10 bulan kemudian...
"Sayang,can you go and buy coffee for daddy?".Tanya Dato' Khair kepada anak daranya ketika sedang memandu.
"Yes daddy.You just stop me in front of the coffee shop".Balas Ammara dengan pantas.
"Do you want anything mummy?".Tanya Ammara kepada Datin Alina sebelum turun dari kereta yang dipandu ayahnya.
"Yes.Ara belikan mummy ice latte and a slice red velvet cake,please."Balas Datin Alina.
"Alright.Ara turun sekejap ya".Balas Ammara lalu berjalan menuju ke kedai kopi yang menjadi kegemaran ibu ayahnya sejak dulu.
Setelah mendapatkan minuman dan makanan yang dipesan,Ammara segera menuju ke kereta.
Namun,mata Ammara sempat melihat sebuah lori buah daripada arah bertentangan sedang meluncur laju seperti hilang kawalan.
"BAAAAMMMM..."
Mata Ammara gelap.Fikirannya kosong.....
Satu hentakan kuat kedengaran.Orang ramai mula memenuhi tempat kejadian.Riuh rendah dengan suara orang menjerit.
"CALL THE AMBULANCE ! CALL THE AMBULANCE !".Jerit salah seorang wanita berbangsa Cina itu.
"Sir,help me to take the girl out from there.The car will be explode.Everybody,go away !!".Jerit seorang anggota polis Singapura yang kebetulan sedang bertugas di kawasan itu.
Ammara yang tercampak kerana terkena serpihan daripada kereta Vampire milik ayahnya segera diangkat dan diletakkan di bahu jalan sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.
Ammara yang masih separa sedar memandang kosong kereta ayahnya yang sudah mula mengeluarkan api.
"BOOOOOOOMMMM!!!"
Satu letupan kuat kedengaran.
"Mummy,daddy...."Sebut Ammara lemah lalu tidak sedarkan diri.
Seminggu kemudian...
"Ara sayang.Ara.Maksu ni sayang."Kata Khadeeja lembut menahan tangisan.
Sudah seminggu Ammara tidak sedarkan diri selepas kemalangan yang terjadi.Namun,dengan berkat doa daripada keluarganya,Ammara sudah mula menunjukkan perkembangan positif dan sedar dari koma.
Kecederaan Ammara tidak terlalu teruk,namun kerana hentakan akibat dari campakkan membuatkan Ammara trauma dan koma.
Ammara memandang lemah setiap ahli keluarganya yang berada di sisi.Kerana badannya yang masih belum mempunyai tenaga,Ammara akhirnya terlelap kembali.
"Macam mana keadaan Ammara,dokter?".Tanya Ali Kamarul kepada Rizki,iaitu dokter yang merawat Ammara serta juga merupakan kawan Ammara ketika dia menjadi dokter pelatih di hospital.
"Alhamdulillah Ammara sudah menunjukkan perkembangan yang positif uncle.Tapi mungkin kerna dirinya kelelahan dan tidak mempunyai tenaga,jadi dia ketiduran.Tapi enggak usah khawatir,Ammara akan siuman sebentar lagi kok dan kami akan meminta pihak rumah sakit untuk memberi kepadanya susu atau jika keluarganya ingin membelikan makanan untuknya jugak boleh.Justeru,sekiranya Ammara tersedar,dia pasti kelaparan dan memerlukan tenaga yang banyak untuk pulih".Terang Dokter Rizki panjang lebar.
Mereka mengangguk tanda faham.
"Makasih dokter".Balas Khaira,Makngah Ammara.
Rizki keluar meninggalkan mereka setelah pamitan.
"Ariq ke cafe lah sekejap.Belikan makanan untuk Ara.Kalau dia sedar nanti,mesti lapar kan?".Celah Ariq menahan sebak.
"Aku ikut kau".Balas Hayyat.
"Aku pun".Raffin juga turut sama.
Ariq mengangguk lalu mereka bertiga berjalan bersama ke kafe untuk membeli makanan dan minuman buat Ammara.
Setelah 30 minit tertidur,Ammara terjaga.
"Maksu..."Panggil Ammara perlahan dan lemah.
"Ya sayang."Balas Khadeeja.
"Makngah,Paklong...Ammara kat mana ni?Mana mummy daddy?".Tanya Ammara dengan suara yang tenggelam timbul.
"Ya sayang..Ara di hospital.Dah seminggu Ara di sini.But it's okay,Ara rehat dulu ya.Kejap lagi kita makan okay.Jangan risau dulu ya.InshaAllah Allah tolong ya.Nanti Ara dah segar,kita borak lama-lama okay."Balas Ali Kamarul sambil mengusap lembut kepala anak saudara kesayangannya.
Khadeeja yang tidak mampu menyekat airmatanya segera keluar dari bilik rawatan tersebut.Tangisannya kedengaran sangat sayu.Zulaika,Warda dan Marissa yang berada di situ segera memeluk maksunya untuk memujuk,namun turut kalah dengan kesayuan yang dirasai.Airmata menjadi penyembuh di tika ini....
Ariq,Hayyat dan Raffin pulang dari membeli makanan di kafe lalu segera menghulurkan makanan tersebut kepada Hajar,isteri Ali Kamarul.
"Mari maklong tolong Ara bangun ya sayang.Ariq belikan makanan favourite Ara ni.Kita makan dulu ya sayang".Pujuk Maklong Hajar apabila melihat Ammara sedikit tenang.
Ammara dipapah perlahan oleh ibu saudaranya untuk bangun dari pembaringan.Badannya disandarkan kepada katil hospital yang telah ditegak kan bahagian kepalanya.
Nasi putih bersama sup ayam disuap ke dalam mulut Ammara oleh Maklong Hajar.Perlahan..
Setelah tiga suapan,Ammara menggeleng.Mulutnya yang pahit menyebabkan dirinya tidak berselera untuk menjamu selera.
Seketika kemudian,Khadeeja dan sepupunya yang lain masuk ke dalam bilik tempat Ammara dirawat.Ammara memandang pintu pilik yang ditolak dengan harapan dapat melihat sosok tubuh ibu dan ayahnya.
Namun masih hampa...
Ammara makin gelisah..
"Mana mummy and daddy?Kenapa dia orang tak datang?Dia orang dah tak sayang Ara ke?".Tanya Ammara sayu.
Ali Kamarul yang berdiri sejak tadi tiba-tiba duduk di sisi katil sambil tangannya memeluk erat bahu anak saudara kesayangannya itu.
"Ara...Paklong nak cakap sikit boleh?Tapi Ammara Eidrina kan anak yang baik,jadi Ara kena tenang ya sayang".Paklongnya memulai bicara.
Ammara memandang wajah paklongnya..sayu...
Wajah-wajah ahli keluarga lain juga sudah mula berubah,bimbang sekiranya berita ini akan mengejutkan Ammara.
Ali Kamarul meneruskan kata-katanya.
"Ammara sayang mummy daddy tak?".Tanya Ali Kamarul.
"Of course Ara sayang.Ara kan ada mummy daddy je.Kenapa ni Paklong?".Tanya Ammara kembali.
"Tapi kan sayang..Allah laaagiii sayangkan mummy daddy.Sebab tu Allah bawa mummy daddy jumpa dengan-Nya dulu."Ucap Ali Kamarul memujuk.
"Paklong cakap apa ni? Ara tak faham.Mana mummy?Mana daddy Ara?Panggil lah mereka.Tolonglah".Rayu Ammara tidak dapat menahan tangisan.
"Sayang..sayang..sabar Ara..Mummy daddy dah takde sayang.Allah sayangkan mereka Ara.Ara kena kuat ya sayang.Maksu ada.Semua orang ada."Pujuk Khadeeja sambil memeluk erat anak saudaranya.
Ammara menolak lemah maksunya.
"Apa maksu cakap ni?Tak baik tipu Ara.Ara nak jumpa mummy daddy".Marah Ammara lemah.Tangisannya semakin laju membasahi pipi.
Esak tangisan Ammara kedengaran semakin kuat.
"Ara nak mummy,Ara nak daddy.Panggil lah dia orang.Tolong lah Ara.Abang Riq..Tolong lah panggil mummy daddy.Kak Isya..Tolong lah bawa Ara jumpa mereka".
Ahli keluarga Ammara juga sudah tidak dapat menahan rasa sebak di dada.
Kesayuan dan tangisan Ammara semakin kuat.Badannya semakin lemah sehingga menyebabkan Ammara pengsan di pangkuan maksunya.
"Panggil dokter cepat".Arah Makngah Khaira setelah melihat Ammara sudah tidak sedarkan diri lagi.
Dokter Rizki dan jururawat yang merawat Ammara segera berlari ke bilik rawatan tersebut.
"Ahli keluarga sila tunggu di luar sebentar ya".Pesan seorang jururawat sebelum menutup pintu bilik tersebut.
Sedang menanti Ammara dirawat,mereka telah disapa oleh keluarga dari belah Datin Ayu Alina.
"How's my grandchild?".Tanya seorang lelaki British yang telah berusia.Datuk kepada Ammara,Tommy Sebastian @ Abdullah Hassan.
"InshaAllah she gonna be fine sir".Balas Ali Kamarul sayu sambil menghulurkan salam kepada keluarga arwah Datin Alina.
Keluarga sebelah Datin Alina sudah seminggu berada di Singapura setelah kemalangan tempoh hari.Mereka menguruskan pengebumian arwah dan bergilir-gilir dengan keluarga Dato' Khair untuk menjaga Ammara.
"Did Ammara know about her parents?".Tanya Layla,adik bongsu Datin Alina yang juga merupakan ibu saudara kepada Ammara.
"Yes.We already told her.But its was very hard for her".Balas Khadeeja dengan tangisan.
"Tidak apa Khadeeja.Kita bagi Eidrina masa ya.Kita kena sama-sama kuat untuk dia.Jangan lemah ya Khadeeja".Celah nenek Ammara,Puan Naima.
Khadeeja hanya mengangguk.
Lemah.
Di bilik rawatan..
Ammara Eidrina membuka mata perlahan setelah hampir dua jam tidak sedarkan diri.Kepalanya berat namun airmata tetap mengalir di pipinya yang kelihatan semakin cengkung.Esakan kecil kedengaran.
Zulaika yang sedang mengambil giliran menemani Ammara ketika keluarga lain sedang berehat,segera berjalan perlahan mendekati sepupunya.
"Ya Allah.Ampunkan aku kerana pernah membenci dan tidak menyukai dia.Sedangkan kini ujian buatnya begitu besar sehingga aku sendiri tidak sanggup membayangkannya.Aku berjanji akan menjaga Ara,ya Allah".Bisik Zulaika dengan hati yang penuh penyesalan.
Tangan Zulaika lembut mengusap kepala Ammara,lalu mengesat airmata sepupunya yang semakin lama semakin membasahi bantal.
"Kak Isya janji akan jaga Ara.Mama dan papa Kak Isya pun sayangkan Ara.Paklong,Maklong,Maksu dan semua sepupu-sepupu kita sayangkan Ara.Ara kena kuat ya.Kak Isya tahu sukar untuk diterima,tapi Allah uji kerana sayangkan Ara.Kak Isya minta maaf sebab tak tau cara terbaik untuk bantu Ara.Tapi Kak Isya harap Ara tenang ya".Pujuk Zulaika sambil menahan sebak yang sangat menyesakkan dada.
Bagi Zulaika arwah Pak Uda dan Mak Uda nya sangat baik dan penyayang.Walaupun dulu dia tidak begitu menyukai Ammara kerana iri dengan kelebihan yang Ammara ada,namun dia sangat menyayangi ibu dan ayah saudaranya itu.Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain.Kehilangan Ali Khair dan Ayu Alina sangat lah memberi kesan yang dalam kepada ahli keluarganya.
Ammara mengukir senyuman kecil.Walaupun kelihatan redha namun Zulaika tahu senyuman yang diberi Ammara itu hanyalah sekadar lakonan untuk menenangkan keadaan.
"Ara rindu mummy daddy,Kak Isha.Dunia tak adil dengan Ara kan,Kak Isya.Macam mana Ara nak teruskan hidup Ara.Mummy daddy tak sempat tengok Ara jadi dokter pun".Balas Ammara dalam esakkan.
Zulaika mematikan bicara.Lidahnya sudah tidak mampu mengeluarkan walaupun satu patah perkataan.Kesedihan yang dirasai Ammara sangat meruntunkan jiwa Zulaika sehingga dadanya terasa ingin pecah.
Akhirnya Zulaika memeluk tubuh Ammara.Berharap kasih sayangnya akan membuatkan Ammara merasa lebih kuat untuk meneruskan hidup tanpa ibu dan ayah.
Di Cafe Hospital.....
"Kami ingin meminta izin daripada Uncle dan Aunty untuk membawa Ammara duduk bersama kami di Malaysia.Itu pun sekiranya ahli keluarga arwah Alina tidak keberatan."Ali Kamarul memulakan perbincangan.
Datuk dan nenek Ammara memandang antara satu sama lain.
"Maaf.Boleh aunty tahu apa alasan Ali untuk membawa Ammara tinggal bersama kalian di Malaysia?".Tanya Puan Naima tenang.
"Seperti yang kami maklum,aunty dan uncle hanya tinggal berdua kerana Layla juga sudah berkahwin dan menetap di rumah sendiri.Jadi sekiranya Ammara dibawa dan tinggal bersama aunty dan uncle,ini mungkin akan menyukarkan aunty dan uncle untuk menguruskan urusan Ammara di kemudian hari.Tambahan pula,dengan faktor umur dan kesihatan aunty dan uncle yang mungkin akan menyebabkan Ammara merasa kasihan dan serba salah.Saya juga berpendapat,sekiranya Ammara tinggal bersama kami,keadaanya akan lebih cepat untuk pulih kerana sepupu-sepupunya ada dan boleh menemani Ammara setiap hari".Balas Ali Kamarul panjang lebar.
"Betul tu aunty.Ammara juga boleh meminta permohonan untuk memulakan tugasnya sebagai dokter di hospital-hospital terbaik yang berada di Malaysia apabila keadaannya sudah semakin tenang nanti".Celah Khaira memberi pendapat.
Puan Naima dan Encik Tommy mengangguk tanda faham.
"Layla pun setuju mom,dad.Jika di New York,Ammara akan mengambil masa untuk mempunyai kawan-kawan dan menyesuaikan diri.Itu akan menyebabkan dia sentiasa bersedih apabila ingatan kepada arwah Abang Ali dan Kak Alina muncul.Kasihan dia".Balas Layla tanda setuju.
"Saya pun boleh jaga Ammara aunty.Anak saya Zulaika pun sentiasa berada di rumah setiap hari kerana tugasnya sebagai guru hanyalah sehingga waktu petang.Jadi Ammara tidak akan merasa sunyi.Rumah saya dan abang long pun tidak begitu jauh untuk berkunjung.Kami boleh menjaga Ammara bersama-sama."Tambah Khaira lagi.
Puan Naima dan Encik Tommy tersenyum senang mendengar keikhlasan daripada mereka.
"Terima kasih kerana menyayangi cucu kami dengan ikhlas.Kami langsung tidak keberatan untuk menjaga Ammara.Tetapi kami yakin masa depan Ammara lebih berharga apabila dikelilingi dengan keluarga yang baik ini".Balas Datuk Ammara dengan campuran slang Britishnya.
"Betul tu.Aunty pun setuju.Please take care of my grandchild and love her.Jika kalian sudah tidak mampu menjaganya,pulangkan kepada aunty dengan baik-baik.Aunty mohon ya.Jangan lupa bawa Ammara ke New York.Berjumpa kami walaupun satu tahun sekali ya".Kata Nenek Ammara sebak..
Terharu kerana tahu cucunya disayangi oleh ramai orang.
Mereka masing-masing mengangguk tanda setuju.
Kuatkah Ammara Eidrina untuk meneruskan hidup nya?
Hanya Tuhan saja yang bisa menentukan...
Share this novel