BAB 2

Drama Completed 772

‘Marah sangat pada aku agaknya. Tak mengapalah... memang salah aku pun’ keluh Abang Long. Dia merenung murtabak daging kegemaran adik – adiknya itu dengan sayu. Sambil menanti azan maghrib berkumandang, Abang Long mengenang kembali zaman kanak – kanak mereka. Sangat indah. Kalaulah keindahan itu boleh dikekalkan... alangkah baiknya!. Sebaik sahaja azan maghrib berkumandang, Abang Long berbuka sendiri. Entah mengapa bergenang juga air matanya. Air sirap yang diteguk itu pun seperti hilang rasa manisnya. Bersalah benar ke aku ni....
Selesai sahaja solat maghrib, kedua – dua adiknya itu pulang dengan tawa yang besar. Abang Long memandang mereka berdua tetapi hanya sekilas pandangan sahaja yang dibalasnya. Tanpa senyuman... tanpa teguran. Abang Long duduk di sofa dan seperti yang dia sudah jangka, kedua – dua orang adiknya itu sudah pun tidur awal. Tidak mahu berjumpa atau berbual dengannya lagi. Mungkin sudah sampai masa untuk dia pergi daripada situ. biarlah Fauziah dan Abang Cik gembira berdua di dalam rumah ini. mata Abang Long terpejam rapat. Air mata mula keluar melalui kelopak matanya. Dia cuba tersenyum biarpun senyumannya sangat sumbang.

FAUZIAH dan Abang Cik langsung tidak mahu mencari Abang Long. Marah benar mereka kerana hampir setiap bulan wang mereka dicuri. Kalau seringgit dua tak mengapa juga, ini sampai RM150. Banyak lagi benda yang mereka boleh beli dengan wang sebanyak itu.
Abang Long pulang ke kampung. Kerjanya sebagai mekanik di bandar dibawa ke kampung. Dia membuka kedai mekaniknya sendiri. Sejak dari awal dia keluar daripada rumah itu, seorang pun adik beradiknya tidak cuba bertanya khabar. Hampir setiap hari Abang Long memeriksa telefonnya. Manalah tahu kalau – kalau adik – adiknya memberi teks pesanan ringkas. Terubat juga rindunya pada mereka.
Pak Dollah mengurut bahu Abang Long yang sedang duduk keletihan di beranda rumah. Dia tahu anak sulungnya itu lenguh satu badan. Lagi – lagi dalam keadaan lapar dan dahaga. Abang Long bangun dan mengurut bahu Pak Dollah pula.
“Entah kenapa sejak abang Long pulang ni, adik – adik tak telefon pun ke rumah?” Pak Dollah menyoal. Abang Long hanya membisukan mulutnya. Sesekali dia mengibas – ngibas habuk di tepinya.
“Adik – adik sibuk, yah”
“Abang Long pun kerja di bandar tapi tak pun sibuk macam diorang. Hari – hari boleh telefon ayah dengan mak” luah Pak Dollah .
“Diorang gaji besar. Kalau tidak, takkan diorang boleh pakai kereta besar macam tu”
Pak Dollah menoleh ke belakang. Ada rasa sayu pada intonasi anak sulungnya itu. Pak Dollah bergenjak sedikit.
“Siapa pun Abang Long, ayah tetap sayang. Allah akan berikan yang terbaik buat anak yang berjasa dengan kedua orang tuanya” luah Pak Dollah . Mak Esom menggosok kepala Abang Long.
“Mak yang melahirkan Abang Long, mak seolah – olah dapat rasa sesuatu yang pedih di sini” dada Abang Long ditepuk – tepuk. Tersenyum Abang Long mendengarnya. Wajah dua insan kesayangannya itu direnung lama. Selagi hayat masih ada, dia akan menjaga dua insan mulia itu dengan baik... itu janjinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience