BAB 5

Drama Completed 772

ABANG Long mengambil wuduk di surau kampung. Dia mahu solat tahjud di surau sahaja. sebaik sahaja selesai solat tahjud, seseorang memberi salam. Abang Long menoleh ke belakang. Seseorang yang berpakaian serba putih dan berserban duduk dan tersenyum manis.
“Hilangkanlah kesedihan itu kerana kamu tidak sepatutnya bersedih apabila menjadi seorang anak dan abang yang baik pada keluargamu. Allah maha mengetahui segala apa yang ada di langit dan juga di bumi. Begitu juga di luar dan di dalam hatimu. Walau sesakit mana pun hatimu... belajarlah tersenyum kerana senyuman itu tanda betapa kamu meredhai segala apa yang telah Allah tetapkan. Tidak kagumkah kamu apabila Allah membuka kebenaran dan kesucian hatimu di hadapan insan kesayanganmu apabila namamu dikotori dengan kata – kata nista darah dagingmu sendiri?.”
Abang Long tunduk dan sebaik sahaja dia mengangkat kepalanya semula, lelaki berserban itu sudah pun hilang. Ketika itu air matanya menitis laju. Betapa Allah sudi memandang dirinya dan hatinya yang sekecil itu dengan menghantarkan satu kata – kata yang mampu membuatkan imannya menjadi kental. Lakukan kebaikan walaupun tidak mendapat pujian manusia yang lain. Bersedia menerima segala apa yang telah Allah tetapkan kerana setiap ujian itu menandakan kasih sayang tuhan buat hambanya.

FAUZIAH dan Abang Cik menangis dan memeluk abangnya apabila Abang Long pulang daripada surau. Semalaman mereka menunggu abang mereka. Tubuh itu dipeluk dan tangan itu dicium dengan penuh rasa kesal.
“Abang... bimbinglah kami menjadi anak yang baik untuk mak dan ayah” Abang Cik menangis lagi.
“Fauziah juga abang. Fauziah lebih pentingkan bag dan kasut berjenama daripada mak dan ayah. Terima kasih abang kerana mencuri duit kami untuk diberikan pada mak dan ayah” kali ini senyuman Abang Long benar – benar manis. Dia memandang ke luar tingkap. Lelaki itu tersenyum dan menghilang begitu sahaja.

Sesungguhnya rahmat Allah ditunjukkan dalam pelbagai cara dan yang pasti Allah itu maha penyayang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience