HILANG lagi!. Masuk kali ini sudah tiga kali duit Fauziah hilang. Tiada siapa yang patut dilemparkan semua tuduhan itu melainkan Abang Long. Memang suka hati dia sahaja mahu mengambil duit di dalam dompet Fauziah . Abang Cik menggeleng kepala. Tali leher dilonggarkan. Mereka bertiga duduk dalam satu rumah sejak mula – mula berpindah ke Kuala Lumpur. Pakcik Dollah dan Mak Esom tidak mahu ikut sama. Mereka lebih rela bertemankan ayam dan itik peliharaan daripada mendengar bunyi kereta dan kenderaan yang menyesakkan halwa telinga.
“Abang Long!!” Abang Cik memanggil kasar. Fauziah kecewa. Dilemparnya dompet ke sofa tanda protes. Abang long turun dengan senyuman.
“Ha... nak ajak pergi bazaar ramadhan ke?” soalnya tanpa rasa bersalah.
“Kenapa curi duit adik?” Fauziah mengambil tempat untukmelemparkan kemarahannya. Abang Long tidak menyambung bicara. Seperti tadi, dia cuma tersenyum. Bahu Abang Cik ditepuk – tepuk.
“Sudahlah abang. Tak payah nak tunjuk yang abang ni abang penyayang. Kalau di kampung bolehlah... semua puji abang. Penyabar segala tapi diorang tak tahu yang abang ni pencuri. Mencuri duit adik beradik sendiri pula tu”
“Jom... kita pergi bazaar” tidak mahu ambil kisah, Abang ong terus keluar. Fauziah dan Abang Cik terus naik ke atas. Kurang pahala puasanya akibat tidak mampu bersabar dengan kerenah abang sulung mereka.
Fauziah mendengus geram Ingin sahaja dia beritahu mak dan ayah di kampung mengenai perangai anak sulung mereka di bandar tetapi tak sampai hati pula. Biarkan dahulu...
PLASTIK makanan dijinjit pulang ke rumah tetapi sebaik sahaja pintu pagar dibuka, dia tahu kedua orang adiknya itu sudah pun keluar. tidak mahu berbuka bersamanya barangkali. Tak mengapa, dia boleh berbuka sendirian walaupun terasa benar sunyinya tanpa adik – adik di sisi.
Share this novel