BAB 3

Drama Completed 772

KEPULANGAN kedua orang adiknya ke kampung memang dinantikan. Sebaik sahaja Fauziah tiba, Abang long yang ke hadapan dahulu. Fauziah bersalaman dengan Abang Long tetapi tanpa senyuman manja seperti dulu. masih ada baki jelingan tajam. Begitu juga dengan Abang Cik. Saat itu Abang Long rindukan arwah Kak Ngah. Arwah adiknya itulah yang setia mendengar setiap ceritanya biarpun berulang kali. Setia memasak buat abang sulungnya goreng berlada ikan keli jika Abang Long pulang ke kampung.
Abang Long yang baru sahaja pulang daripada surau terhenti langkahnya tatkala mendengar namanya disebut oleh kedua orang adiknya. Terdengar juga suara Pak Dollah yang menidakkan sesuatu. Abang Long terus mendengar.
“Ya , ayah!. Setiap bulan dia curi duit kami. RM150 pula tu. Ingat sikit. Duit tu boleh bayar duit minyak kereta dan barang keperluan lain. Kalau tak percaya, tanya Fauziah ”. Pak Dollah termenung. Dia menggeleng kepala apabila Fauziah juga mengiyakannya. Mak Esom menangis di tangga dapur.
“Assalamualaikum...” Abang Long masuk ke dalam rumah.
Fauziah bangun dan terus duduk di sebelah abang cik. Mereka memandang Mak Esom yang menangis hingga terhenjut – henjut bahunya.
“Abang dah buat mak menangis. Kecewa dengan sikap abang. Sekarang ayah dan mak dah tahu perangai abang di bandar” abang cik meneguk kopi dengan kelingan tajam. Abang Long tunduk. dia tidak mahu membela dirinya. memang benar dia mencuri, untuk apa dia menidakkannya.
“Bagus sangat ke buat mak kecewa, abang?” soal Fauziah . Abang Long memandang Mak Esom dan Pak Dollah silih berganti. Mak Esom bangun. Tangannya menggigil. Fauziah dan Abang Cik berpandangan sesama sendiri. Ada senyuman pada wajah mereka. Baru mak dan ayah tahu siapa anak kesayangan mereka itu!.
Mak Esom sudah pun berada di hadapan Abang Long. Tangannya di naikkan tetapi untuk menyentuh pipi Abang Long dengan penuh rasa sebak. Fauziah dan Abang Cik sedikit pelik.
Dengan pandangan yang tepat ke dalam mata Abang Long, Mak Esom bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience