yang lain hanya ketawa mendengar seloka Dato' Khair.

Manakala Ariq sejak dari tadi hanya mendiamkan diri apabila melihat kemesraan antara Ammara dan Rizki.

Setelah lama berbual,Rizki pamit untuk pulang.
Ariq mengambil peluang untuk berborak dengan Ammara,gadis yang menarik perhatiannya sejak remaja itu.

"Boyfriend Ara ke tu?".Tanya Ariq berseloroh.

"Hahahaha taklah abang.Rizki tu dokter hebat,baik pula tu.Tak pandang pun Ara ni.Beruntung siapa yang jadi kekasih dia tau.Warak pula tu.Mana taknya,ibu dia ada madrasah dekat Indonesia.Dekat Singapore pun ibu dia pensyarah agama di universiti."Balas Ammara panjang lebar.

Ariq yang mendengar mengangguk tanda faham.

"Ara tak nak kahwin ke?".Tanya Ariq selepas beberapa ketika mendiamkan diri.

Ammara memandang Ariq dengan pelbagai soalan bermain di fikiran nya.

"No no..Bukan Abang ajak Ara kahwin.Abang tanya.Yela Ara kan dah 25 tahun,dah boleh kahwin kan.Kesian boyfriend tunggu lama tau".Ariq cuba memerangkap Ammara untuk mengetahui tentang status nya.

Ammara ketawa.

"Kalau dia nak kahwin,dia masuk lah pinang Ara kan?Kalau tak ada maksudnya dia taknak kahwin lagi lah kan?Betul tak?".Balas Ammara.

Wajah Ariq berubah.Akhirnya dia tahu Ammara sudah mempunyai buah hati.Mujur dia tidak memberitahu perasaanya kepada Ammara.Jika tidak pasti ditolak dan keakraban mereka sebagai keluarga akan menjadi sedikit kekok.

"Betul lah tu".Balas Ariq ringkas.

Jam telah menunjukkan tepat 8 malam.

"Ara sayang.Dekat mana tempat makan best.Jom Maksu belanja makan."Sapa Khadeeja ketika perut sudah mula berasa lapar.

"Okay jom".Balas Ammara lalu segera berlari anak memegang tangan maksu kesayangannya itu.

Di restoran The Malayan Council......

Keluarga besar Ammara berselera menikmati hidangan di sebuah restoran halal yang menjadi kegemaran Ammara sejak dulu.

Mereka berborak dan bercerita pelbagai kisah dari zaman kecil sehingga lah ke perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Di hujung meja,Zulaika cuba melirik wajah Ariq sekali sekala yang dilihat sedikit mencuka selepas berborak dengan Ammara sebentar tadi.
Dia menyapa Ariq perlahan.

"Abang Riq okay?Sejak tadi Isya tengok abang masam,termenung je.Sakit ke?".Tanya Zulaika Delisya.

"Taklah Isya.Abang stress sikit je.Fikir pasal kerja.Tadi kan pekerja abang call.Tu yang tetiba spoil mood ni".Bohong Ariq.

"Takpela abang.Esok kan kita nak balik dah.Lusa masuk kerja,abang settle lah apa yang patut.Sekarang enjoy-enjoy lah dulu.Nanti susah dah nak jumpa Pak Uda and Mak Uda."Balas Zulaika memujuk.

Ariq mengangguk dan menghadiahi senyuman manis buat Zulaika.
Hati Zulaika berbunga-bunga.

Setelah selesai makan malam,mereka semua bergerak pulang ke rumah keluarga Ammara untuk berehat kerana seharian berjalan.Selain itu,mereka juga perlu mengemas untuk pulang ke Malaysia pada hari esok.

Setibanya di rumah,Ariq terus mengikuti langkah Hayyat dan Raffin masuk ke bilik mereka.Tingkah laku Ariq yang pelik membuatkan Ammara tersedar dan rasa bersalah kerana berfikir dia telah melukakan hati Ariq Eidlan.

Jam 2 pagi...

Ammara berjalan ke dapur untuk mengambil air minuman untuk menghilangkan haus di tekaknya.

Setibanya di dapur,dia melihat Ariq sedang duduk di meja makan sambil menikmati kek coklat buatan Ammara yang dibakar pagi tadi.
Ammara menyapa lembut.

"Abang lapar ke?"

"Haah lah Ara.Tapi ni dah makan kek Ara buat ni.Sedap.Kenyang dahni".Balas Ariq tenang.

"Ara nak minum ke?".Tanya Ariq kembali.

"Haah,Ara nak minum.Tapi air putih dekat bilik dah habis.Tu yang turun ambil ni.Haus sangat".Balas Ammara sambil tangannya sedang memegang botol menadah air coway yang berada di dapur.

"Okay lah macamtu.Abang masuk tidur dulu ya".Ariq minta izin sambil bergerak untuk meninggalkan dapur.

Ammara yang sudah selesai mengambil air segera menarik lembut tangan Ariq.Ariq memberhentikan langkah nya.Jantungnya berdegup kencang sehingga wajahnya berasa panas.

"Abang marahkan Ara ke?Ara ada buat silap ya masa kita berborak tadi?Sebab abang tiba-tiba bercelaru selepas berborak dengan Ara.Ara minta maaf ya".Terang Ammara dengan tenang.

Ariq terdiam seketika.Fikiran dan perasaan nya yang bercelaru sejak tadi menghilang apabila merasakan sentuhan daripada tangan Ammara.

Ariq Eidlan tersedar bahawasanya dia tidak mempunyai apapun hak untuk melarang Ammara daripada menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.Sedangkan diri dia sendiri tidak pernah meluahkan perasaan yang dipendam kepada Ammara.Ariq tersenyum setelah berasa sesalan yang teramat kerana terlalu mengikut perasaan egonya.

"Sorry Ara.Abang tadi terikut-ikut dengan perasaan.Sekarang dah makan kek Ara buat.Rasa happy.Mungkin hormon agaknya kan."Balas Ariq bergurau lalu ketawa.

Ara yang merasakan keadaan Ariq semakin membaik membuatkan dirinya berasa lebih tenang dan gembira.

"Pagi ni abang nak balik dah kan.Nanti jangan lupa datang lagi ya.Jangan lupa contact Ara ya.Ara naik dulu".Kata Ammara menghentikan perbualan.

Ariq mengangguk lalu melepaskan tangan hangat Ammara yang berada dalam gengamannya sebentar tadi.Senyuman terukir di bibir Ariq.Tenang......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience